Archive for August, 2011
Sebab Susu Ibu Kurang Di Bulan Ramadhan
Assalamualaikum,
Ramadhan telah pun masuk hari ke 16. Bagaimana dengan ibadah puasa? Masih penuhkah? Saya alhamdulillah, Allah izinkan saya untuk berpuasa. Bolum cuti lagi. Hehehe.
Lagu raya pun dah berkumandang di corong-corong radio. Rindu suasana begini tapi hati sayu sebab Ramadhan semakin sampai ke penghujungnya.
Bagaimana aktiviti penyusuan di bulan Puasa? Merundumkah? Atau bertambah? Ataupun macam biasa sahaja?
Daripada rungutan rungutan ibu-ibu yang mengatakan susu mereka semakin berkurangan sewaktu bulan puasa ini, Saya dapati ada beberapa sebab yang menjadi penyebab berlakunya kurang susu ini.
Pertamanya, persepsi sejak awal sebelum puasa. Yakni persepsi akan kurangnya susu. Bila ada persepsi begini, secara automatik kebimbangan akan tercetus, kan? Bila bimbang mula la rasa stress yang entah apa sebabnya. Ya la puasa pun belum bimbang yang lebih. Kebimbangan ini berlarutan sehingga masuk Ramadhan dan ibu pun mula berpuasa. Oleh kerana persepsi awal dan kebimbangan yang melampau, maka pada hari pertama puasa kesan dah nampak. Kesannya ialah kurangnya susu. So buang persepsi dan bimbang tu.
Keduanya, bila kita berbuka, kita kurang minum air atau kurang mengambil cecair bagi menggantikan cecair yang dah hilang. Setiap hari kita akan kehilangan 1.0 to 1.8 liters per day melalui urine kita aka ayaq kencing dan dianggarkan kita hilang 3-4 liter sehari melalui aktiviti harian (termasuk buang ayaq keck & besaq tadi la kan). Pas tu kita juga kehilangan 1-2 liter air sehari melalui pernafasan. So bila kita tak ganti balik cecair yang hilang, badan kita dehydrated. Bila dah kurang air dalam badan, cam ner nak buat susu,kan? So cuba ambil cecair yang mencukupi. Oh ya, boleh baca mengenai berapa banyak badan kita perlukan air kat WaterCure.
Ketiganya, kita dah mula kurangkan aktiviti mengosongkan payudara. Sebabnya kita kononnya nak kumpul susu dalam breast agar bio penuh. Dah penuh (pada anggapan kita) barulah kita nak pump, ye dak? Tapi tahukah kita sebenarnya bila kita ni tunggu breast tu nak penuh, akan menyebabkan production susu kita dah kurang dan menyebabkan susu kita cair? Ye la macam mana tak merundum production, konsep breastfeeding adalah supply and demand. Kalau dah tak dak demandnya, buat apa nak supply. Membazir la sebab tak dak kegunaan.. so itulah mesej yang disampaikan kepada otak kita bila kita kurangkan aktiviti mengosongkan breast. Dapat tak maksud saya? Ingat ye, lebih 3 jam kita tak mengepam, kita dah mula hantar isyarat yang demand/permintaan dah berkurangan. Saya ada membincangkan hal ini dan disiarkan di dalam suratkhabar KOSMO pada Ramadhan tahun lalu. Boleh baca di sini.
Pas tu yang keempat, makanlah makanan yang memberi tenaga sebab puasa ni memerlukan dan menggunakan tenaga. Menghasilkan susu juga memerlukan tenaga, bila kita kurang ambil makanan yang memberikan tenaga, jadi tenaga yang ada saki baki dalam diri akan kurang sebab nak kena bahagi sana sini utk pelbagai aktiviti harian.
Jadi kaji la balik mana silapnya kita dalam menangani isu puasa dan menyusu. Kita dok la tertanya-tanya, apasal Si Ibu A dapat maintainkan production tapi kita tak boleh. Ha bila dah tahu mana yang silap dan kurang, kita adjust balik. Insya Allah, kalau ada kemahuan dan usaha, kejayaan pasti ada di hujung sana… yang penting sabar dan tidak putus asa.
Juga boleh baca post saya yang terdahulu yang saya tulis pada tahun lepas mengenai Breastfeeding & Ramadhan. Berikut adalah jadual dan cadangan menu untuk berbuka dan bersahur yang disumbangkan oleh Puan Jess, Pakar Nutrisi yang juga merupakan PCPA bagi MBfPC. Ianya juga ada dalam post saya yang terdahulu.
Salam kasih,
Orang Hilang – Tolong Bantu Pn. Salwa mencari En. Ithnin
Assalamulaikum,
Salah seorang sahabat saya , Salwa aka Ibu Kauthar telah ditimba musibah. Suami beliau yag keluar sekejap sahaja ke kereta di depan rumah, telah hilang sejak 2 Ogos 2011 yang lalu. Ini saya muatkan berita yang diwar-warkan melalui website Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (MBfPC).
Jika ada yang nampak atau tahu mengenai En. Ithnin, harap dapat hubungi nombor yang tertera di atas. Bantuan anda amat dihargai.
Kepada Salwa, tabahlah hadapi ujian Allah ini.
Salam Kasih,
Under Construction
Assalamualaikum,
Macam mana puasa 3 hari ni? boleh? Sempat sahur? Saya ok jer. Qistina cam biasa la setengah hari jer.
Oh ya, Baby N Me online store skang ni sedang under construction yer. Jadi kepada yang nak beli Baby Khalifah Learning Series boleh terus email ke admin@babynme.com.my. Nanti Kami balas email dan beritahu detail pembayaran dan sebagainya. Namun begitu, dukacita dimaklumkan bahawa promosi harga RM85/pek telah tamat pada 31 Julai yang lalu. Harga telah kembali ke asal iaitu RM90.00. Kepada yang berminat nak beli Baby Khalifah secara borong, anda dialu-alukan tapi once dah ambil secara borong, anda ada komitmen untuk ambil 10 pek setiap bulan. Itu syaratnya. Kalau setuju, boleh email ke alamat email di atas la yer.
Juga kepada yang sudah buat order daripada Baby N Me, barangan anda telah di kurier. Jangan risau, kami ada rekod jualan.
Ok, Selamat Berbuka.
Salam kasih,
Salam Ramadhan
Asslamualaikum,
Apa khabar? Macam mana menempuh puasa pada hari pertama Ramadhan tahun ini? Ada ke yang seperti anak-anak kecil? hehehe..
Semoga kita bertambah bahagia menjalani ibadah Puasa dan amalan-amalan yang diperintahkan olehNYA.
Qistina juga sudah mula belajar berpuasa sekerat hari mulai hari ini. Cukup pukul 12 tgh, dia dah minta berbuka. “Laparlah Ummi”, kata Qistina. Tak mengapalah. Setengah hari tu dah kira cukup untuk dia belajar berpuasa sebagai permulaan.
Emm..En. Hubby dah sms tadi, bertanyakan nak makan lauk apa berbuka ni. Agaknya selepas waktu kerja, dia nak pergi ke pasar Ramadhan kot sebab kami berbuka di Shah Alam, rumah yang didiami oleh Scha bersama mama dan papa. Kemudian, Insya Allah, jika ada rezeki, saya akan ikut hubby bersolat Tarawikh di Masjid Shah Alam. Rindu nak bersolat Tarawikh. Semalam dah terlepas sebab Qaisara kurang sihat. Kena cirit-birit.
Oklah. Selamat menjalani ibadah puasa. Kepada yang nak membaca Al-Quran secara electronic, bolehlah ke Quran.com .Selamat membaca Al-Quran dan selamat sempat khatam dalam bulan Ramadhan ini. Insya Allah, kita boleh!
Salam kasih,












