Aktiviti sejak Khamis lalu
Salam,
Minggu ni belum ada kesempatan menulis. Agak sibuk skit tambahan pulak, modem broadband saya rosak dan terpaksa guna yang lain yanng mana keserasian dan keberkesanannya agak kureng dengan plan internat yang saya langgani.
Aktiviti saya sejak khamis lepas ialah,
Khamis: balik kerja – makan – terus bergegas ke rumah Dr. Ning. Dr. Ning ajak sertai konsultasi seorang ibu yang mengami masalah berat badan anaknya yang agak kurang naik lebih tepat lagi tak memberangsangkanlah pertambahan berat badannya tu. Kecik jer..kuit ajer. Disamping tu, pinjam buku Dr. Ning utk rujukan study saya. Kak Ning, TQ sebab pinjamkan buku dan juga TQ bagi satu buku pada Zatul. Jasa mu dikenang. Banyak yang saya belajar daripada Dr. Ning. TQ very much, Kak Ning.
Jumaat tengahari pulak , saya ke MLO PJ. Menjadi moderator kepada SGM kali pertama. Emm..saya suka suasana MLO PJ. Chah, kedai ko macam umah chah! I like! Ramai juga la joint SGM kali pertama tu. (nanti saya masukkan gambar SGM, tak dan la
Sabtu, saya bekerja. Chah, sori sebab tak dapat hadir besday party Aida. Aku kena buat urgent task la hari tu. Since aku keluar spital, everyday aku kena balik malam. Sempat juga ke Sarakids petang tu untuk mengambil semula projektor yang disewa oleh mereka yang saya hantar pagi-pagi sebelum ke pejabat (ya, saya ada buat perkhidmatan menyewakan projektor dan skrin).
Ahad, saya berkhidmat untuk mama & papa saya dan hubby pulak menguruskan parents in law saya. Kami suami isteri kena bekerjasama supaya semua urusan teratur dan semua pihak puas hati dan tiada yang berkecil hati.
Hari Selasa, saya menerima kunjungan pasangan muda yang pertama kali menerima cahayamata. Baby mereka tidak mahu latch dan mummynya dah jadi pumping mom dah. Saya tunjukkan bagaimana nak stimulate semula lidah baby yang dah biasa menyusu menggunakan botol. Saya juga memberi sedikit kaunseling. Hah? Sedikit? Emm..sampai nak maghrib la juga kaunseling sejak pukul 3.45 ptg. Tak per, saya suka kerja ini. Sejujurnya kalau kaunseling, selalunya akan ambil masa lama, berjam-jam. Jadi panggilan kedua yang saya terima pada petang itu daripada seorang bapa yang juga kakitangan KPJ Selangor Specialist Hospital yang ingin datang ke rumah dan membawa isteri beliau untuk sesi kaunseling kerana masalah inverted nipple terpaksa saya bawakan ke hari yang lain.Tiada istilah cuti sebeb hari cuti saya memang saya tidak bercuti. Kena kerja juga.
Malam Rabu hari tu, sewaktu saya hampir melelapkan mata, tiba-tiba handphone aka telefon genggam saya bergegar. Melihatkan no yang tertera diskrin adalah no yang saya tidak kenali, segera saya membuat telahan sendiri ,”ini mesti breastfeeding mummy yang call ni”. Emm..memang betul tekaan saya. Sebaik saja saya sahut panggilan, saya dengar suara yang disebelah sana memberi salam. Sayu dan ada sisa tangisan pada hujung suara. Getaran kesedihannya dapat saya rasa walaupun belum tahu hujung pangkalnya. Oh, akhirnya saya jatuh simpati setelah tahu yang frozen ebmnya telah cair kerana pintu peti aisnya secara tidak sengaja tidak ditutup rapat oleh si suami. Aduhai..betapa dapat saya rasa kebimbangan dan kepedihan dalam hati ibu tu. Frozen ebm cair sebelum masanya memang menjadi kebimbangan dan igauan ngeri pada ibu-ibu yang menyimpan stok. Apa yang boleh saya buat ialah tenangkan ibu, sebab pada masa ini, emosi ibu sangat rapuh dan perlu kata-kata semangat agar tidak putus asa. Saya minta dia check semua stok frozen ebm yang ada sebab dia tidak berani melihat semua stok frozen ebm yang ada dalam simpanan di peti aisnya. Takut bertambah patah hati. Semoga ebm beliau ada yang dapat diselamatkan.
Hari Khamis pula, saya sibuk menyiapkan artikel saya untuk Mami & Baby. Berkurung dalam kedai kecil aka bilik study saya sepanjang malam. SMS telefon banyak yang masuk dan saya belum sempat membaca dan membalas sebahagian daripadanya. Maaf ye. Nanti saya balas, ok.
Kelas breastfeeding tidak dapat saya adakan pada bulan ini yang dijadualkan esok sebab rumah saya ada tetamu. So tunggu awal bulan depan la yer. Insya Allah.
P/s: bulan April, saya telah diminta oleh SYABAS untuk memberikan talk utk sesi santapan minda dengan tajuk ”Penyusuan Ibu bagi Ibu Bekerjaya”. Telah pikir, apa nak di masukkan ke dalam slide nanti.
Salam Kasih,
