Lagenda Budak Setan
Salam,
Dah tengok cerita Lagenda budak Setan? Cerita ni di adaptasikan daripada novel yang very the popular masa zaman remaja dan juga masa zaman vouge (hehehe..blom kawen daaa)..
Saya dah tengok dah.. hahahaha..malu plak sebab cam bebudak tengok kisah cinta. Semalam petang lepas balik kerja. Ceritanya best tak? Sukar saya nak jawab sebab saya ni sekarang sudah kategori wanita matang yang sudah berada di dunia nyata. Dunia nyata maksud saya, saya telah berumahtangga. Jadi bila saya tonton wayang ini, hati memang susah nak feeling feeling ni.
Saya memang peminat dan pembaca novel yang tegar dari zaman belasan tahun sehingga sebelum saya dapat anak. Beratus-ratus novel saya dah baca tapi ntah kenapa novel yang satu ini tidak ada terlintas dalam benak fikiran saya untuk saya beli dan baca. Tapi saya tahu, ramai yang kata plot ceritanya best. Jadi untuk singkatkan masa dan movie dah keluar, saya ke panggung la untuk tahu best benar ke cerita ini.
Kesimpulannya, ok la..hahaha..jahat aku, cuma bagi ok la jer.
Saya rasa macam ada missing piece pada cerita ini. Mungkin saya kena beli juga novel ini dan baca, baru paham dengan lebih jelas kot. Kisah cinta orang remaja dan juga ada diselitkan kisah alam rumahtangga.
Mana nak beli ekk? kat kedai buku ada lagi ker? Semalam dah pi kedai buku tapi tak jumpa ler…
Mood: nak baca buku pagi ni..psttt..anak anak saya dah bangun dan keluar dari bilik tidur secara berpimpinan tangan. Cute!
Salam Kasih,

hahah
kelako la akak ni, ramai pergi sbb mmg membesar dan membaca novel tu..kawan pergi pun dia tgk rata2 yg menonton mmg sebaya n bawa anak sekali..
akak pula baru nak baca novel lepas dh tgk movie..
Hahahaha..kelako, kan..dah terbalik kot dah… Tapi cerita tu kalau bebudak remaja dan belum kawen tengok sure jiwang dan perasan habis. Cam budak yang duduk sebelah akak tu. Siap ada komen “Bestnya” bila kashah bagi cincin dan bungan pada Ayu. Pak we dia senyap jer.. hehehe..sure budak pompuan tu nak hint pakwe dia suh buat cam tu kot…
Bagi akak yang dah jadi Wanita matang ni (matang kah aii ni? hehehe), bila tengok adegan gitu, rasa cam nak muntah pun ada sebab terasa cam itu hanya fantasi dan jalan penyedap cerita semata-mata.
Hahaha..teruk sungguh aku ni.. Deria rasa romantik dah sangat kurang!
kak…pegi tak ajak…org nak tengok tapi tak ada yg nak tgk ngan saya…rata2 yg gi tengok ckp jalan citer boleh la..ada part yg skema dan ada part yg best..tapi kengkawan semua ckp part que paling best..heheh..apa pun kena baca buku dia baru feel…then lepas khatam novel tu..carik pulak kesinambungan dia… novel ‘akashah’
memang syk crita ni
Salam zulaikha,
Memang syok..err..akak nampak DVD dia dah keluar dah kat kedai..tak mahal RM19.90. Dah boleh beli dah.