Archive for the ‘Event/Acara’ Category

Shooting dengan PA & Ma

Salam,

Isnin lepas saya ber’shooting’ dengan team majalah PA & MA di pejabat saya.Patutnya Khamis lepas tapi dah ditunda ke Isnin baru ni (7/12/2009)  atas permintaan pihak PA & MA.
Hahaha..shooting pun buat masa lunch hour jer..Mekap-mekap pun tak dan/tak sempat. Sempat berbedak dan tenyeh lipstik member..almaklumlah saya ni jarang sangat nak bermekap sebab muka saya la ni sangat sensitif sesejak melahirkan Qaisara..Kalau dulu-dulu licin, skang ni dah berjerawat dan berparut..letih dah nak ilangkan. hehhe..

Oh ya shooting ni untuk majalah PA & MA isu tahun depan (kalau tak silap bulan Februari 2010). saya bercerita berkenaan isu kolostrum..
Semoga dengan sedikit ilmu yang ada didada akan dikongsi bersama-sama pembaca PA & MA. Semoga lepas ni ramai yang paham kenapa kolostrum tu penting dan kenapa hanya sedikit sahaja susu yang keluar pada hari-hari pertama kelahiran. Semoga tiada lagi rungutan mengenai baby tak cukup susu.

Saya sempat gak bergambar dengan kawan-kawan dipejabat & wartawan PA & MA, Pn. Intan Jastina Jamaluddin masa tu..

posingggggg

Saya dan kawan-kawan

zatul n intan 2

Saya & Intan Jastina

 

Salam Kasih,

 

BABY N ME Di MATRADE Mini Exibition

 

Salam,

Saya sangat rasa berbesar hati kerana Baby & Me telah dijemput untuk menyertai Matrade Mini Exibition yang bemula pada 1 Disember 2009 dan akan berakhir pada 31 Disember 2009 ini.

signboard mini exibition

Terima kasih kepada Puan Rosyidah kerana sudi menjemput BABY N ME menyertai exibition tersebut.

Oh ya tema Mini exibition tersebut ialah Services. Saya difahamkan yang tahun lepas (2008), Susuibu.com juga telah dijemput menyertai pameran tersebut.

Isnin lalu saya telah ke MATRADE untuk menyerahkan Flyers dan Barangan yang hendak digunakan dalam exibition tersebut. Oleh kerana saya tiada produk sendiri dan hanya menawarkan service consultation berkaitan breastfeeding, maka saya menggunakan barang-barang daripada supplier saya sebagai contoh barangan keperluan yang berkaitan dengan Breastfeeding dan flyers BABY N ME .

 

DPN RUANG PAMERAN

fyler Baby N Me di ruang pameran

kaca pameran

Nampak tak flyers BABY N ME dan brg-brg breastfeeding dlm kaca tu?

 Terima kasih kepada Puan  Mazlina & Puan Zalipah yang telah entertain saya semasa saya disana. Puan Rosyidah bercuti ketika saya ke sana (Nanti kita jumpa yer..).

dgn Pn. Mazlina

Dgn Pn. Zalipah

Dikesempatan itu juga, saya sempat menyerahkan cenderahati berupa Buku Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Berkerjaya kepada Cik Noraini Mohd Nor, Timbalan Pengarah, Seksyen Perpustakaan MATRADE (gambar dibawah) sebagai tanda terima kasih saya kepada pihak MATRADE diatas kesudian mereka menjemput BABY N ME menyertai pameran tersebut.

Zatul dgn Timb. Pengarah Matrade

cenderhati baby N me kpd Matrade

Buku panduan tersebut adalah untuk menambahkan lagi koleksi buku yang ada di library MATRADE.

Sekali lagi saya mengucapkan TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA SEMUA KAKITANGAN MATRADE kerana sudi menjemput BABY N ME untuk menyertai Mini Exibition tersebut.

* Minggu ini saya bz bangat: Isnin ke Matrade & Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Rabu – mlm ada appointment, Khamis – shooting dgn majalah PA & Ma, Jumaat : Nak pi Perbadanan Harta Intelek, Sabtu  – Nak bawa anak-anak buat check up kat KPJ Selangor Specialist Hospital . Saya juga ada 2 artikel + 3 soalan breastfeeding yang perlu dijawab dan perlu disubmit ke 2 majalah (MAMI & BABY dan PA & MA yang deadline nya dah makin hampir iaitu awal  next week (maknanya saya kena bekerja pada Weekend ini). Waaaa…naper la masa ni macam tak cukup jer 24hours?

 

Salam Penuh Ke’BZ’an,

 

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Salam,

Disini saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha. Saya hanya beraya di Putrajaya dan Kuala Lumpur sahaja esok. Almaklumlah, Mama & Papa skang ni dah tinggal dengan adik saya di Putrajaya. So raya sini jer la.. Pas tu hari yang sama akan ziarah keluarga mertua di Kg. Melayu Kepong, Kuala Lumpur. So ‘Akak’ (dengan nada sengau) raya kat KL lagi la kali ni… Orang kg aka relatives, maaf tak dapat balik raya kali ni..
Selamat Hari Raya. Maaf Zahir batin lagi!!

P/s: BABY N ME showroom akan tutup pada 27 Nov 2009 (Hari Raya) dan akan buka semula pada 28 Nov 2009 (Sabtu) cam biasa la yer.. Online store kami masih beroperasi 24h semasa hari raya tu. Order masih boleh dibuat dan hanya akan dikurier pada hari Isnin (30 Nove 2009) nanti.

Salam Raya dari pejabatku di Level Kayangan (still kerja ni walau esok raya. Mama ampun tak tolong masak),

Hepi Besday Hubby! Surprise yang tak menjadi.

 

Salam,

Semalam besday hubby.
Kononnya saya nak wat suprise pada hubby dengan belikan kek dan masak masakan yang direquest untuk dimasak pada hujung minggu ni.
Kek dah beli dan disimpan dalam peti fridge. Tunggu hubby balik dan tunggu nak wat suprise jer masa dia tengok berita jam 8.
Tetiba masa maghrib tu, bila hubby balik, Qistina kecoh. Puas saya suruh dia diam dan kata ini suprise untuk Abah. Dia kata, ok, surprise ya ummi..

Lalu dia pi depan duduk depan tv. Senyap jer dia. Jam 8 lepas solat Maghrib, Hubby duduk tengok tv. Nak tengok berita.

Tiba-tiba ‘”Abah, ada surprise. ada kek dalam fridge. Abah, come and let see the cake, please.”

“Hahahahaha, pecah lubang” kata hubby..
Hampeh, terus amik kek, dan nyala lilin. kami (saya dan Qistina) nyanyi hepi besday utk hubby sambil bawak kek ke  hubby.                                     

Sampai jer depan hubby, Qistina jerit, “ABAH, SURPRISE!!!
hahaha..gelak saya dan hubby..nak surprise mende kalau hubby dah tau…

emmm..memang sah la Qistina belum tau apa makna surprise..Sabo jer la dengan Surprise yang tak menjadi tu..

kek abang

HEPI BESDAY, HUBBY! Luv u always.

Cerita Hari Raya & Majlis Harijadi Qaisara Madihah

Salam,

Alhamdulillah,  saya sekeluarga menyambut kegembiraan berganda pada 1 SYAWAL yang lalu dengan perayaan hari raya Aidilfitri dan juga Hari lahir Qaisara. Tak sangka diam tak diam dah 1 tahun dah Qaisara..dah besar tapi body Qaisara maintain cute gitu..kecik molek jer..Kalau tengok live memang tak sangka dia dah 1 tahun sebab kecik bangat..Kata Pead, jangan risau sangat pasal size dia sebab ummi & abah pun saiz ala-ala comey gitu (perasan betul kan :P hehehe). Ala janji sihat, kan adik..

So masa 1 syawal tu, kami buat la sikit majlis potong kek untuk Sara kat umah atuk Sara kat Kampung Melayu, Kolumpo..ala hari rayakan, so yang ada dalam majlis tu sepupu-sepupu Qaisara & Qistina la..

nyanyi besday sara

family ku dpan kek

Kami bertema biru di pagi 1 SYAWAL

mak, ayah, anak & menantu 2

Keluarga mertua yang balik raya tahun ni..

Seronok sambut satu Syawal kat KL ni. Still rasa cam kat kampung.. Still ada takbir dari rumah ke rumah, stil ada kunjung mengunjung, still ada dengar mercun berdentum pada sepanjang malam raya & raya pertama.. Bebudak pun ramai yang datang raya..Ntah la, may be sebab sedara-mara hubby terchenta kebanyakkannya kat KL dan dia memang orang jati KL  so kemeriahan tu tetap terasa macam raya kat kg.

sedara mara abang

Sedara mara hubby yg datang.. Reramai duduk kat dapur.

2 Syawal, kami bergerak ke Seremban dahulu untuk konvoi bersama mama  & papa serta adik-beradik saya ke Johor Bahru. Singgah umah Pak Ngah saya kat Senawang dulu sebelum tu..beraya dulu..Makan nasi la..lauk ayam masak cili api..pehhh..tambah samapai 2 pinggan bila makan lauk ni..Jilat pinggan seh..

kat umah pak ngah 1

abg, pak ngah, papa & farid

Qis & Qai

Tema pink pada 2 SYAWAL..kaler busan sebab every year kaler ni..

Lepas kenyang makan kat Senawang, bergerak plak ke Johor Bahru, rumah nenek saya..ada yang tau Bakar Batu? ala dekat dengan kem Majidee tu..ha, umah nenek saya kat sana la..lagi terasa meriahnya kat sana sebab sedara sumer balik sampai tak muat umah dah..

Kemudian pada 3 Syawal, kami adakan lagi majlis potong kek harijadi Qaisara + Qistina di Johor Bahru di rumah ibu saudara saya..Meriah beb sebab sedara mara ramai masa tu..Mak Eton, mekasihhh..

nyanyi lagu besday (johor)

Qistina & Qaisara depan Kek

 tanda nama kek

dila tolong potong kek

Raya ke 4 tu round JB umah sedara mara yang buat open house..pas tu terus gerak pi umah kakak ipar kat Seremban 2. Letih beb..tido 2 malam kat sana pas tu balik Klang semula..

yang sedihnya, bila nak balik Klang tu, ada my good friend, Ida Murni panggil datang umah parents dia petang tu tapi tak sempat nak pergi sebab dalam perjalanan lagi…Jeles tengok gambar derang bergather-gather (hahaha, bahasa inggeris di melayukan la ni)  kat TTDI, KL..Girls (ida, zarina & ila), I miss you all la..bila nak datang umah aku?

dari kiri : zarina, baby izz, ila & ida

Aidilfitri kali ini sesungguhnya memberikan pelbagai kenangan manis buat saya dan family. Semoga tahun depan masih begini dan masih dapat saya temui Ramadhan dan Syawal lagi bersama-sama keluarga saya.. Aminnn..

SELAMAT HARI RAYA! MAAF ZAHIR BATIN!!

Salam Kasih,

Majlis Berbuka Puasa

 Salam,

Tahun ni rasanya minggu lepas baru ni  baru la saya ada feel nak berbuka di luar. Itu pun kerana memenuhi undangan rakan  dan  mentor-mentor saya.

Jumaat lepas saya telah ke majlis berbuka puasa di Bangi kerana memenuhi undangan daripada pemilik-pemilik Nuturing Concept Sdn. Bhd.  yang juga pengasas SUSUIBU.COM & MOMS LITTLE ONES (MLO) di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi. Jumpa la ramai rakan seperjuangan. Sedap juadahnya.. Namun begitu hanya dapat meluangkan masa seketika sahaja di sana kerana mengejar masa untuk pulang kerana jarak Bangi & Klang bukannya dekat..Anak-anak pula dah mengantuk especially Qaisara. Dalam perjalanan pulang akhirnya kedua buah hati saya lelap dan terus lena hingga ke pagi

Reramai clear sikit

Zatul Makan

Suasana

Meja kami makan

Kepad Tuan Rumah yang berdua tu, Terima Kasih daun keladi kerana menjemput saya sekeluarga..Tahun depan jemput lagi yer…

 

Pada hari Sabtu pula, saya berbuka puasa dengan rakan-rakan sepejabat di Hotel Concorde, Shah Alam.. Kami masing-masing datang bawa keluarga demi untuk mengeratkan siraturrahim antara kami..

Wahhh..makananannya memang sedap-sedap belaka..ada persembahan nyanyian yang membuat Qistina terpegun dan melihat dengan penuh minat…

Sup torpedo

Band (terang)

Sara berdiri

Qis

Zatul

Kak Zahra & family

Errr..apa pun saya tetap voted PJ Hilton kerana memang tiada yang dapat menandingi kesedapan makanan-makanan yang ada di sana…waaa..saper nak belanja makan kat PJ Hilton ni?

Hari Susu Ibu, Bowling Tournament, BF Talk Di TESCO Banting & Alumni Politeknik 1 Malaysia

Assalamualaikum & Salam Mesra,

Minggu yang lepas terlalu banyak jemputan untuk acara yang berkaitan dengan World Breastfeeding Week. Daripada jemputan Majlis Sambutan Breastfeeding Week di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Forum Breastfeeding di KPJ Selangor Specialist Hospital, Shah Alam, Hari SusuIbu.com di Kajang dan Majlis Say Yes To Breastfeeding oleh Dmoms N Baby Links (Breastfeeding Support Group) di KL Sentral. Akhirnya saya hanya dpt menghadirkan ke majlis Hari Susu Ibu di Kajang. Itu pun hanya sekadar berada dalam 2 jam sahaja di sana kerana saya dan keluarga terpaksa berkejar pula ke Plaza Ole-Ole di Seksyen 18, Shah Alam untuk Bowling tournament yang dianjurkan oleh opis hubby. Tak sempat langsung nak jengah ke majlis Dmoms N Baby Links di KL Sentral. Majlis Hari Susu Ibu memang meriah dan saya juga tak lepas peluang untuk ambil bahagian dalam acara yang di anjurkan..hahahaha..sampai-sampai jer terus naik pentas ambil bahagian untuk baby merangkak & kemudian babywearing plak.. Dapat la jumpa kawan-kawan & mentor-mentor dalam dunia penyusuan..

Dr. Nazatul Shiha, Pn. Zatul Hijanah & Pn. Rita Rahayu

Dr. Nazatul Shiha, Pn. Zatul Hijanah & Pn. Rita Rahayu

Pn. Ida Murni, Pn. Zarina & Pn. Zatul Hijanah

Pn. Ida Murni, Pn. Zarina & Pn. Zatul Hijanah

Pn. Zatul Hijanah & Pn. Kamariah (IBCLC)

Pn. Zatul Hijanah & Pn. Nor Kamariah (IBCLC)

Sabtu akan datang ini pula (15 Ogos 2009) saya telah dijemput oleh Hospital Banting untuk memberi ceramah mengenai Penyusuan Ibu Bekerjaya di TESCO, Banting. Terima kasih pada Puan Rita Rahayu (Kak Rita, thanks a lot) di atas recomendation yang beliau berikan.

Selepas majlis tersebut, petangnya pula saya terpaksa bergegas bertolak ke Ipoh, Perak bagi menghadiri Majlis Perjumpaan Alumni Politeknik Satu Malaysia di Politeknik Ungku Omar, Ipoh yang akan diadakan pada keesokan harinya, Ahad (16 Ogos 2009). Ini bagi melaksanakan tugas saya sebagai wakil kepada Alumni Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam. Saya merupakan AJK Biro Ekonomi dalam Alumni PSA (kepada bekas pelajar PSA, please contact saya sebab saya sedang mencari bekas-bekas pelajar PSA untuk dikumpulkan bagi ALUMNI PSA. Banyak acara nak buat ni such as dinner and etc la. Contact yer!)

Emmm..Sibukkan seorang saya ini? Rasanya daripada awal tahun hingga kini saya masih belum ada cuti lagi. Penat memang penat tapi heran juga la sebab badan saya tak juga turun beratnya. Makin naik ada la..Naper ekk? Hahahaha..cuba tolong saya fikir-fikirkan sebabnya, boleh? :P

OK la. Nanti kita jumpa lagi nanti.

Salam Kasih

Zatul Hijanah Ramzi

Certified Lactation Counselor

 

p/s: ada sesiapa nak joint breastfeeding support group

1) Malaysian Breastfeeding Mom (MBM) – Kalau ada boleh hubungi Pn. Suraya (Lunatots) atau Pn. Farah (Sarakids)

2) Dmoms N Baby Links – Kalau ada hubungi talian  03-89488944

Pengumuman – Penangguhan Kelas Asas Penyusuan

Assalamualaikum,

Dukacita dimaklumkan  bahawa kelas asas Penyusuan bagi expected parents terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian kerana saya perlu memenuhi undangan untuk memberi ceramah berkaitan Penyusuan Ibu Bekerjaya oleh Hospital Banting di TESCO, Banting pada hari yg sama.

Salam Kasih,

Bonda Q  d;D

Mini Karnival KLfm Di Angkasapuri

Assalamualaikum,

Just nak ajak kawan-kawan yang diluar sana untuk meramaikan lagi acara mini KLfm yang akan diadakan di Angkasapuri. Saya serta krew BABY & ME akan turut ada bersama memeriahkan acara tersebut. Antara acara yang bakal diadakan ialah seperti berikut:

Tarikh : 1 Ogos 2009 ini (Sabtu)

Tempat: Padang Semarak, Angkasapuri

Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang

Aktiviti : Anda boleh

1.Temui dj-dj KLfm

2. Sertai karaoke

3. Gerai-gerai jualan

Sekiranya anda ingin bertemu dengan saya dan mendapatkan breastfeeding consultation pada hari tersebut, adalah sangat-sangat dialu-alukan kerana saya sangat suka bila bercakap mengenai Breastfeeding..

Kita Jumpa kat sana yer..Nanti saya update cerita tersebut. Oh ya, doakan saya sembuh dengan cepat kerana dah 3 hari saya demam & selsema..

Salam Kasih..Muahh!

BABY ‘N’ ME Booth kat Sarakids Open Day

Salam, hari ni saya nak ceritakan mengenai majlis yang telah diadakan pada hari Ahad 28 Jun 2009 di TTDI, Shah Alam. Sarakids telah mengadakan open day cum besday bash untuk anak pengasas Sarakids. Saya juga akan berada disana sebagai AJK Majlis tersebut dan juga Booth Baby & Me juga tidak ketinggalan dibuka bersama-sama jenama yang lain semasa majlis tersebut berlangsung. Majlis ini juga mendapat liputan daripada media cetak & media elektronik. Saya sendiri telah menyampaikan sedikit informasi mengenai Penyusuan Susu Ibu pada majlis tersebut.

Detail majlis adalah seperti dibawah

2.30pm: Ketibaan tetamu
3.00pm: Sambutan Ulangtahun Puteri Sara Azalea & Sambutan Hari Papa. Clown show & games for kids
3.30pm: Sesi Keibubapaan Alami (Natural Parenting): Breastfeeding, Cloth Diapering, Babywearing
4.00pm: Penyampaian hadiah utk Bonda’s Day Contest 2009 & Cabutan Bertuah
5.00pm: Sale@ SARAKIDS
5.30pm: Photography Session
6.00pm: Dismissed

Qistina pun ada sama memeriahkan majlis tiup lilin besday kek Sara..

gambar gambar saya akan update sikit masa lagi sebab la ni kamera tak de dengan saya..
Saya disini nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada Puan Farah & En. Saiful diatas jasa baik mereka kerana menjemput saya & keluarga & juga kerana menyewakan booth kepada Baby ‘N’ Me sebagai langkah memperkenalkan Baby ‘N’ Me kepada tetamu yang hadir & juga umumnya kepada blogger Sarakids serta semua yang diluar sana.

Disini juga saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Hubby terchenta kerana menyokong saya pada hari tersebut serta terima kasih pada adik-adik saya & rakan-rakan mereka kerana menolong saya menjaga booth pada hari tersebut… JASA ANDA AMAT BERMAKNA BUAT SAYA..

Pink_Flower_32x32

logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
October 2025
M T W T F S S
« Mar    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.