Archive for the ‘Peribadi’ Category

Handphone Bisu Tersayang Saya!

Salam,

 Saya gelak sendiri bila teringatkan diri saya yang betapa la tak mesra IT dan mesra gadjet ni. Tahu kenapa? Sebabnya saya ni dah setahun setengah memiliki handphone bisu saya tu. Daripada dia tak bisu sampai dah bisu sejak pertengahan tahun ni. Saya tak pernah teringan nak ambil  tahu features yang ada dalam tu. Senang cerita tak reti la nak godek godek handphone tu. Yang saya tahu cam ner nak buat call, received call, tgk internet (itu pun tak pandai sangat) dan ambil gambar (tapi tak reti lagi nak transfer ke pc). Benda lain ? Ampunn…. Takut nak godek. Takut rosak. tak godek godek pun rosak gak..dah bisu pun dia..

Kata adik bongsu saya, Scha Ramzi,” Long, ko bagi adik jer la handphone ko ni kalau ko setakat recieved & buat call jer. Handphone ko ni banyak benda boleh buat. Ko pakai yang biasa dah ler..” kekekekeke..tengok ayat dia tu dah cukup menggambarkan kejahilan saya terhadap penggunaan handphone bisu saya tu. Handphone saya bukanlah yang canggih sangat tapi kira ianya menyenangkan saya dalam banyak perkara. Schedule & appointment saya semua saya set dalam tu. Boleh guna microsoft office untuk update kerja tapi features ni haram saya tak tahu nak guna. Ampunnn..saper boleh ajar saya untuk menggunakannya? Meh la ajar..

Malam tadi akhirnya saya belek-belek handphone saya secara tak sengaja dan akhirnya saya berjaya untuk mengekses email saya secara terus menerus melalui hp bisu saya tu..senyum kambing sorang sorang atas katil masa berjaya menggodek tu..kekekeke..betapa la ketinggalan keretapi saya ni..kesian yer tak?

 Tak pe la..better late than never..makanya oleh kerana handphone saya sangat berguna pada hemat saya ketika ini, jadi saya membatalkan niat untuk menukarnya kepada blackberry ataupun iphone 4..guna apa yang ada sampai lunyai la nampak gayanya..

p/s: dah call Samsung dah pasal masalah bisu dia jap tadi..

Salam Kasih,

Islamic School

Salam,

Hari ini saya diserang migrain. Actually saya diserang migrain sejak malam tadi. Dah tidur pun tak boleh ok gak. Pagi tadi saya bangun seawal 4.15 pagi. Kononnya nak buat sedikit tugasan berkaitan dengan artikel tapi huh, tak dapek ler..akhirnya saya hanya terbaring di sofa hingga pukul 5.30 pagi. Mata tak pulak pejam-pejam.

Penyudahnya dalam rasa sakit kepala tu, saya mengemas rumah, membasuh dan menggosok baju. Selesai je Subuh, Qistina bangun temankan saya. Huh Kakak! Biar betul, 6.30 am in the morning awak bangun? Nanti megantuk kat school.

Sebut pasal school ni, saya rasa saya dah jumpa school yang saya rasa sesuai dengan masa saya dan suami. Kami ada ternampak satu banner mengenai pendaftaran sekolah tadika di Masjid UM (err yang sebelah pintu pagar UM tu. Apa nama masjid tu ekk? lupa la)

Saya dah call dah school tu. Cikgu yang menjawab tu kata sekolah tu Islamic school. So boleh la. Masa pembelajaran pun sesuai dengan jadual kerja saya. Masuk pukul 8 pagi dan habis pada 1 tgh. So dia masuk sekolah sebelum saya masuk kerja dan habis sekolah masa luch hour saya. Cuma, kalau waktu lunch saya masih dalam meeting ataupun masa tu saya berada diluar pejabat, tu yang agak pening skit nak adjust..tapi rasa ok kot.

Ingat nak survey macam mana keadaan tadika tu.. Ada yang nak joint hantar anak ke sana?

Salam Kasih,

Jalan-jalan Buat Kerja

Salam,

Mulai Rabu ni hingga Isnin minggu hadapan saya akan ke site sekitar Selangor.

Kalau ada sebarang soalan mengenai breastfeeding, boleh call juga. Kalau saya tak jawab tu, please text me ya..

Takut masa you all call tu, saya tengah bagi briefing.

So text me supaya saya boleh miss call anda semula..hehehehe..miss call jer la..tak larat nak call sebab ramai sangat yang termiss call saya..bengkok bill aii u kalau nak call semua orang..harap faham la yer situasi saya..Mekasih ;D

Kalau sempat, saya akan update blog..Kalau tak, emmm….tunggu minggu depan jer la ekk..

pssttt..saya akan ke Kuala Kubu Baru & Gombak pada hari Rabu ni, ada yang nak jumpa ke? atau belanja makan ker? hehehehe…

Masa Dinner SILC. Dari Kiri : Dr. Hairin, Zatul, Izzah, Dr. Nadrah & Shida

Khas Untuk Ibu:

“Ibu, pagi aku ke KKB pas tu aku singgah umah ko, boleh? Nak makan tengahari? pas makan aku chow ke Gombak plak . 2.30 petang ada briefing kat Gombak plak. aci tak? aci la ekk…hehehehe  sayang ko, Ibu!”

Salam Kasih,

SILC DINNER

Salam,

Alhamdulillah, walaupun bukan rezeki saya untuk hadir ke Susuibu.com International Lactation Conference (SILC) yang berlangsung dari 5 Oktober 2010 hingga hari ini 7 Oktober 2010, saya masih diizinkan oleh Allah untuk bertemu dengan international lactation mentor/world class mentor pada malam tadi.

Alhamdulillah, Allah beri saya peluang sekali lagi. Walaupun singkat pertemuan kami, tapi banyak yang saya dapat dalam masa 2 ½ jam bersama dengan mereka sewaktu majlis makan malam SILC, malam tadi. Saya dapat melihat secara live dan betul-betul di depan mata saya, cara Dr. Jack Newman memeriksa lidah tounge tie seorang bayi  yang kebetulan dibawa bersama oleh ibunya pada dinner malam tadi (baby tu ada tounge tie tahap 3).

Juga saya dapat tip-tip dan  dapat belajar daripada Madam. Sue Cox secara  berdepan bagaimana cara untuk menunjuk ajar ibu agar selesa dalam posisi menyusu dan dalam masa yang sama sedang melakukan perkara lain. Model ada tau, hehehe saper lagi Dr. Hairin dan baby dia la..

Dan tidak ketinggalan Madam Diana West yang sangat ramah dan baik hati.

Ketiga-tiga mereka juga sempat menurunkan tandatangan pada buku tulisan mereka yang telah lama saya beli dan baca. Thank you!

Tidak ketinggalan dapat juga bertemu dengan mentor dan salah satu idola yang menjadi tempat saya merujuk dalam hal breastfeeding, Dr. Hairin Anisa, Pakar Kanak-kanak & Pakar Laktasi dari PPUM. Dr. Hairin ni, kan walaupun umurnya lebih tua sedikit dari saya dan dah anak 3 (tahniah Doktor atas kelahiran baby baru), rupa paras dia sangatlah cute dan baby face. Macam awal 20an jer..Kalaulah saya pun cam tu…eemmmm :P

Juga dapat bertemu dengan kawan-kawan yang satu kepala dan satu matlamat seperti  Dr. Nadrah, Shida, Iza, Kak Rita Rahayu & Kak Kamariah serta staff  susuibu.com & MLO yang baik-baik hati belaka tu…

Terubat juga la hati saya yang agak kuciwa kerana tak dapat hadir ke SILC dengan kenangan manis yang saya dapat malam tadi.

Janji Allah itu pasti!

Thank you ALLAH!

Open Opis 2010

Salam,

Last week, opis saya buat jamuan hari raya – department saya combine dengan department yang berada di tingkat bawah kami, 31. Kami, kan kat Penthouse, atas kayangan..

Enjoy gambar gambar kat bawah.


Ice Cream anyone?


Tiga Dara Pingitan

 

posing glam!

Jemput makan?

Tengok apa tu?

Dah ada yang punya daaa…

Seronoknya reramai..Nampak tak awek yang baju Hijau (berdiri 2 dari kanan tu? Dia baca berita kat RTM tau.. kalau u all perasan la..)


Maaf ekkk…

Ala…manjanya…

yummy

Bergambar bersama bosses. Yang berdiri semua orang besau-besau pangkatnya. Belakang saya yang pakai kot tu, our CEO.

 Seronok, gembira, mesra, bonding, meriah, cantik, warna warni dan glamer you!

Banyaknya Kerja!

Salam,

Serius, minggu ni blom dapat update blog dan bercerita panjang. Saya sangat bz dengan tugasan harian yang deadlinenya tersangatlah pendek dan dekat.

Saya ada dokumen tender untuk disettlekan, saya ada site visit,  draft SOP yang perlu saya settlekan by 15 Oktober, saya ada draft manual SAP system yang perlu saya semak untuk dikomen sebelum bos saya turunkan tandatangan, isu-isu procurement yang dah makin membukit dalam tray IN saya, payment supplier & Kontraktor yang perlu disemak dan disubmit pada akaun, juga sistem pendaftaran yang dah nak diimplement bulan ni jugak serta artikel utk kolum saya & jawapan bagi kolum soal jawab Laktasi majalah Mami & Baby bagi isu November 2010.. Waaaaa…Tak cukup masa…

Pssttt..bulan Nobember 2010 ni juga ada artikel saya yang keluar di majalah Pa & Ma… ;D

Ceh mengeluh plak..Alhamdulillah, syukur bz tu maknanya tenaga dan sumbangan kita diperlukan, betul tak?


ada gaya photographer tak? kekekeke..Semasa jamuan hari raya di opis saya last week.

p/s: walaupun sibuk, saya masih mengalu-alukan pertanyaan mengenai breastfeeding dan mengalu-alukan permintaan untuk sesi one to one breastfeeding consultation kerana ianya sesuatu yang saya suka dan anda perlukan. Untuk breastfeeding, saya akan pastikan saya lapangkan masa saya untuk membantu anda.

Salam Kasih,

Aktiviti Sepanjang Bulan Ramadhan

Salam,

Sepanjang bulan Ramadhan ni, saya telah mengambil keputusan untuk berehat dari sebarang aktiviti luaran. Saya ambil peluang ini untuk berehat dan menghabiskan masa saya dengan keluarga especially anak-anak saya. Tetapi saya masih menerima dan menghadiri beberapa jemputan berbuka puasa di luar. Antaranya ialah majlis anjuran LHDN Jalan Bandar, KG Attap, majlis berbuka anjuran Nurturing Concept Sdn. Bhd.  dan beberapa majlis berbuka anjuran keluarga & sahabat saya dan suami.

kelakar gambar ni

Insya Allah, selepas Ramadhan, jadual saya akan kembali sibuk.

World Breastfeeding Week 2010 Celebration

Salam,

huhuhu..saya sangat sibuk sampai nak update blog pun tak sempat sejak 2 minggu yang lepas. minggu yang pertama, saya sibuk dengan mesyuarat yang tak putus-putus di pejabat. Sampai naik muak la. Kemudian minggu ni, saya sibuk dengan sambutan Minggu Penyusuan Sedunia dari 1 Ogos 2010 – 7 Ogos 2010.

Alhamdulillah, sambutan WBW tahun ni saya banyak terlibat secara langsung dalam beberapa acara. Antaranya Hari Susu Ibu di Fiesta Kajang (Kajang), Sambutan WBW peringkat KPJ Selangor Specialist Hospital (Shah Alam) dan sambutan WBW peringkat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR, Klang).

Di Hari Susu Ibu, saya menguruskan press.

Hari Susu Ibu 2010

Saya menjadi ahli panel bagi Forum WBW di KPJ Selangor Specialist Hospital, Shah Alam.

Saya & geng MBfPC bersama kakitangan HTAR semasa sambutan WBW di sana

Kenangan manis sambutan WBW tahun ini kerana saya terlibat secara langsung dengan aktiviti-aktiviti sepanjang satu minggu sambutan WBW. Alhamdulillah. Rakan-rakan saya yang lain juga sangat sibuk sepanjang minggu ini.

Selamat tinggal minggu breastfeeding tahun ini. Semoga panjang umur dan berjumpa semula tahun hadapan.

Salam Kasih,

Salam BZ

Salam,

Minggu lepas dan minggu ni saya agak bz, so blog tak berapa dapat nak update.

nanti aii update yer..

p/s: bila nak dapat beli kasut utk ganti kasut yang dah nak hancur tu ekk

Salam Kasih,

Birthday Girl!

Salam,

Tarikh hari ni yang bersamaa 20 Julai adalah merupakan hari saya dilahirkan oleh Mama bertahun tahun yang lalu.

Bertambah dah usia saya, kan?

Semoga bertambah matanglah juga akal fikiran, perasaan, kelakuan saya dan juga keimanan saya terhadap ALLAH.

Terima kasih Allah kerana memanjangkan usia hamba mu yang hina ini. Semoga keberkatan darimu sentiasa mengiringi diri hamba mu ini.

Dengan bertambah usia ni, bermakna tambahlah juga kedut kat muka, kaki, tangan, leher dan sebagainya. huhuhuuhu..

Selalunya, orang sambut besday ni especially pompuan, takut dengan angka, tapi apa ada pada angka? hehehe typical statement la ekk..

Selamat hari lahir buat diri saya!

Juga terima kasih kepada yang wish saya tak henti henti sejak malam tadi. TQ, TQ & TQ!

Oh ya, saya juga berkongsi harijadi dengan Ibu saudara saya, Waznah Abdul Aziz & Sepupu saya, Aiman Harith (anak IBU) yang sebaya dengan Qistina (4 tahun). Hepi besday to both of you too!

p/s: hubby cam biasa, jadi orang pertama yang wish happy birthday. Thanks Dear!

Birthday Girl (girl ka?hehehe),

logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
April 2026
M T W T F S S
« Mar    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.