Sesi Muhasabah Diri!
Salam,
Saja nak tanya, adakah kita rasa diri kita ni baik? Berakhlak mulia? Namanya manusia biasa, mana mungkin maksum seperti Nabi & Rasul. Tak mungkin.
Cukup baikkah kita? Kita rasa diri kita baik dan mencebik bibir bila kita terasa perangai seseorang yang kita namakan disini sebagai si A itu agak jelik. Tapi betulkah? Adakah kita lebih baik daripada A? Atau kita sama dengan A? Saya rasa saya baik, tapi….. rasanya macam pernah buat jahat gak…
Kita rasa A macam lalang. Baik sini baik sana. Duk kata si A tapi sedarkah kita yang sebenarnya pun macam A. Sebabnya, kita pun baik dengan A, tapi kita juga menyampaikan keburukan perangai A kepada B. Pas tu kat si A, anda kata pulak si B. Bukankah kita sama saja dengan A? Lalang?!
Emm..rasanya elok juga kalau kita muhasabah semula diri kita. Mungkin saya juga ada berperangai begini tanpa sedar. Astafirullahalazim, dapat dibayangkan betapa bodohnya saya ketika dalam keadaan itu. Mangata A lalang tapi mungkin kita juga adalah sama spesis seperti A, si lalang tadi. Kekeke..apa merepek ntah ni. Saja nak muhasabah diri. Mengingatkan diri agar tak leka dan terlena.
Kalau rasa diri kita baik, kita tak mengadu domba. Sebab perasan diri tu baik tu yang terlupa mengadu domba ni berdosa besar. Sebabnya, bila kita ni mengadu domba, kita sebenarnya telah menyebabkan pergaduhan antara 2 insan. Telah menimbulkan rasa syak wasangka dan amarah dalam hati 2 insan.
Puas hatikah melihat 2 insan yang anda kenal bergaduh dan masam muka antara satu sama lain? Emm..saya rasa la kalau saya tidak la kot. sebab apa, saya nak berkawan dengan semua orang.
Kadang kadang Si A yang tadi kita adukan perangainya kepada si B, tak tahu apa-apa pun. Tapi kita syok dok kata si A tu jahat mulut la. Habis, awak tu tak jahat mulut? Sama jer dengan si A. 2×5=10 , 5×2=10. ha pi mai pi mai tang tu juga. Darjat dan status anda dah jadi sama dengan si A. Pas tu, kita syok tengok si B dok marah-marah pada si A. Malah kita cerita pulak pasal sikap si B tadi dengan si A. Tahniah la sebab misi anda berjaya. Pas tu kita beri peringatan pada si B, hati-hati la jugak dengan kawan si A yang dinamakan si C. kekeke..memang sah la, perangai kita lebih buruk daripada si A. Sebab kita tambah plak lagi perisa, Elert alarm kita pasang siap-siap pada si B.
saja nak share satu cerita di malam Isra‘ dan Mi‘raj, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah menyaksikan segolongan lelaki dan wanita yang memotong satu potongan daging daripada salah seorang dari mereka. Kemudian mereka meletakkan potongan daging tersebut pada mulut salah seorang dari mereka dan berkata kepadanya: “Makanlah sepertimana yang aku makan”. Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam bertanya: “Wahai Jibril, siapakah mereka itu?” Jibril ‘alaihisalam menjawab: “Mereka inilah pengumpat, pencela serta pengadu domba”
“Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa hamba mu yang lemah dan daif ini. Kealpaan pada duniawi menyebabkan hati jadi buta dan hitam”.
Kadang-kadang jadi malas nak berkawan sebab inilah…Lebih baik duduk diam-diam dan senyum saja. Bila kurang bergaul, orang kata sombong , tak mesra, tak pandai berinteraksi. Bila terlebih campur gaul, tak sedar pulak dah terbuat dosa. Wallahualam…
Kesimpulannya, kalau kita rasa diri kita baik daripada individu lain, pikir balik benarkah kita ni seorang yang memang baik? Atau kita sama jugak LALANG???!!!!
p/s: Jangan ingat akak emo tau. Akak tak emo pun, saja tulis isu ni sebab terbaca pasal isu mengadu domba kat sini. Bila terbaca, tersedarlah diri juga…
Salam kasih,
