Tounge Tie yang menghantui

Salam,

 

Last week, saya ada menerima panggilan telefon dari seorang ibu. Oleh kerana konsultasi/kaunseling menerusi telefon sebenarnya sangat sukar untuk menentukan apa sebenarnya masalah yang ibu dan baby alami, saya meminta Ibu datang dengan baby. Akhirnya pada Ahad, setelah beberapa kali menunda temujanji (salah saya, asyik ada hal jer), kami bertemu lapan mata..hehehe..saya, ibu, baby dan ayah. Sewaktu kaunseling, saya meminta izin untuk memegang baby. Sekali pandang dan asses, saya terus dapat menangkap apa punca masalah yang ada dan mengapa production susu ibu tadi sangat rendah dan mengapa berat baby naik dengan  sangat sedikit. 

Saya ceritakan masalah tersebut kepada ibu dan ayah. Saya terangkan mengapa dan apa kesannya bila  masalah itu timbul. Menangis ibu kerana memikirkan keadaan bersusah payah babynya untuk mendapatkan susu. Pada ketika ibu menangis, saya rasa serba salah dan rasa bersalah kerana menyebabkan ibu menangis walaupun saya menyatakan hal yang benar. Ibu tu menangis kerana perasaan keibuannya yang sangat dalam terhadap baby. Sejujurnya, ramai ibu yang menangis depan saya bila menelefon/bertemu untuk sesi kaunseling penyusuan ibu. Saya serba salah bila ada  ibu menangis tetapi tugas saya pada ketika itu ialah menenangkan ibu dan menerangkan  option yang ada. Saya sekali-kali tidak akan memberikan solution kepada ibu dan ayah. Ini kerana, keputusan adalah di tangan ibu dan ayah, dan bukan tugas saya untukmembuat keputusan bagi pihak mereka. Mereka adalah ibu dan ayah kepada baby mereka dan bukannya saya.

Berbalik kepada kisah ibu dan ayah serta baby tadi. Sebenarnya baby  tersebut mempunyai masalah tounge tie atau orang melayu kita kata ‘lidah pendek’.

Gambar hiasan - tounge tie

 Jadi, itu antara penyebab berat baby tidak naik dan baby tetap mengamuk dan menangis walaupun sudah disusukan selama setengah jam. Sebelum saya merujuk kes kepada yang pakar, saya bagi ibu dan ayah buat keputusan samada setuju atau tidak untuk melakukan frenotomy bagi mengatasi masalah toung tie tadi. Akhirnya atas persetujuan ibu & ayah, pada hari Selasa, saya  rujuk kes ini kepada Dr. Koe Swee Lee.

 Pada waktu yang sama, saya mengambil kesempatan untuk mengajar bagaimana mengaplikasikan teknik marmet (perah susu ibu menggunakan tangan) kerana ibu menyatakan breast pump beliau tidak berkesan. Alhamdulillah, pada keesokan hari ibu ada sms saya dan menyatakan yang dia dapat 4 oz pada satu sesi perahan berbanding 1 oz sebelum ini.

Pada minggu lalu juga, pada hari Rabu, Dr, Koe Swee Lee ada update saya dan menyatakan yang mereka telah selesai melakukan prosedur tersebut dan akhirnya baby dapat menyusu dengan sangat baik. Pada hari khamis, ibu pula menghubungi saya dan memberitahu yang mereka dah melaksanakan prosedur frenotomy. Syukur. Selesai sudah.

 Pada hari Isnin lalu, saya ada menghubungi ibu sekali lagi untuk bertanya khabar ibu dan baby. Alhamdulillah berat baby naik 200g dalam 5 hari selepas prosedur dilakukan. Saya sangat gembira dengan perkembangan ibu dan baby. Jika saya yang bertindak sebagai orang luar, org asing rasa gembira dengan perkembangan ini, sudah tentu, ibu dan ayah tersebut lagi berganda gembiranya.

Tahniah buat ibu dan ayah. Semoga terus breastfeed sehingga grad. Tahniah juga kerana buat keputusan yang sangat bijak, mencari jalan menyelesaian dan berani membuat keputusan untuk melakukan frenotomy ke atas baby. Saya cakap tahniah, kerana ada ibubapa yang tak mahu baby mereka melakukan prosedur ini atas alasan ”kesian kat baby, nanti sakit”. Emmm..ia sakit tu memang akan ada tapi sekejap dan rasa sakit tu ditahap yang baby boleh tahan sebenarnya. Tapi jika tak buat, masalah tounge tie  bukan hanya setakat berakhir tidak dapat menyusu dengan baik tetapi lebih dari itu.

Walaubagaimana pun, anda adalah ibubapa yang baik, biar apa jua keputusan yang anda buat untuk anak anda sebabnya keputusan yang anda buat pada ketika dan saat itu adalah keputusan yang terbaik buat anak anda dan keluarga.

 Pesan saya, dapatkan bantuan jika anda menghadapi masalah penyusuan ibu aka breastfeeding

Salam Kasih,

5 Responses to “Tounge Tie yang menghantui”

  • ibu says:

    eh.. aku rasa anak2 aku mmg ada masalah nie. diaorg menyusu mmg lama, x lepas. aku ingt sbb aku pun jenis lidah pendek so that diaorg ikut aku. nnti jmpa ko check tgk eh..

  • Ariati Ali says:

    sama la ape yg jadi kt anak aku…
    Bila tnye suma ckp perasaan aku je..
    At last,br nk admit…
    Ujung bln ni br nk g appoinment..
    Hurm,kalo lewat boleh mengganggu pertuturan…
    Alias,pelat yg terok!

  • siti says:

    surgery frenotomy wat ktner??klinik gigi taw hosptal???

  • Bonda Q says:

    Ada setengah klinik gigi tahu. Kalau jumpa peadretrician yang juga Lactation Consultan juga tahu. Sila hubungi untuk dapatkan maklumat lanjut ye.

  • Bonda Q says:

    Boleh buat di Klinik gigi (selalunya doktor gigi tahu) dan boleh buat di klinik kanak-kanak yang mana doktornya juga seorang Konsuktan laktasi. Taupun boleh juga bertanya dengan hospital. Prosedur ini sangat simple dan dikatakan kurang pendaraha, dan penyusuan ibu digalakkan sejurus selepas prosedur dijalankan kerana kemanisan susu ibu akan mengurangkan rasa sakit tadi.

Leave a Reply


logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
October 2025
M T W T F S S
« Mar    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.