Archive for July, 2011
Nak Membanyakkan dan Pekatkan Susu?
Assalamualaikum,
Sekarang ini macam trend ya. berlumba-lumpa nak makan milk booster. Ramai yg tanya, bagaimana untuk banyakkan susu dan pekatkan susu?
Jawapannya ialah dengan kerap menyusukan bayi anda. Bila kerap susukan bayi, kita dapat create demand dan hantar signal pada otak supaya buat susu lebih banyak. Juga bila kerap menyusu, susu yang terhasil akan lebih banyak lemak dan bayi kita akan kenyang.
Susu Ummi untuk Qaisara satu masa dulu.
Jika menjarakkan waktu penyusuan, susu akan mempunyai lebih banyak air dpd lemak, jadi susu kita akan cair. So kerapkan penyusuan. Jika anda buat ini semua, anda tak perlu pun milk booster pun.
Insya Allah.
Salam kasih,
Bertambah lagi usia. Alhamdulillah.
Hari ini hari lahir saya. Alhamdulillah, Syukur pada Allah kerana saya masih bernafas dan mencapai umur ini. Syukur kerana saya masih diberi peluang untuk menuju ke arah yang lebih baik untuk membaiki kesilapan yang lalu.
Terima kasih atas ucapan Selamat Hari Lahir daripada semua yang wish pada saya. Pagi-pagi dah dapat wish dpd hubby & nyanyian Happy Birthday song daripada anak-anak.
Walaupun hari ni hari lahir, kerja kena buat juga, kan..so nak wat kerja la ni.
Doa saya dengan hadirnya umur ini, Semoga saya akan menjadi orang yang lebih bersyukur, lebih baik dari sebelum ini dan lebih ikhlas dalam membantu orang lain. Juga agar saya dan keluarga akan terus bahagia. Amin.
Oh ya, saya juga berkongsi hari lahir dengan Mak Usu saya, Cik Waznah Abd Aziz aka JD daerah Jempol, Negeri Sembilan dan cousin cilik saya, Aiman Harith aka anak Ibu yang sebaya dengan Qistina. Hepi Besday to both of you too!
Salam kasih,
Home School
Assalamualaikum,
Saya sangat suka dengan natural parenting. Ini termasuk home school. Tapi apakan daya, saya masih belum dapat merealilsasikan impian sebab kekangan masa. Di facebook saya di invite oleh Hanz untuk joint Natural Parenting & Living Loft group (it’s a closed group and only can joint via invitation) dan saya mendapat macam macam info regarding natural parenting n also pasal hidup without chemicals. Macam-macam chemicals ada dalam makanan harian kita. emmm no wonder, orang kita skang ni banyak penyakit.
But today, saya bukan nak cakap pasal chemicals or yang seangkatan dengannya but i want to share a home school link yang saya dapat dpd group tadi. It is very useful and i love it. ini dia
Salam Kasih,
Tidak obesiti!
Assalamualaikum,
Apa khabar? Selamat berhujung minggu ya. hari ini saya ada terbaca mengenai seorang baby yang berumur 6 bulan yang berat badannya 12kg dan dah muat pakai pakaian abangnya yang berumur 4 tahun. emmm..Yang bestnya baby ni hanya minum susu ibu atau kata omputeh, breastfed baby. Dia juga disahkan tidak mengalami obesiti walaupun berat badannya melangkaui kebiasaan bagi bayi seusianya. Ini kerana dia hanya minum susu ibu dan bukan makan makanan pejal. Cayalah.
Anda boleh baca cerita penuh kat sini. Happy reading.
Comelkan?
Salam Kasih,












