Qaisara admitted di KPJ Selangor Specialist Hospital, Shah Alam
Salam,
Sekarang ni saya bersiaran dari bilik wad no 222 di KPJ Selangor Specialist Hospital, Shah Alam..Anak manja saya, Qaisara Madihah ditahan kerana Bronchiolitis. Tahun ini ini adalah kali kedua Qaisara di masukkan ke wad atas sebab yang sama. Huhuhu..last time 5 hari kena tahan..kali ni maybe 4 days kot..
uiii, ummi cuti panjang la nampaknya..tapi bila malam, my hubby akan take over jaga Qaisara dari pukul 8 mlm sampai 11.30 mlm sebab ummi kena realease tension duk terkurung dalam hospital sepanjang hari..So order still boleh dibuat la yer..jangan risa
Bila anak masuk spital ni, baru la rasa betapa pentingnya insurans dalam kehidupan kita sebab duit kena keluar banyak kalau tak de insurans. Apatah lagi bila bil spital swasta ni bukannya murah tapi cekik darah. Nasib baik la, insurans yang tolong bayarkan bil spital Qaisara ni..Alhamdulillah..
So sesiapa yang belum ada insurans, cecepat la ambil. Kalau nak ambil, boleh la calling calling saya ni yer..
Semalam, kami mula mulanya nak jumpa Pead. Qaisara yang handle Qaisara sejak dari lahir, Datuk Dr. Zulkifli (saya suka dia sebab dia doktor yang sangat caring. check Qaisara tapi kalau dalam masa yang sama kalau dia perasan yang Qistina ada wheezing, dia akan check Qistina juga..Hahah..agaknya dia charge la kot, insuran bayo, saya tak perasan pun) tapi dia skang ni tengah berada di Sabah, so kami bertukar Pead. Kami jumpa Dr. Yasmin.
Emm..First impression saya as a parents mengenai Dr. Yasmin, saya sukakan doktor ini. Peramah dan menerangkan keadaan anak saya dengan jelas dan boleh membuatkan saya faham dengan condition Qaisara (ke saya yang memang dah tahu apa kesan dan condition pesakit Bronchiolitis?hehehe..tapi saya suka la Dr. Yasmin ni). So korang, kalau gi KPJ Specialist Hospital ni, saya sudi merekomen Datuk Dr. Zul dan juga Dr. Yasmin.
Duk spital ni nasib baik la duk bilik single..kami anak beranak jer la dalam satu bilik.Kalau sharing, sure pening orang lain dengan kerenah anak-anak ku.. Juga nasib baik la ada TV yang ada kartun untuk calm down bebudak ni bila dia orang dah boring. dan juga nasib baik ada lappy utk saya hilangkan boring.
TV mounted kat siling bilik wad
Lappy tersayang
Atas dasar belajar daripada pengalaman yang lepas, kali ini saya bawa bekalan makanan yang banyak untuk anak-anak dan juga saya..bebudak kalau lapo, meragam jer..so saya bawa segala makanan yang ado utk di makan sewaktu dalam wad. Nurse kata macam nak pi berkelah jer sebab banyak makanan dan minuman.
Ok. Chow..nanti update lagi..Time utk Qaisara kena nab lagi
Salam dari spital,

ooo dear…boleh imagine your situation…mesti Qaisara restless giler kan…dah la terkurung…budak2 kan nak lepas jer.. dulu zaman zafran ulang alik masuk wad, akak pun camtu gak.. pastu kami beli nebulizer kami sendiri.. so skang kalu p pead, he’ll just prescribe nebules and frequency jer.. nanti kami buat sendiri kat umah..maid ku pun dah tau nak buat camne.. masa baby dulu lain la sbb nak kena sedut phlegm tu..masa tu mmg la kena warded..