Rumah Siap Pahat Berbunyi
Salam,
Apa aktiviti hujung minggu ni? Bawak anak-anak ke mana? Saya pada hari Sabtu ini hanya berada dirumah melayan kerenah anak-anak. Kelas yang dirancang utk jiran-jiran saya telah saya postpone ke Sabtu minggu ketiga atas sebab-sebab peribadi. Perancangan kami nak ke Seremban, kalau jadi la. kami nak melawat abang ipar saya dan juga bapa saudara saya yang kini berada di Hospital Seremban (kebetulan yer).. Doakan sama yer mereka cepat sembuh. Kemudian saya sekeluarga juga akan balik ke rumah ibu mertua di Kampung Melayu Kepong. Hampir sebulan saya tidak dapat ikut hubby yang hampir setiap hujung minggu berulang ke sana. Ayah dan ibu mertua saya sudah uzur, maka perlu diziarah dengan kerap. Namun kesibukan membataskan masa saya untuk ke sana.
Mengapa rumah siap pahat berbunyi? Ini kerana ada yang bertanya kepada beberapa peserta Breastfeeding Peer Counselor Program Administrator (PCPA) bagaimana mereka terpilih menyertai program tersebut. Saya tidak tahu bagaimana pemilihan dibuat oleh pihak Nurturing Concept S/B tapi apa yang saya tahu mereka yang dipilih ini adalah mereka yang dilihat sangat bersunguh-sungguh untuk membantu ibu-ibu diluar sana. Mengapa dan bagaimana pemilihan itu dibuat, jawapannya bukan ada pada saya.
Tak apalah..biasalah tu.. Sepatutnya kepada yang bertanya ‘bagaimana’ para PCPA boleh terpilih, perlu bertanya semula kepada diri sendiri soalan ini, ‘ mengapa aku tidak terpilih?’ Kenapa kena tanya soalan ni pada diri sendiri? kerana kita kena buat post mortem kenapa kita tak terpilih. Apa silapnya. Pas tu baru la tanya soalan bagaimana nak buat aku terpilih pada masa akan datang?
Tidak sepatutnya anda memandang sebelah mata dan hairan mengapa mereka boleh terpilih. Bukan soalan siapa sebenarnya mereka ini tapi yang patut kita tanya dan ambil berat dan perlu kita sama-sama renungkan ialah apa sumbangan kita dan bagaimana untuk mempromosikan breastfeeding dengan lebih dasyhat lagi di Malaysia.
Ya betul, memang bukan senang utk terpilih menjadi 19 wanita Malaysia yang pertama dapat menjalani latihan dengan La Leche League dan Program yang diterajui oleh SusuIbu.com di bawah pengurusan Nurturing Concepts Sdn Bhd, dan sebahagian besar dari projek ini disumbang oleh UNICEF dan disokong oleh WABA. Memang bukan senang tapi dah tertulis di azali yang 19 orang ini yang akan terpilih. Saya sendiri tidak sangka saya akan terpilih menjadi salah seorang daripada 19 wanita ini. Syukur Alhamdulillah. Tapi ketahuilah Kami bukan wanita yang inginkan glamour atau nama tapi kami ingin memperjuangkan ‘Breastfeeding’ di Malaysia.
Tak apa lah dan mari lupakan hal ini, tapi mari saya kenalkan kawan-kawan PCPA saya dan diri saya. Yang doktor doktor dan nutristionist tu tak perlulah sebab sudah terang lagi bersuluh mereka memang doktor. Yang lain lain ni..
Saya – Seorang Kaunselor Laktasi (anda taukan.. ;D). Penulis tetap artikel di ruangan berkaitan breastfeeding & bertanggungjawab untuk menjawab ruangan soal Jawab Laktasi di majalah Mami & Baby. Saya juga bekerjasama dengan majalah Pa & Ma untuk artikel berkaitan breastfeeding (lihat PA & MA bulan Februari 2010). Juga sering beri talk berkenaan breastfeeding dan sekali sekala mengadakan kelas penyusuan susu ibu. Juga merupakan ahli kumpulan sokongan ibu ke ibu di beberapa hospital kerajaan & swasta di Kuala Lumpur dan Selangor. Di susuibu.com saya menggunakan nickname zatul77. Hahaha..sebenarnya saya tak suka guna nickname sebab saya rasa nama yang mama & papa saya beri adalah sangat cantik dan indah. Tak caya? YM saya juga guna nama betul saya – hijanah. Boleh lihat di Ratuhati.com juga saya menggunakan nama betul saya -Zatul
Pn. Idamurni – Beliau merupakan salah seorang kaunselor laktasi (sama gradnya dengan saya, Pn. Farah & Pn. Suraya). beliau low profile tapi sangat aktif dalam mempromosikan breastfeeding untuk orang-orang di Melaka/Johor. kalau di Susuibu.com – nickname beliau ialah pumping mom
Pn. Norashida – Walaupun beliau bukan seorang Kaunselor Laktasi, beliau adalah seorang wanita yang sangat aktif mempromosikan breastfeeding dan juga babywearing di Malaysia. saya rasa ramai yang kenal Puan Shida ni..Beliau sangat aktif mempromosikan Breastfeeding & Babywearing di Pulau Pinang
Pn. Farah & Pn. Suraya – Rasanya ramai dah kenal mereka. Mereka ialah Kaunselor Laktasi dan ahli perniagaan dalam bidang breastfeeding, cloth diaper dan parenting (sarakids & Lunatots). Mereka ni saya gelarkan celebrity Moms kerana mereka selalu keluar masuk TV dan juga majalah. Mereka juga sering bekerjasama dengan Pa & Ma untuk artikel berkaitan breastfeeding. -
Pn. Hayatie – Seorang kaunselor Laktasi dan banyak mebantu ibu-ibu di luar sana. Kalau anda ahli Susuibu.com pasti anda kenal Pn. Hayatie ini kerana dia sangat aktif membantu disana. Beliau juga seorang ahli kumpulan sokongan ibu ke ibu di Hospital Serdang. Beliau juga adalah seorang pengepam tegar susu ibu
Pn. Aishah – Juga seorang kaunselor Laktasi dan juga bakal menjadi seorang penulis tetap untuk artikel berkaitan Breastfeeding dan ruang soal jawab Laktasi di majalah keibubapaan berbahasa Inggeris – Parenthood.
Pn. Suria – Seorang wanita bekerjaya yang berjaya dan juga sangat aktif dalam mempromosikan penyusuan susuibu di kawasan Seremban.
Pn. Linda – Pernah dengar cloth diaper jenama ‘Babytots’? Beliau juga aktif mempromosikan breastfeeding dan bergandingan dengan pihak hospital di Kuantan, Pahang dalam mempromosikan breastfeeding.
Pn. Yusrina – Beliau ialah seorang kakitangan di Hospital Serdang dan orang yang bertangungjawab dalam penubuhan Kumpulan Sokongan ibu ke Ibu di hospital tersebut. Juga sangat aktif membantu ibu-ibu di susibu.com.
Pn. Jasmeen – Sorang wanita hebat dan selalu memberi talk berkaitan penyusuan susu ibu. Beliau sangat aktif mempromosikan breastfeeding dan juga merupakan Pengarah di NCSB.
Oh ya, tidak lupa juga, Kami semua ini juga adalah ibu-ibu yang menyusukan anak-anak kami.
Barisan Belakang dari Kiri : Dr. Faridah, Pn. Yusrina, Pn. Zatul Hijanah, Madam Kathy Baker (LLLCI), Pn. Hayatie, Pn. Norashida, Pn Pushpa (LLLCI), Dr. Ning, Pn. Farah, Ms. Jess, Pn. Suria
Barisan Bawah : Pn Suraya, Dr. Ashikin, Pn. Aishah, Dr. Ezzura, Pn. Idamurni, Pn. Linda, Pn. Rita Rahayu, Pn. Jasmeen
Duduk dibawah : Pn. Kamariah Tiada Dalam Gambar : Dr. Shiha
PCPA yang lain-lain tu ialah IBCLC, doktor dan nutritionist. Tak perlu la saya kenalkan. So saya harap anda sudah kenal siapa nama-nama yang tersenarai diatas sana.
Jangan risau. Kami tak akan simpan ilmu yang kami ada ni among kami sahaja tapi kami akan melatih anda-anda yang berada diluar sana untuk sama-sama bekerjasama dengan kami 19 PCPA ini. Anda akan kami latih untuk jadi Peer Counselor. Jadual latihan juga telah ditentukandan akan bermula seawal bulan 3 ini di seluruh Malaysia mengikut giliran.
So kepada yang telah berdaftar di Susuibu.com untuk program kumpulan sokongan ibu ke ibu, tunggulah kerana kami di Malaysian Breastfeeding Peer Counselor akan hantar surat tawaran kepada anda.
Kami juga sedang mencari ibu-ibu yang berada di Sabah & Sarawak yang sanggup meluangkan masa dan tenaga serta wang ringgit (ini kerja amal, besar kemungkinan perbelanjaan untuk kerja-kerja amal ini akan datang dari poket anda sendiri), maka sila lah membuat pendaftaran dengan menghantar email ke admin@malaysianbfpc.org dengan subject ‘Peer counselor application’. Penyertaan ibu-ibu di kawasan sana sangat sedikit, maka kami buka untuk anda disana. Saya, Dr. Ezzura dan juga Pn. Suria akan ke sana untuk mengajar bagi program latihan ini. Daftarnya..
Semoga bila program selanjutnya berlangsung, tiada lagi kedengaran pepatah ini ‘ Rumah Siap Pahat Berbunyi’. Sedih hati saya bila dapat tahu ada yang bersikap begini.
P/S : Tulisan saya ini tiada kena mengena dengan pendirian Malaysian Breastfeeding Peer Counselor dan juga NCSB (kecuali bab mencari ibu yang nak jadi peserta di Sabah & Sarawak). Ianya adalah pandangan dan pendapat saya sahaja.
Salam kasih,

mana gambarnya??
sapa plak yang berbunyi nih??
bila ada bunyi baru ada aura, kalau sunyi sepi bererti mati. Ada juga yang terpilih tapi waktu dan tugas yang lebih wajib terhadap diri harus didahulukan. Yang wajib harus didahulukan dari yang sunat baru bunyinya akan jadi sedap.
harapan agar projek raksaksa ni tak hangat2 taik ayam dan tak timbul puak-puak berhaluan kiri dan kanan.
Mak Tok, marah ka? Bunyi macam marah saja tapi betul la, bila ada bunyi memang sedap..tambah irama beserta lagu..;D
Insya Allah, program ni tak akan hangat-hangat tahi ayam . Doakanlah ya..
Fid, sebenarnya, aku pun tak tahu siapa yang berbunyi,
boleh gitu? hahahha
takpa, biar pahat berbunyi..bermakna rumah tu perlu kontraktor untuk maintenance..apekah?…haha!
alhamdulillah.. jumpa jugak n3 ni, akak ada inbox zai kat fb, so bila zai emel fail pulak… nway, zai dah register gak kat si.com.. sama ker kak programme nyer.. tapi excited nyer pasal zai register 2 kali pun tak per kan…
zai, tak pe hantar jer permohonan. Kalau ada kawan-kawan yang nak joint sama pun boleh..ajak la sebab penyertaan kat Sabah Sarawak memang kurang. Tak sabar rasanya nak jumpa orang sana..