Makan Apa Malam Ni?
Salam,
Makan apa malam ni? emm.. sedapnya lauk ketam tu..Ha ada ayam goreng? Tempe goreng? ini rahsia nak kulit licin kata Datuk Seri Dr. Kihr Toyo..( Datuk Seri tak marah kan aii quote petua you )
Kami anak beranak makan lauk kari sotong & sayur sawi telur yang ditumis. Saya jarangkan cerita pasal apa yang saya masak. memang jarang sebab saya lebih suka cerita pasal breastfeeding. hehehe..
lagi pun masakan saya tak seistimewa orang lain. Segan saya bila baca blog org lain yang bercerita pasal masakan lauk pauk derang. Bukan main special lauknya. Macam macam kaler dan resepi.
Saya hanya mampu sediakan lauk pauk yang simple dan ringkas jer sebab sampai umah pun masa dah nak maghrib atau dah pun maghrib ataupun dah pun habis maghrib (wah banyaknya alasan, kan). Jadi masak jer apa yang sempat, janji anak dan suami dapat rasa air tangan aii.
Kalau tak sempat, nampak gayanya malam tu makan la air tangan tukang masak restoran Al-Najah tu…
Simple jer malam ni. Patutnya lauk ni saya masak semalam utk makan malam tapi masa nak masak minyak habis so bila hubby ke kedai lepas maghrib, dah lewat beno nak masak masakan yang memerlukan banyak step ni so saya hanya masak sup sayur dan goreng ikan + tempe goreng (tempe lagi 8P ..terpengaruh betul la ekk padahal Datuk Seri bergurau jer dulu) untuk hidangan malam tadi..
So malam ni kena la kotakan janji nak masak kari..Dah makan? Kami dah…
Dah kenyang, Nak tidur plak..(apa la yang saya merepek ni ekk?)
errrkkk..dah beli dah majalah Rasa yang terbaru – edisi Ramadhan? Cepat, nanti habis kat pasaran. Ada bonus untuk raya sekali dalam tu.
Salam Kasih,
