Posts Tagged ‘Movie’
Lagenda Budak Setan
Salam,
Dah tengok cerita Lagenda budak Setan? Cerita ni di adaptasikan daripada novel yang very the popular masa zaman remaja dan juga masa zaman vouge (hehehe..blom kawen daaa)..
Saya dah tengok dah.. hahahaha..malu plak sebab cam bebudak tengok kisah cinta. Semalam petang lepas balik kerja. Ceritanya best tak? Sukar saya nak jawab sebab saya ni sekarang sudah kategori wanita matang yang sudah berada di dunia nyata. Dunia nyata maksud saya, saya telah berumahtangga. Jadi bila saya tonton wayang ini, hati memang susah nak feeling feeling ni.
Saya memang peminat dan pembaca novel yang tegar dari zaman belasan tahun sehingga sebelum saya dapat anak. Beratus-ratus novel saya dah baca tapi ntah kenapa novel yang satu ini tidak ada terlintas dalam benak fikiran saya untuk saya beli dan baca. Tapi saya tahu, ramai yang kata plot ceritanya best. Jadi untuk singkatkan masa dan movie dah keluar, saya ke panggung la untuk tahu best benar ke cerita ini.
Kesimpulannya, ok la..hahaha..jahat aku, cuma bagi ok la jer.
Saya rasa macam ada missing piece pada cerita ini. Mungkin saya kena beli juga novel ini dan baca, baru paham dengan lebih jelas kot. Kisah cinta orang remaja dan juga ada diselitkan kisah alam rumahtangga.
Mana nak beli ekk? kat kedai buku ada lagi ker? Semalam dah pi kedai buku tapi tak jumpa ler…
Mood: nak baca buku pagi ni..psttt..anak anak saya dah bangun dan keluar dari bilik tidur secara berpimpinan tangan. Cute!
Salam Kasih,
