Saya sibuk?
Saya sibuk?
ya, kalau nak diikutkan memang saya boleh dikategorikan sibuk..Husband saya kata saya memang sangat sibuk..Setiap hari Isnin, Rabu dn Jumaat saya hanya akan sampai ke rumah pada jam 11.30 malam..huwaaaaaaa..terkejo-kejo nak bermesra dengan anak..Qaisara dah tentu dah tido..Kakak Qistina, kalau blom tido masa tu dapat la saya tanya pasal school..apa dia belajar, makan apa hari tu.. Qaisara? nasib baik ada breastfeeding sebagai pengikat kami di malam hari sehingga subuh..dan nasib baik saya yang menghantar mereka ke nursery setiap pagi..kalau tak? cam ner nak curi masa? Hubby? Terima kasih kerana sangat memahami dan menyokong segala yang saya cuba lakukan..Bang, sabar yer..pejam celik pejam celik nanti habis la lagi 6 bulan..Sabar yer.. Terima kasih kerana sudi jaga anak-anak sewaktu saya bergelut untuk cuba mencari jalan alternatif untuk bekerja sendiri..
Weekend plak saya dah penuh dengan jadual meeting dan kursus..Letih tapi saya gumbira sebab saya sedang melakukan sesuatu yang saya memang suka.
Arrrggghhh..semoga saya dan suami akan terus tabah menjalani kehidupan begini sehingga 6 bulan akan datang.. semoga usaha saya ini akan berbaloi dan impian saya untuk lebihkan masa dengan keluarga akan tercapai satu hari nanti..
Bila kenang masa dengan anak yang terhad, saya komplen pada hubby ‘kesian anak-anak..”
Jawab hubby.’kalau kesian, tak payah la buat apa yang sedang diusahakan..’
Jawab saya balik’ errr..tak leh ini semua untuk derang juga’
hubby ‘so usahakan sampai dapat’
Makanya 6 bulan akan datang ni hidup saya akan upside down dan bergelut dengan masa dan berperang perasaan saya yang kasihankan anak-anak dan suami.Semoga saya kuat..

aku ucapkan selamat maju jaya….dah kaya karang ko ajar le aku mcm mn jadi kaya hahahahaa
wehh mananya?moh le aku tolong iklankan sama walaupun blog aku tak glem pun….
ni kepoh ni…knp 6 bulan???apa target 6 bulan tu???
apa yg 6 bln tuh??
hahaha, kak eton..kepoh la sebab asyik balik malam..6 bulan nak completekan training jer..