Islamic School
Salam,
Hari ini saya diserang migrain. Actually saya diserang migrain sejak malam tadi. Dah tidur pun tak boleh ok gak. Pagi tadi saya bangun seawal 4.15 pagi. Kononnya nak buat sedikit tugasan berkaitan dengan artikel tapi huh, tak dapek ler..akhirnya saya hanya terbaring di sofa hingga pukul 5.30 pagi. Mata tak pulak pejam-pejam.
Penyudahnya dalam rasa sakit kepala tu, saya mengemas rumah, membasuh dan menggosok baju. Selesai je Subuh, Qistina bangun temankan saya. Huh Kakak! Biar betul, 6.30 am in the morning awak bangun? Nanti megantuk kat school.
Sebut pasal school ni, saya rasa saya dah jumpa school yang saya rasa sesuai dengan masa saya dan suami. Kami ada ternampak satu banner mengenai pendaftaran sekolah tadika di Masjid UM (err yang sebelah pintu pagar UM tu. Apa nama masjid tu ekk? lupa la)
Saya dah call dah school tu. Cikgu yang menjawab tu kata sekolah tu Islamic school. So boleh la. Masa pembelajaran pun sesuai dengan jadual kerja saya. Masuk pukul 8 pagi dan habis pada 1 tgh. So dia masuk sekolah sebelum saya masuk kerja dan habis sekolah masa luch hour saya. Cuma, kalau waktu lunch saya masih dalam meeting ataupun masa tu saya berada diluar pejabat, tu yang agak pening skit nak adjust..tapi rasa ok kot.
Ingat nak survey macam mana keadaan tadika tu.. Ada yang nak joint hantar anak ke sana?
Salam Kasih,
