Kena lagi..
Salam,
Pagi tadi kereta saya kena bang di bumper belakang di KESAS Highway. Terkejut saya. Rasa macam bergegar dan terdorong ke depan. Nasib baik saya pakai seat belt dan anak-anak juga duduk dalam car seat. Tapi Qaisara tetap menangis. Terkejut agaknya. Yang langgar saya tu seorang wanita.
Emm..nasib baik bumper saya tak ada apa-apa. Kalau tak lengkaplah kemik diseluruh kereta saya. Kiri, dilanggar oleh Kereta tak rasmi MB Kedah yang dipandu oleh drivernya yang pada masa itu bawa anak YB (Time kasih kepada anak YB sebab dah bagi duit utk saya repair kete). Masa tu Hubby yang drive kereta saya. Sebelah kanan kereta pula, adik lelaki saya hentam van, kemek gak. Dan kalau belakang juga rebeh, tak berkereta la saya sepanjang seminggu ni..
Letih kan? Saya belum pernah lagi melanggar atau menyebabkan kereta saya kemek. Tapi bila orang lain yang drive kereta saya, macam-macam jadi. Letih la..letih nak layan dan nak pandang yang kemek tu. Dan letih bila tau saya tak boleh guna kereta kerana nak kereta masuk workshop. Oleh kerana itu, saya akan bersaba memandu kereta kemek ini kerana saya amat memerlukan kereta pada ketika ini.
Kalau anda nampak perempuan dalam kerta kemek kiri dan kanan tu, saya la tu..8D
Sabar jer la jawapannya..

aku gelak bleh??ko ni kelakor
akak pernah kena hantam kat traffic light dlm putrajaya…habis perdanaku kena sumpah jadi gen2..abis boot belakang tu..barang2 yg shoppping kat carrefour pun berterabur kat atas jalan.. rupe2 mamat yg langgar akak tu mmg selalu accident kat dlm putrajaya tu (traffic putrajaya yg kabor)..mmg mamat ni jenis reckless la..lg nak salahkan pemandu pompuan..
Kak Eton : Tu la, lagi derang nak kata pemandu pompuan yang tak hati-hati..tapi sebenarnya ramai pemandu lelaki yang lebih tak berhati-hati dan kurang ter’ajar’. Kekadang rasa macam nak tanya jer soklan ni ‘U ni dapat lesen terbang yer?’
Fid: hehehe..aku kena la kelakarkan diri aku supaya aku dan saper yang baca ni hepi & senyum ajer.