Hari Susu Ibu, Bowling Tournament, BF Talk Di TESCO Banting & Alumni Politeknik 1 Malaysia
Assalamualaikum & Salam Mesra,
Minggu yang lepas terlalu banyak jemputan untuk acara yang berkaitan dengan World Breastfeeding Week. Daripada jemputan Majlis Sambutan Breastfeeding Week di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Forum Breastfeeding di KPJ Selangor Specialist Hospital, Shah Alam, Hari SusuIbu.com di Kajang dan Majlis Say Yes To Breastfeeding oleh Dmoms N Baby Links (Breastfeeding Support Group) di KL Sentral. Akhirnya saya hanya dpt menghadirkan ke majlis Hari Susu Ibu di Kajang. Itu pun hanya sekadar berada dalam 2 jam sahaja di sana kerana saya dan keluarga terpaksa berkejar pula ke Plaza Ole-Ole di Seksyen 18, Shah Alam untuk Bowling tournament yang dianjurkan oleh opis hubby. Tak sempat langsung nak jengah ke majlis Dmoms N Baby Links di KL Sentral. Majlis Hari Susu Ibu memang meriah dan saya juga tak lepas peluang untuk ambil bahagian dalam acara yang di anjurkan..hahahaha..sampai-sampai jer terus naik pentas ambil bahagian untuk baby merangkak & kemudian babywearing plak.. Dapat la jumpa kawan-kawan & mentor-mentor dalam dunia penyusuan..
Dr. Nazatul Shiha, Pn. Zatul Hijanah & Pn. Rita Rahayu
Pn. Ida Murni, Pn. Zarina & Pn. Zatul Hijanah
Pn. Zatul Hijanah & Pn. Nor Kamariah (IBCLC)
Sabtu akan datang ini pula (15 Ogos 2009) saya telah dijemput oleh Hospital Banting untuk memberi ceramah mengenai Penyusuan Ibu Bekerjaya di TESCO, Banting. Terima kasih pada Puan Rita Rahayu (Kak Rita, thanks a lot) di atas recomendation yang beliau berikan.
Selepas majlis tersebut, petangnya pula saya terpaksa bergegas bertolak ke Ipoh, Perak bagi menghadiri Majlis Perjumpaan Alumni Politeknik Satu Malaysia di Politeknik Ungku Omar, Ipoh yang akan diadakan pada keesokan harinya, Ahad (16 Ogos 2009). Ini bagi melaksanakan tugas saya sebagai wakil kepada Alumni Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam. Saya merupakan AJK Biro Ekonomi dalam Alumni PSA (kepada bekas pelajar PSA, please contact saya sebab saya sedang mencari bekas-bekas pelajar PSA untuk dikumpulkan bagi ALUMNI PSA. Banyak acara nak buat ni such as dinner and etc la. Contact yer!)
Emmm..Sibukkan seorang saya ini? Rasanya daripada awal tahun hingga kini saya masih belum ada cuti lagi. Penat memang penat tapi heran juga la sebab badan saya tak juga turun beratnya. Makin naik ada la..Naper ekk? Hahahaha..cuba tolong saya fikir-fikirkan sebabnya, boleh?
OK la. Nanti kita jumpa lagi nanti.
Salam Kasih
Zatul Hijanah Ramzi
Certified Lactation Counselor
p/s: ada sesiapa nak joint breastfeeding support group
1) Malaysian Breastfeeding Mom (MBM) – Kalau ada boleh hubungi Pn. Suraya (Lunatots) atau Pn. Farah (Sarakids)
2) Dmoms N Baby Links – Kalau ada hubungi talian 03-89488944