Hari Karangkraf
Salam,
Oh ya saya ingin mewar-warkan tentang event pada hujung minggu ni. Sabtu ni hari cuti umum, kan? Yer la cuti bagi orang-orang yang perlu bekerja pada hari sabtu la. Cuti Thaipusam. Tak ingat? Ha, ni saya dah ingatkan. Isnin juga cuti bagi mereka yang tinggal di Wilayah Persekutuan, Hari Wilayah beb! yeye cuti!
Oh ya mulai Jumaat ni 29 Jan 2010 hingga 1 Feb 2010 ni, Karangkraf akan mengadakan hari terbuka karangkraf di ibupejabat Karangkraf di Seksyen 15, Shah Alam, Selangor (Ampun tak tahu apa nama event ni sebenar-benarnya). Banyak gerai yang dibuka.
Ha, masa ni la kalau kita nak cari bahan bacaan pada harga yang lebih murah. Dan masa ini juga tepat untuk kita semai rasa suka buku dan suka membaca pada anak-anak kita. Tak mengapa kalau baby lagi, sebab baby ni dia absorb apa yang dia lihat. So kalau dia lihat kita suka baca buku, maka nanti bila dia besar, dia juga akan suka baca buku. Contoh dah ada dah. Saper lagi, kalau bukan saya. Ayah saya sangat suka buku. Maka saya juga sangat-sangat suka membaca dan sangat suka dengan buku/bahan bacaan. Kini Qistina, my elder juga sangat sukakan buku, walaupun tak tahu membaca lagi tapi dapat tengok gambar pun jadi la…
Eh, Nak jumpa artis pun boleh tau! Ada banyak acara masa ni kat sana.
Ingat dari Jumaat ( 29 Jan 2010) ni hingga Isnin (1 Feb 2010) tau.
Jom kita ke sana!
p/s: Editor Majalah NONA , Cik Ida Abd. Aziz kirim salam pada semua. Dia pesan meh ramai-ramai ke Gerai Nona, gerai no 5 untuk temui dia dan team NONA disana. Macam-macam ada!!
Suka membaca,
