Alamak, Bronkitis dan Kronik Resdung!

Salam,

Salam kasih dari saya yang bersiaran dari  Darul Ehsan Medical Centre aka DEMC, Seksyen 14, Shah Alam.

Emmm…admitted la pulak yer..Tak habis habis tak sihatnya. Saya ditahan lagi untuk pemeriksaan lanjut sebab batuk yang berpanjangan dan apa yang saya dengar semalam, saya mengalami bronkitis. Bronkitis yang disebabkan oleh  sinus.

Pagi semalam dah buat blood test dan lungs x-ray. lungs ok and clear. darah ada sikit problem. So doktor nak tahan utk start antibiotik. Sakit woo bila ambil antibiotik tu. Tengok dia menitik, masuk tiub, rasa cam nak cabut jer sebab antibiotik tu pekat dan bila nak masuk dalam salur darah, errr..seksa la juga rasanya..

So this morning, saya buat CT scan. Petang masa doktor buat 2nd round, he told me a bad news. There is a pus in my sinus area. So kena rujuk ENT for further investigation.  So at 4.30pm tadi, i had another CT scan. Result? Baca kat bawah la yer, Dr. Loga, pakar ENT dah datang explain kat saya ..

Nampak gayanya, lagi lama la saya di DEMC ni. Semalam doktor kata 2 hari, tapi bila ada result lain, so kena berkampung lagi la kat sini… May be ada hikmahnya.  Lebih baik buat treatment daripada biarkan saja.

Qistina dah 2 hari tak ke sekolah sebab saya begini. Hubby sibuk menguruskan saya dari pagi semalam. tapi saya risau bila Qistina tak sekolah. Takut dia tertinggal pelajaran. Walaupun pre-school tapi ianya tetap penting pada saya sebab pre-school sekarang bukan macam pre-school zaman saya, datang utk main dan makan. Pre-school sekarang dah belajar macam macam. Macam pre-school Qistina tu diajar  Bahasa Arab, Bahasa Melayu, English, science, Maths dan IQRA. IQRA dan bahasa Arab lagi diajar setiap hari sebab target MAIWP  ialah by end of this year budak-budak kelas Qistina dah naik Al-Quran. kalau Tina asyik tak datang sekolah cam 2 hari ni, mustahil dapat capai target tu. Itu yang saya risau. Risau kalau dia tertinggal.

Hari ini hubby ada beritahu saya, Qistina menangis pagi tadi, bila tanya mengigau ke? Dia kata” tak la , kakak nak ummi la..” aduhai anak, sedih ummi dengar. Tunggu la ye sayang..Nanti ummi balik. Semalam masa Tina datang tengok Ummi, ummi mamai sebab ubat. Tapi ummi perasan muka Tina sedih tengok Ummi… Ummi tak dapat nak peluk Tina lama-lama sebab Ummi tak sedar lepas tu.

Nasib baik adik baik, tak nangis malam tadi. Cuba nak baring sebelah ummi jer. Ummi peluk sekejap bila adik baring sebelah ummi.

TQ to hubby sebab selama saya batuk tak berhenti, selama 3 minggu ni, dia yang jaga saya setiap malam tanpa jemu. Bila check up di hospital, dia juga menjadi peneman saya sepanjang hari.

Oh ya, saya ada buat carian google tentang penyakit saya ni. boleh baca kat

Bahaya jangkitan kuman pada rongga sinus

Tahap saya ini sudah mencapai kepada kronik sinus. The puss aka nanah dah ada dalam rongga sinus kanan tapi lebih banyak dalam rongga sinus sebelah kiri dan rongga bawah otak (yang menyebabkan saya sakit kepala) Ini yang di beritahu oleh Dr. Loga just now pada saya.

Ok lah, doakan saya sihat dan bertambah baik untuk treatment antibiotik agar saya tak perlu menjalani  sebarang pembedahan. Semoga tiada berita yang lebih buruk dari ini. Semoga saya sembuh!!!

Ahh..risaunya saya, saya ada anak-anak  yang masih memerlukan saya!

Doakan saya sembuh ya..

p/s: ada suggestion untuk rawatan traditional untuk penyakit ni tak? Saya tak sangka la pulak saya mengalami penyakit sinus aka resdung ni.

5 Responses to “Alamak, Bronkitis dan Kronik Resdung!”

  • fuze says:

    salam…rasenye lag ok sy pggl akak memandangkan rase lebih hormat..dr. juge mengatakan sy mghidap bronkitis..ape yg akak rase ye?pernafasan ok x?dr bln 1 till now, sy msh xslesa..after further examination kt pusrawi,ad beberapa jenis ubt dr bg..esp. symbicort..juz sy nk tau..agak2 mkn mase ke nk baek pnykt cmnie?cz dh hmpir sebulan rase xslesa esp. ble nk breathing..n dada sakit..batuk je..

  • Bonda Q says:

    Salam,
    pernafasan ada rasa macam orang semput tapi bukan semput. Masa admitted tu, every 4 hours pakai nebulizer utk kurangkan rasa sesak nafas. La ni dah ok skit tapi sesekali ada terasa gak susah nak bernafas.

  • pucca says:

    salam kak.. sy pun penah mengalami nya.. sy batuk berpanjangan.. ubat batuk dah tak jalan.. sy penah wt check up kat klinik kesihatan tapi doktor cuma kata paru2 saya jangkit kuman.. so sy akan ke klinik swasta amik injection.. injection tu sy amik da elok jap..6 bln pastu sy batuk lagi.. rasa cm dos ubat da abes maka sy pun batuk lagi.. bimbang gak cm terlalu bergantung pd injection tu utk baik…

  • Bonda Q says:

    kena cari jalan alternatif kita ni, kan..

  • mama says:

    Salam,saya juga alami sakit yg sama….masa mula2 kena tu sakit kepala…gigi sakit mata berair…..semua serba tak kena….last refer ENT PUSRAWI. Dh operation ok kejap…..tapi kerap kena selsema dan batuk…..anak2 semua dh operation ENT kerap kena selsema…..mu hubby pulak paru2 dh dijangkiti kuman..batuk rak henti2 now ada kat wad ne…..terima dgn redha sakit ne…..

Leave a Reply


logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
October 2025
M T W T F S S
« Mar    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.