Saya Rindu Dia
Salam,
Tika dan saat ini Saya rindu pada Qistina. Walaupun berhubung melalui telefon dan mendengar suara di corong telefon, saya masih rindu. Rindu nak peluk Qistina. Rindu nak cium Qistina. Rindu nak mandikan Qistina. Rindu nak bergaduh dan berebut tv dengan Qistina. Rindu nak nyanyi n dance with Qistina. Rindu nak dengar Qistina nyanyi lagu peberet dia.
Tak sabar rasanya nak ambil Qistina yang kini bersama mama dan papa di rumah Angah. Qistina tidak ikut saya balik ke Klang masa kami bertolak pulang daripada Senawang. Dia nak ikut Atok dan Wan balik umah Mak Ngah kat Presint 18, Putrajaya.
Nak ke sana rasanya tak berkesempatan walaupun jaraknya tak adalah jauh mana sebab saya sedang sibuk menyiapkan projek saya apabila pulang dari pejabat. Weekend sajalah nampaknya dapat ambil dia.
Aduh, rindunya dengan Qistina. Qistina, ummi rindu kakak la..Sara pun rindu kakak..Abah? ntah, biasa je ummi tengok. Lelaki…Control macho la kot, kan?
Saya salute lah pada weekend parents atau monthly parents, sebab boleh tahan perasaan rindu tu. Saya yang baru beberapa hari ni, dah macam orang mabuk kepayang dah. Asyik ingat Qistina jer…
Qistina, Ummi rindu la..

be strong dear… i know how u feel. rasa mcm x hidup klu x de anak2 dgn kita kan? semoga tina lebih ingt & menghargai ummi lepas ni. aku pun rasa sedih sbb aku tau macam mana rasanya….
Ida, rasa macam sebahagian diri aku tak lengkap sebab Qistina tak ada disisi
Semua ada hikmahnya.. be strong!!