Posts Tagged ‘Kenduri’
Kenduri Kahwin Sepupu saya
Salam,
Seperti yang saya ceritakan, Ahad lalu, sepupu (lelaki) saya kahwin. Kalau tak silap saya, mereka ini berkawan sejak zaman sekolah lagi dan sekarang setelah berumur 25 tahun, akhirnya jodoh mereka kuat dan disatukan. Menurut sumber yang boleh dipercayai, 10 tahun la mereka berkawan. Lama sungguh dan setia sungguh!
Seronok bila sesekali ada kenduri ni. Memandangkan keluarga saya sangat besar sebab ayah saya mempunyai ramai adik beradik (berbelas weh!) dan saya mempunyai berpuluh-puluh sepupu, makanya kenduri ini, kami yang handle.
Pelamin di reka oleh sepupu-sepupu dan mak cik saya, memasak oleh mama dan ibu-ibu saudara saya _ pak-pak sedara saya, khemah oleh Pak Chu (dia ada bisnes ni kat Seremban – nak booking, sila la), Mak Andam pengantin oleh Adik saya aka Dila, Photograper – saya, adik ipar saya, Ibu dan sepupu saya (Faidzul, dia staff Avon), Video by Pak Chu saya, Penanggah + tukang basuh pinggan – Suami, Sepupu & pak-pak sedara saya, Tukang bagi souvenir – sepupu-sepupu saya yang remaja dan flower Girl – Qistina dan anak Faidzul.
Qistina dan Batrisya
Flower Girl
Bab jadi penanggah tu ada juga la jiran-jiran yang datang menolong. Ha, Karaoke – kami sekeluarga jer ler , confirm sebab dah ramai sangat so orang lain tak de chance ler. Kami sekeluarga jer dah berebut nak nyanyi. Saya, ada mensumbangkan suara dalam 2 lagu. Itu pun nyanyi masa orang belum datang dan masa tengah kemas selepas selesai kenduri..hahahaha..Ai malu you…
Shida (Kazen), Ina (Kazen) & Scha (adik saya)
Saya dan Pengantin serta Mak-mak Saudara & Cousin
Seronok sungguh! Malam sebelum kenduri tu, saya tidur pukul 3 pagi sebab syok sangat bersembang dengan sepupu-sepupu saya. Tak per janji gumbira, kan..
Kepada Pasangan Pengantin, Fuad dan Aishah, Tahniah dan semoga bahagia hingga ke Syurga. Aminnnn..
Salam Kasih,
