Takziah
Salam,
Saya ingin mengucapkan takziah saya kepada keluarga semua mangsa kemalangan ngeri di Simpang Ampat, Kilometer 223 Rembau yang berlaku pada 10 Oktober 2010 yang lalu.
Ngeri saya tengok gambar-gambar kemalangan di blog mak ngoh selamoh.
Semoga roh mangsa yang terkorban dicucuri rahmatNYA.
Pandu Cermat jiwa selamat. Tapi kadang kala kita memandu dah cermat dan hati hati tapi orang lain pulak yang memang tak berhati-hati langsung. Teringat pada arwah sahabat saya, Noraishah Nordin yang juga menjadi korban kepada kecuaian orang lain pada beberapa hari sebelum Ramadhan yang lalu. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.
Biar lambat, asalkan selamat.
Mood: arhh rindu pulak pada arwah Kak Aishah.. Saya masih simpan text sms kata-kata semangat & perangsang yang dikirimkan kepada saya 2 bulan sebelum dia pergi. Al- Fatihah buat arwah dan semua mangsa kemalangan lalu.
p/s: Doakan perjalanan saya sepanjang 4 hari ni sentiasa selamat yer. Amin
Salam Kasih,
