BABY N ME Di MATRADE Mini Exibition
Salam,
Saya sangat rasa berbesar hati kerana Baby & Me telah dijemput untuk menyertai Matrade Mini Exibition yang bemula pada 1 Disember 2009 dan akan berakhir pada 31 Disember 2009 ini.
Terima kasih kepada Puan Rosyidah kerana sudi menjemput BABY N ME menyertai exibition tersebut.
Oh ya tema Mini exibition tersebut ialah Services. Saya difahamkan yang tahun lepas (2008), Susuibu.com juga telah dijemput menyertai pameran tersebut.
Isnin lalu saya telah ke MATRADE untuk menyerahkan Flyers dan Barangan yang hendak digunakan dalam exibition tersebut. Oleh kerana saya tiada produk sendiri dan hanya menawarkan service consultation berkaitan breastfeeding, maka saya menggunakan barang-barang daripada supplier saya sebagai contoh barangan keperluan yang berkaitan dengan Breastfeeding dan flyers BABY N ME .
Nampak tak flyers BABY N ME dan brg-brg breastfeeding dlm kaca tu?
Terima kasih kepada Puan Mazlina & Puan Zalipah yang telah entertain saya semasa saya disana. Puan Rosyidah bercuti ketika saya ke sana (Nanti kita jumpa yer..).
Dikesempatan itu juga, saya sempat menyerahkan cenderahati berupa Buku Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Berkerjaya kepada Cik Noraini Mohd Nor, Timbalan Pengarah, Seksyen Perpustakaan MATRADE (gambar dibawah) sebagai tanda terima kasih saya kepada pihak MATRADE diatas kesudian mereka menjemput BABY N ME menyertai pameran tersebut.
Buku panduan tersebut adalah untuk menambahkan lagi koleksi buku yang ada di library MATRADE.
Sekali lagi saya mengucapkan TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA SEMUA KAKITANGAN MATRADE kerana sudi menjemput BABY N ME untuk menyertai Mini Exibition tersebut.
* Minggu ini saya bz bangat: Isnin ke Matrade & Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Rabu – mlm ada appointment, Khamis – shooting dgn majalah PA & Ma, Jumaat : Nak pi Perbadanan Harta Intelek, Sabtu – Nak bawa anak-anak buat check up kat KPJ Selangor Specialist Hospital . Saya juga ada 2 artikel + 3 soalan breastfeeding yang perlu dijawab dan perlu disubmit ke 2 majalah (MAMI & BABY dan PA & MA yang deadline nya dah makin hampir iaitu awal next week (maknanya saya kena bekerja pada Weekend ini). Waaaa…naper la masa ni macam tak cukup jer 24hours?
Salam Penuh Ke’BZ’an,

….tahniah…nampaknya dah berjaya…
Azra, jauh lagi perjalanan ‘berjaya’ tu.. Usaha takat mana yang boleh..Semoga satu hari nanti Kejayaan itu akan dapat digenggam juga..cewahhhhhhhh
salam singgah sini tengok gambar cik noraini matrade..baru je jumpa dia semalam…hehehhe..