APa Yang Penting? Kerjasama!

Salam,

Tadi semasa saya naik lif utk ke pejabat, saya terdengar (bukan curi dengar tau. Lift cramped sangat dan mereka betul betul mengadap saya) perbualan sekumpulan kawan yang bersembang mengenai kekecewaan salah seorang kawan  mereka dengan perbuatan dan tindakan pihak nursery yang memberikan susu formula apabila susu ibu perahan (ebm) yang dibekalkan tidak mencukupi. Dan salah seorang daripada mereka yang betul betul mengadap saya, asyik pandang saya sewaktu mereka bercerita.

Emmm..dalam hati saya, saya hanya boleh simpati sahaja. Saya tidak mencelah atau memberi komen. Saya hanya senyum sahaja. Takkan saya nak celah ye dak? Saya bukan sebahagian daripada perbualan tu, so sonyap ajolah.

Tapi daripada perbualan tadi, ada kesimpulan yang dibuat oleh salah seorang daripada mereka ialah jika ketika baby masih kecil dan kalau menyusu secara exclusive sebaiknya diletakkan dibawah jagaan babysitter dan bukannya di nursery.

Betulkah pandangan ini? Sesuaikah? Selesaikah masalah ini nanti? Ada jaminan yang babysitter perseorangan takkan buat begitu? Tak ada jaminan jugak yer… Susah ni..macam mana nak buat ni yer?

Emmm…pandangan peribadi saya la kan, saya rasa cadangan tersebut kurang sesuai dipraktikkan sebab saya pernah meletakkan anak dibawah kedua-dua  jenis jagaan yang diatas. Kedua-duanya tidak mendatangkan masalah pada saya dan anak-anak saya. Kenapa tidak ada masalah? Sebab saya tegas dan menerangkan dengan jelas tentang pendirian saya mengenai susu ibu dan juga  saya terangkan cara bagaimana nak handle ebm yang saya bekalkan untuk anak saya sepanjang waktu saya bekerja. Bukan setakat terang, saya berikan buku untuk mereka baca dan paham bagimana mengendalikan susu ibu.

Kalau dikelas breastfeeding kendalian saya, saya suka tekankan perkataan mudahkan kerja babysitter atau nursery (yang jaga anak kita di nursery tu dipanggil babysitter gak yer tak?) untuk handle. Kita nak minta tolong dia kan untuk bantu kita mencapai gol exclusive breastfeeding? Jadi apa salahnya kita bantu dia orang supaya mereka rasa senang dan mudah untuk handle ebm. Ini tidak, kita serah bulat-bulat pada babysitter bagaimana untuk handle anak kita. Kita beri penerangan begitu begini tapi paham ka dia? Cuba kalau kita sediakan siap-siap ebm dalam botol untuk beberapa kali feeding time. Senang babysitter. Hanya perlu panaskan saja ebm tu bila dah sampai feeding time.

Ini tidak, saya pernah lihat (contoh la ni yer bukan mengata tau. Dosa you kalau mengata orang ni), ada ibu yang hantar ebm  yang masih beku kepada nursery.  Dah la beku, cooler beg tak dibekalkan atas alasan peti ais ada di dapur nursery. Tapi tak perasan ke yang dapur dengan bilik baby sangat jauh? Dan babysitter tak boleh tinggalkan babies lama-lama sebab bukan anak kita sorang saja yang dijaganya?

Apa salahnya bekalkan cooler beg dan ice pack. Dan cairkan siap-siap ebm tu sebelum hantar ke nursery. Sekurang-kurangnya bekalkan 2 botol ebm yang dah cair sepenuhnya.  yang lain mungkin separuh cair. Ini tidak semua ebm beku yang dibekalkan. Berapa lama pulak masa nak diambil untuk cairkan ebm tu?  Semua tu menyebabkan babysitter rasa keberatan untuk membantu kita melaksanakan impian exclusive breastfeeding yang kita impikan. Penyudahnya anak kita minum ebm tapi telah kosong sebab tak ada zat. Kenapa tak ada zat? Sebab babysitter nak cepat, anak-anak jagaan dia yang lain dah menangis. Ebm kita yang beku tadi di letakkan aje dalam periuk air panas di atas dapur. Ha, minum air kosong ajer la anak kita hari tu. Jangan nak salahkan babysitter tapi salahkan diri sendiri sebab tak bantu babysitter untuk buat kerja dia.

Jadi senang kerja dia untuk susukan anak kita. Tak payah dia berlari ke dapur yang memerlukan banyak langkah kaki untuk sampai ke sana. Kalau babysitter tak keberatan untuk guna food warmer untuk panaskan ebm, ha, sediakan food warmer. Kalau dia berkira dengan kos electric, maka kita ajarkan cara konvensional untuk panaskan ebm tadi.

Jangan kita sombong sangat dengan mengatakan yang kita bayar dia untuk buat semua tu. Ya memang kita bayar tapi kita perlu ada courtesy dan tolak ansur. Kita nak bagi yang terbaik pada anak kita tapi kita tak pulak berusaha menyenangkan kerja orang yang menjaga dan memberikan ebm kita pada baby kita. Kalau kita ni manusia, mereka juga adalah manusia.  Kat rumah kita hanya jaga baby kita sahaja tapi di nursery, ramai lagi baby yang nak di jaga oleh seorang babysitter. Tak silap saya, satu babysitter selalunya akan jaga 3 orang baby.

Lagi satu kadang-kadang kita ni terlebih feeding anak-anak kita. Contohnya, baby baru umur 2 bulan tapi kita bekalkan dalam 4 oz dalam satu botol untuk 6 kali feeding time. Ha dah terlebih dah tu.. Banyak sanyat 4 oz untuk baby umur 2 bulan dan banyak sangat 6 kali feeding time kalau untuk 8 atau 9 jam kita keluar dan berjauhan daripada baby.  Penyudahnya bila production susu kita merundum, kita hanya dapat bekalkan 3 botol berisi 4 oz/botol utk sehari untuk cover 6 kali minum. Bila tak cukup? Macam mana pulak?

Babysitter tu bukanlah kejam atau nak menginaya kita dan baby. Tapi sebenarnya derang tu kesian dengan baby kita sebab tak cukup susu yang nak diminum  sebab selalunya kita bekalkan 6 botol  utk sepanjang hari. Jadi alternatifnya dan atas dasar kemanusiaan dan rasa kasih pada baby tu, maka dia ambil keputusan sendiri dan top upkan dengan susu formula tanpa izin kita. Dia tak mahu, baby kita lapar..Dia sayang baby kita tau…

Jadi pikirkan lah apa yang saya cuba terangkan. Kalau rasa tak puas hati atau tak paham dengan cara atau alternatif yang saya terangkan kat atas tadi, sila la call saya. Saya boleh terangkan dengan lebih jelas.

Kepada yang terasa, saya minta maaf. Saya bukan menyalahkan sesiapa. Situasi anda mungkin sama dengan apa yang saya terangkan diatas tapi saya bukan bercakap mengenai anda. Saya menulis secara general dan itu adalah fact serta keadaan sebenar yang sesetengah ibu alami dan buat. Saya jadikan contoh untuk panduan kepada ibu-ibu lain. Tiada langsung niat untuk mengguris hati anda.

Saya juga bukan sebelahkan babysitter atau nursery yang melangkau dan kurang menghormati anda sebagai ibubapa dengan berbuat keputusan sendiri dengan top up formula  tanpa kebenaran parents. Tidak! saya juga langsung tidak setuju dengan tidakan mereka.

Tapi apa yang saya cuba katakan disini ialah tak kiralah kita ini  sebagai ibubapa yang nak berikan yang terbaik pada anak-anak kita ataupun pihak nursery yang cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik, cubalah bekerjasama. Berbincanglah dari hati ke hati agar kesilapan dalam mengendalikan ebm tidak berlaku. Kalau kita kurang ilmu dalam cara nak handle ebm ni, carilah ilmu tersebut.

FYI, saya dan rakan-rakan pada tahun ini akan melaksanakan program untuk mendidik  sebanyak yang boleh taska/nursery di negeri Selangor dan Kuala Lumpur  cara-cara pengendalian ebm ini. Jadi kalau anda mahu taska anda tersenari dalam program ini, sila email saya dan saya akan forward kepada AJK yang akan mengendalikan jadual program.

Salam Kasih,

Leave a Reply


logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
October 2025
M T W T F S S
« Mar    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.