Breastfeeding Peer Counselor Program
Salam,
Seperti yang semua dah tahu sebelum ni, semalam adalah hari terakhir saya berkursus untuk Breastfeeding Peer Counselor Program di pejabat urusan Nurturing Concept Sdn. Bhd. aka Moms Little Ones training centre di Sri Kembangan sejak Khamis lalu. Kursus untuk program ini hanya melibatkan 19 orang peserta. Module program dan trainers untuk kes ini adalah daripada La Leche League International (LLLI), satu nama yang cukup besar dalam dunia “BREASTFEEDING”. Saya rasa cukup bertuah kerana terpilih mengikuti kursus ini. Apatah lagi bila Kathy Baker (USA) dan Pushpa Panadam (Paraguay) yang menjadi our Fasilitator. Banyak ilmu yang mereka kongsi bersama kami. Kami juga sempat belajar beberapa patah perkataan spain daripada Pushpa. Para peserta yang julung-julung kali dibuat di Malaysia ini adalah terdiri daripada pelbagai background seperti Doctors (teramai), Pharmacist, Nutritionist, Optometrist, para IBCLC, Lactation Counselors, etc.
Saya dapat ramai kawan dan kakak+adik di sini. Terasa kini saya tidak lagi berseorangan dalam memperjuangkan ‘BREASTFEEDING’. Girls, Aku/Saya/Akak (akak?!)
rasa gumbira bersama korang. Nanti kita keep in touch dalam forum/tepon/etc. ya..
Di pagi hari pertama..Blurrr lagi masa sessi penerangan
Hehehe..sempat bergambar. Kak Jasmeen, TQ sebab jadi Photograper
Khusyuk dengar presentation
Lunch & Gossip time..hehehe..
Dinner!! Yum Yum! Yummy!!
Zatul, Qistina, Maira & Ida
Zatul, Aishah, Shida, Dr. Faridah & Farah
Sijil daripada La Leche League International
We are Breastfeeding Peer Counselor Program Administrator
Simbolik & menyentuh rasa
6 hari yang lalu adalah antara moment yang paling indah dalam hidup saya. Terima kasih kerana peluang ini dan selepas ini saya dan the poineers akan berganding bahu untuk mempromosikan “BREASTFEEDING” di Malaysia.
Terima kasih pada warga Nurturing Concepts S/B yang bersusah payah organised course ini dan bersusah payah buat kertas kerja untuk mendapat sokongan WABA & berusaha bagi menyakinkan UNICEF untuk sponsor bagi program ini. Thanks WABA & Thanks UNICEF Malaysia.
Also thanks to LA LECHE LEAGUE for the silibus.
Terima kasih susuibu.com kerana di sanalah saya bermula sehingga ke hari ini.
Terima kasih anak-anak kerana merekalah menjadi penguat dan pembakar semangat ‘BREASTFEEDING’ saya.
Qaisara ikut Ummi berkursus pada 17 Jan 2010
Qistina pun ikut Ummi pada hari terakhir kursus
Terima kasih kepada HUBBY kerana sentiasa bersama saya dan menyokong apa jua yang saya minat dan suka. Rasa bertuah, rasa dihargai dan macam-macam rasa la sebenarnya yang saya rasa sekarang ni. Sukar nak digambarkan dengan kata-kata. Ha, emo plak ekk..
Abah pun support Ummi joint program ni. TQ Darling! U r d best!
Semoga peratusan ibu yang menyusu akan terus naik dan naik di Malaysia. Semoga ramai orang akan sedar sebenarnya sejak dari lahir kita perlu jaga kesihatan diri dan tahu bagaimana untuk mencegah daripada penyakit-penyakit yang biasa orang Malaysia hadapi. Semuanya bermula dengan “BREASTFEEDING’.
Kini saya adalah LLLI member & WABA member
Saya dan 18 orang lagi kini adalah Breastfeeding Peer Counselor Program Administrator bagi program Breastfeeding Peer Counselor Program. Kepada yang telah mendaftar, tunggu program selanjutnya ya…
Salam Kasih Breastfeeding,
Taska Baru
Salam,
dah masuk seminggu lebih dah anak-anak saya di Taska baru. Taska ni terletak di dalam kawasan Pantai Dalam (Pantai dalam ka? Ya kot..
) dan berdekatan dengan Pantai Hill Park. Taska ni dulu kepunyaan arwah kawan sekelas dan seasrama dengan saya, Halimah Abas semasa saya bersekolah di Sekolah Menengah Ahmad Boestamam, Sitiawan, Perak. Namun Arwah lebih disayangi oleh Allah dan telah dijemput mengadapNYA kerana Kanser Limfoma. Kini taska ini diambil alih oleh suami arwah.
Pagi hari pertama anak-anak di Taska ini, kedua-duanya menangis tak hengat donia.. Punya kuat tangisannya. Tapi hati ‘mak’ dah keras dah skang ni. So ‘mak’ sampai hati gak la dan tinggalkan juga derang kat situ. Saya kena bekerja kan?
Hari kedua, sudah tiada tangisan daripada kedua-dua anak saya. Kira ok la tu ek.. Masuk seminggu saya lihat dah makin hepi dan saya juga bertanya dengan ‘teacher’ derang, macam mana perkembangan anak-anak saya. So jawapannya dah makin positif. Macam Qaisara, teacher dia kat dah mula nak main dan bergaul dengan bebudak yang lain. Tak la macam masa awal-awal dulu. Diam ajer dan kurang main. Qistina? huh, masuk hari ke 3 kat taska dah mula panjat susur tangga dan buat gelongsor. Terlebih suka namanya tu.. Kemarin tanya belajar apa hari ini dan dia jawab A besar a kecil. So kira ok la.
Oleh kerana saya terlebih excited untuk anto anak-anak ke Taska baru maka saya hadiahkan la beg BARBIE baru untuk keduanya. Maka gumbira tak terhingga la anak-anak.
Taska ni merupakan rumah teres 2 tingkat. So senang sikit saya nak ambil bebudak. Parking je depan gate dan keluar terus bawa masuk dalam umah. kalau dulu, kena parking dulu. turun bukit sikit dan baru sampai taska. Lega la sikit skang ni kalau hujan sebab tak de ler saya lencun lagi.
Salam Kasih
p/s: Dah 2 hari anak-anak cuti ke Taska dan kami sekeluarga berkampung di Putrajaya di rumah Angah. Anak-anak saya dijaga oleh Mama & Papa yang memang tinggal dengan Angah. Ini kerana saya sedang berkursus untuk Breastfeeding Peer Counselor Program di Sri Kembangan selama 6 hari. Nanti saya cerita pulak pasal kursus ni yer..
Meh positifkan diri kita
Salam,
Percaya atau tidak, dalam dunia ni memang ada orang yang suka menjatuhkan semangat orang lain. Mengapa yer? Boleh tak nak rasa menyampah kat orang tu?
Selalunya saya secara automatik akan block hati dan fikiran saya daripada menerima sebarang ayat-ayat negatif ni. Perlu block sebab kalau la tak cecepat block, sure melekat dalam hati dan pikiran sepanjang hari. Silap-silap boleh 2-3 hari asyik teringat. Betul tak?
Kenapa susah sangat nak positif? Pelik kan.. Kalau dah orang tu berjaya dan naik satu anak tangga, kenapa nak dengki? Kenapa nak rasa tak puas hati. Dah rezeki dia dan bukan rezeki awak. Jadikan ler orang yang berjaya tu sebagai idola atau penaik semangat untuk anda lebih maju, betul tak? Cuba buat kawan dengan dia utk tahu macam mana dia boleh maju. ok tak idea ni?
Lagi satu yang suka nak marah-marah tak tentu pasal. Heran la..Cuba bila nak marah tu mengucap. Kalau tak ingat nak mengucap, bilang 1 sampai 10. Ha..Cool balik, ye tak?
Saya sendiri manusia dan pernah ada rasa marah tapi tak de le selalu and setiap masa ajer muka nak merenyuk. Dari lawa/hensem terus jadi huduh.Hehehe..aaa..nak marah la tu? Cepat mengucap..Cuba senyumm… 8D
Susah betul la kalau ada dekat dengan orang yang sentiasa ada perasan negatif dalam diri ni. Takut terkena aura negatif tu. Kalau tak mo kawan dengan dia, aci tak? Hehehe..tak de la..Kena kawan juga la yer..tapi jangan la ambil pot dengan ’ayat-ayat membunuh’ dia tu..kan?
Hidup kena selalu berfikiran positif sebab dengan sikap positif tu akan bawa kita lebih maju ke hadapan dan mudah le laluan kita nanti
Salam Kasih,
Kena lagi..
Salam,
Pagi tadi kereta saya kena bang di bumper belakang di KESAS Highway. Terkejut saya. Rasa macam bergegar dan terdorong ke depan. Nasib baik saya pakai seat belt dan anak-anak juga duduk dalam car seat. Tapi Qaisara tetap menangis. Terkejut agaknya. Yang langgar saya tu seorang wanita.
Emm..nasib baik bumper saya tak ada apa-apa. Kalau tak lengkaplah kemik diseluruh kereta saya. Kiri, dilanggar oleh Kereta tak rasmi MB Kedah yang dipandu oleh drivernya yang pada masa itu bawa anak YB (Time kasih kepada anak YB sebab dah bagi duit utk saya repair kete). Masa tu Hubby yang drive kereta saya. Sebelah kanan kereta pula, adik lelaki saya hentam van, kemek gak. Dan kalau belakang juga rebeh, tak berkereta la saya sepanjang seminggu ni..
Letih kan? Saya belum pernah lagi melanggar atau menyebabkan kereta saya kemek. Tapi bila orang lain yang drive kereta saya, macam-macam jadi. Letih la..letih nak layan dan nak pandang yang kemek tu. Dan letih bila tau saya tak boleh guna kereta kerana nak kereta masuk workshop. Oleh kerana itu, saya akan bersaba memandu kereta kemek ini kerana saya amat memerlukan kereta pada ketika ini.
Kalau anda nampak perempuan dalam kerta kemek kiri dan kanan tu, saya la tu..8D
Sabar jer la jawapannya..
Lambatnya nak tersedar
Salam,
Saya memang ramai kawan. Orang kata saya senang tegur orang dan senang memulakan perbualan. Iye ker? Hehehe sebenarnya tak perasan pun yang saya punyai kelebihan (kelebihan ke tu ekk?).
Walaupun saya orang yang begitu aktif dalam sukan dan persatuan masa sekolah dulu, saya rasa sayalah orang yang paling berat mulut kalau masa dalam kelas dulu. Kalau masa cikgu tengah mengajar dan tetiba dia tanya soalan, sure kepala saya akan masuk dalam baju ala kura-kura. Sembunyi! Nanti kena soal. Malu kalau tak dapat jawab. Almaklumlah dulu-dulu saya ni tercampak dalam kelas bebudak pandai tapi sayalah budak yang paling corot dalam kelas tu, jadi sebelum cikgu tanya dan saya tak dapek nak jawab, ada baiknya saya menyorok dulu, kan? Kalau nak bertanya dengan Cikgu atau Lecturer memang kim salam la. Baik saya tanya kawan..takut la nak tanya cikgu/lecturer.
Tapi tu dulu, skang ni bila saya ada peluang ke kursus, sayalah peserta yang paling banyak bertanya. Sebabnya? Sebabnya saya takut saya tertinggal atau kurang paham mengenai apa yang saya belajar. Hehehe..sampai penceramah ada yang dah tak larat nak jawab soalan saya..Hahaha..Maaf la yer..tetiba semangat ingin tahu saya tu membara bila dah tua-tua ni..
Eh, Saya rasa yer la saya memang senang untuk buat kawan dan dah tak takut nak bertanya. Baru saya sedar, hehehe..Lambatnya nak tersedar kan? Kalaulah saya macam ni masa belajar dulu, sure saya jadi best student, kan? Hehehe..tak pe la..jadi best student belum tentu banyak duit dan success dalam hidup. Yang penting usaha, tawakal dan usaha lagi, betul tak?
Salam kasih,
Kenapa Tiada?
Salam,
Dalam saya belek-belek Pa & Ma bulan Jan 2010 ni, tetiba saya perasan, ’eh tak ada la logo sponsor yang sepatutnya ada kat ruangan cover baby tu’. Terus saya call Intan Pa & Ma. Tanya mengapa.
Oh, rupanya pihak grafik tertinggal. So intan janji Pa & Ma akan ganti semula dengan buat review mengenai Baby N Me di ruangan Mama Punya. OK la kalau cam tu, kan? Janji ada gantinya..
Salam Kasih,
Mengapa perlu berbahasa kesat dan sumpah seranah?
Salam,
emm..tengok heading jer dah suspiciuos kan? Sebenarnya bukan saya yang dimaki hamun atau menggunakan kata-kata kesat.
Tapi saya heran dengan kebanyakan orang M’sia ni. Bila update status di Facebook, kenapa suka berbasa kest dan maki hamun?
Pelik saya.. kalau lelaki lain cerita, ini perempuan yang penuh kelembutan dan perlu jaga tatasusila.. pelik la..
Rasanya mak abah kita tak ajar la kita sumer maki hamun atau guna bahasa kesat masa kekecik dulu tapi bila dah besau naper la gunakan perkataan perkataan yang kurang manis tu yer?
Agaknya dah tak malu kot bila orang baca.. Orang yang baca pun mesti berkata-kata dalam hati ‘”apa ler dia ni, asyik maki hamun jer..Muka lawa..
emm..kalau dah bersuami, kan ke malu suami bila dapat tahu isteri suka maki hamun dan guna perkataan yang kurang manis tu. Mana la dia nak letak muka yer?
Ini bukan ditujukan kepada sesiapa tapi lebih untuk sedarkan kita-kita ni yang asyik terlupa..
Anti bahasa kesat & kurang ajar,
Aktiviti Untuk Awal Tahun Baru
Salam,
Harap belum lambat lagi untuk ucapkan Selamat Tahun Baru 2010. Dah 4hb dah hari ni, kan..cepatnya masa berlalu.. Anak-anak dah pun ke Nursery baru masa hari terakhir tahun 2009.
Semoga tahun ni lebih murah rezeki, sihat sentiasa dan bahagia sentiasa serta semoga iman kita akan bertambah dan seiring dengan usia kita yang makin meningkat.
Oh ya, pada penghujung tahun lalu juga saya telah menerima email dan sms daripada Puan Kamariah (SUSUIBU.COM) dan Puan Rita Rahayu (Moms little Ones) yang memberitahu yang saya antara 20 orang yang terpilih untuk mengikuti kursus Train The Trainer untuk Program Sukarelawati Kumpulan Sokongan Ibu ke Ibu yang diconduct oleh Nurturing Concept S/B. Training ini disokong oleh UNICEFF & WABA serta 2 international trainers from La Leche League International akan beri kami latihan berkaitan untuk menjayakan program ini.
Alhamdulillah, sekali lagi saya diberi kepercayaan untuk bersama-sama yang lain untuk mempertingkatkan kesedaran rakyat Malaysia mengenai Kebaikan dan kelebihan Breastfeeding. Syukur pada Allah.
Gambar-gambar diatas: Antara mereka-mereka yang akan bersama-sama saya untuk joint program Train The Trainer
So saya akan berkursus pertengahan bulan Jan 2010 ini. nampak gayanya saya still akan sibuk tahun ini, kan..
(Hubby, Thank you for your understanding ya, luv u)
Azam tahun ini dan azam tahun baru
Salam,
sedar tak sedar dah makin hampir tahun 2010 dan dah nak berakhir pun tahun 2009.
Azam tahun ni dah tercapai ke belum? atau perlu direnew? ataupun terpaksa dilupakan dan buat azam baru yang lain?
Saya? Alhamdulillah. ada azam saya yang tercapai dan ada yang terpaksa saya renew.
Azam untuk dapat kenaikan pangkat dah pun tertunai. Syukur tak terhingga pada ALLAH S.W.T. Juga terima kasih pada bos saya dan company especially tang kenaikan gaji yang sebanyak 56% tu & bonus yang banyak bulan tu..suka aii uu..
Satu lagi azam, nampak gayanya terpaksa la saya renew kerana perlukan lebih perancangan yang teliti dan lebih kesungguhan. Azam nak ada kedai fizikal berkaitan mommy,baby & breastfeeding centre. Bukan tak ada peluang baru-baru ni untuk ambil alih satu kedai dan jadi franchaisee utk satu brand kedai baby di TESCO, Setia Alam tapi saya rasa elok jika saya meperjuangkan Baby N Me kerana cinta saya memang disini, di duna Breastfeeding. Maaf Mr. Liew sebab tak dapat bekerjasama dengan u n ur company. Mungkin belum tiba masanya.
Perancangan untuk 3 bulan pertama dah pun saya buat untuk Baby N Me. Kena pikir pulak apa utk 3 bulan seterusnya..
So, Friends..apa azam baru anda? Cerita la sikit..
Tukar Nursery
Salam,
Alhamdulillah, Qaisara dah recover daripada Broncholitis. Rabu minggu lepas buat follow up dan Doktor Yasmin dah confirmkan yang dia dah recover. Saya juga mengambil kesempatan untuk jap imunisasi Qaisara. Lambat jap sebab Qaisara asyik selesama dan batuk sejak berumur setahun dan tambah dengan ke’bz’an saya n hubby.
Minggu ni saya n family berulang alik daripada Putrajaya – KL – Klang selama seminggu. Anak-anak dijaga oleh Mama & Papa yang tinggal dengan Angah di Putrajaya. Ini disebabkan Taska anak saya tutup lagi. Nak cuti-cuti malaysia katanya. Tak apa ler..Tak jumpa lagi la nampaknya..
Tahun depan, anak-anak saya bertukar nursery. Keputusan ini dibuat berdasarkan faktor-faktor ini :
1. Taska itu sekarang ada perbezaan bayaran mengikut pendapatan ibubapa. Kalau household punya gaji melebihi RM2K, boleh bayo murah. kalau melebihi RM2K kena bayo mahal. Tak apa ler tapi macam mana layanan, makanan dan kualiti jagaan serta adakah orang yang mengasuh anak saya akan bercakap dalam bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar di Taska tersebut? Rasanya tak kot.. Layanan yang bayo mahal dengan yang bayo murah , samerrrrrrrrrrr ajerrr..
namun begitu, saya masih boleh terima perbezaan bayaran ini kerana memahami apa yang mereka cuba buat. Tolong orang yang kurang berkemampuan. Masalahnya saya tengok rata-rata mak pak yang anto anak kat situ sumernya kete beso-beso dan ada 2 kereta. Ada ker yang household kurang RM2K? So secara tak langsung, Taska ini telah membantu Mak pak yang anto kat situ untuk belajar menipu..Tipu slip gaji lerrr..adjust sana sini agar nampak gaji kureng daripada RM2K..Tambah lagi satu ‘pahala’
2. Taska tutup hari Sabtu mulai tahun depan. Ini memang saya tak boleh nak tolerate sebabnya saya dan suami bekerja pada hari Sabtu. Kalau tutup, mana saya nak letak anak saya masa hari Sabtu? Takkan nak bawa ke opis? Opis saya pada hari sabtu, sama sibuknya dengan hari hari lain. Kalah pejabat YB atau kaunter SSM.
Atas alasan itu, saya dn hubby memutuskan utk bertukar nursey. dah rikki dah. dah daftar dah..Nanti saya cerita Taska mana yer..
namun begitu, saya nak ucap terima kasih kepada semua pengasuh anak-anak saya especially pada Kak Midah (kak, Perdana Menteri saya kata kena pindah juga la) , kerana mengasuh dan menjaga anak-anak saya selama 3 tahun saya menggunakan khidmat taska ini. kak midah ni antara orang yang terlama bekerja di taska ini dan dia juga antara pengasuh yang dapat dan berkesempatan menjaga kedua-dua anak saya. Anak-anak saya pun sangat senang dengan dia dan panggil dia MAMA. Sedih hati saya melihat kak midah menangis masa hari terakhir anak-anak saya di taska. “Kak midah, cecepat sikit bukak taska sendiri yer. Nanti saya hantar bebudak kat Taska akak.”
Juga terima kasih kepada yang lain-lain. ada la perkembangan yang saya suka lihat pada anak-anak saya semasa dia orang kat sana. Qistina terutamanya kerana dia yang dah 3 tahun kat sana. Dia dah pandai baca alif ba ta sampai habis, baca fatihah, baca doa makan, nyanyi lagu-lagu rakyat lama, nyayi lagu-lagu berkenaan keagamaan, lagu nabi muhammad dan etc.
Juga terima kasih kerana sudi melayan Qistina yang suka bercakap dalam bahasa inggeris walaupun pengasuh-pengasuhnya tak fasih berbahasa inggeris.
Jangan ambil hati dengan teguran dan komplen saya selama ini. Komplen dan teguran saya adalah untuk kebaikan bersama dan secara tak langsung, pihak Taska akan dapat memperbaiki kelemahan yang ado, kan..
So, saya akan mula menghantar anak saya ke taska baru pada 31 Disember ini kerana pada hari tersebut Mama & Papa tak dapat jaga anak-anak saya kerana perlu ke Seremban pada hari tersebut.
nanti kita tengoklah macam mana anak-anak saya cuba menyesuaikan diri dengan perubahan ini..harap semua ok la
Salam,


























