Demam
Salam,
Last week, Mama Dan Papa saya berkunjung ke rumah kami. Melepas rindu pada cucu. Emm..seminggu juga anak-anak tidak ke nursery. Seronok dengan atuk dan wan kat rumah. Nasib baik blom sekolah. Kalau dah sekolah, confirm kena pergi juga.
Minggu lepas juga, kami satu rumah diserang demam. Habis satu rumah terbaring kecuali Qistina. huh, kebal!
Tapi kebal tu tak lama, petang Ahad lalu, Qistina mula panas tapi still aktif bermain. Agaknya sebab ada kazen dua pupu, tu yang di gagahkan juga tu kot. Oh ya, saya balik kampung di Kuala Klawang, Jelebu, N9 Sabtu lalu. Cousin saya kahwin..
Ini rasanya kali pertama Qistina demam sejak umur dia 2 tahun. Tapi dia sangat baik. Tidak merengek dan menangis langsung. Cuma dia beritahu yang badan dia panas ajer. Alhamdulillah, berkat minum susu Ummi, demam Qistina kebah menjelang Subuh hari Isnin (semalam). Jadi dia hanya demam satu malam ajer la. Alhamdulillah.
Menjelang tengahari Isnin, hubby hantar dia ke Nursery semula sebab dia dah sihat. Petang tu bila saya ambil, dia dah main semula. Saya? emmm..sejak minggu lalu, demam dah ok tapi selsema, masih lagi ado ni..nak makan ubat, kang satu kerja tak dapat nak buat kang. Jadi bersabar jer la.
Jaga kesihatan yer, sebab sekarang ni tengah musim demam. Ramai yang dah kena.
Salam Kasih,
