Archive for January, 2012

Fatwa Terkini : Hukum Wanita Menyusukan Anak Angkat

Assalamualaikum,

Berikut adalah keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia berhubung hukum ibu susuan. Harap dapat membantu memperjelaskan lebih lagi bagi mereka yang berkenaan.
Keputusan:
  • Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Hukum Wanita Menyusukan Anak Angkat. Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:
1.
Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah menegaskan bahawa Islam menggalakkan setiap ibu yang melahirkan anak untuk menyusukan sendiri bayi mereka dengan susu ibu sehingga mencapai usia dua tahun, sekiranya mereka mampu berbuat demikian. Namun begitu, Islam juga membenarkan wanita yang tidak melahirkan anak tetapi mengambil anak angkat, untuk menyusukan sendiri anak tersebut dengan bantuan rawatan perubatan.
2.
Penegasan ini adalah berdasarkan pandangan Jumhur fuqaha’ yang tidak mensyaratkan seseorang wanita itu mesti hamil terlebih dahulu untuk menyusukan anak sepertimana pandangan Mazhab Hanbali, Syafie dan Hanafi yang menyatakan bahawa seorang perempuan yang hendak menyusukan seorang anak, tidak disyaratkan mempunyai suami yang menyetubuhinya.
3.
Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa menggunakan ubat atau suntikan untuk merangsang pengeluaran susu badan adalah harus dengan syarat ianya seorang wanita yang telah mencapai umur baligh sama ada telah berkahwin ataupun sebaliknya dan ubat atau hormon yang digunakan tersebut tidak mengandungi sebarang unsur-unsur najis atau mudharat. Keharusan ini tidak tertakluk bagi seorang lelaki yang berubah menjadi wanita melalui pertukaran jantina.
4.
Jumhur fuqaha’ juga bersepakat bahawa terdapat dua kaedah penyusuan bagi menjadikan bayi tersebut mahram dengan sebab susuan, iaitu penyusuan secara langsung dari payudara dan penyusuan secara tidak langsung seperti menggunakan tiub, botol susu dan sebagainya. Sehubungan itu, bagi wanita yang menggunakan alat sokongan atau alat bantuan sebagai kaedah menyusukan bayi, Muzakarah memutuskan bahawa bayi tersebut sah sebagai anak susuan apabila cukup syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak seperti berikut:
a. bilangan susuan hendaklah dengan lima kali penyusuan;
b. susu yang dihisap mestilah sampai ke perut bayi; dan
c. umur bayi tidak melebihi dua tahun mengikut perkiraan bulan qamariah.
Hujah thabitan ini ialah kerana susu ibu tersebut telah menjadi makanan asasi kepada bayi yang menumbuhkan daging dan memanjangkan tulang, sama seperti bayi yang menyusu secara terus daripada payudara. Walau bagaimanapun, sekiranya kaedah yang dilakukan adalah dengan cara menyuntik susu melalui qubul atau dubur, menitik susu ke dalam mata, telinga atau di tempat luka tubuh badan, maka bayi tersebut tidak sah sebagai anak susuan.
5.
Muzakarah juga memutuskan bahawa seorang wanita beragama Islam tidak dilarang untuk menyusukan bayi bukan Islam dan begitu juga seorang bayi beragama Islam boleh menyusu kepada wanita bukan Islam kerana tidak ada nas syarak yang melarangnya. Penyusuan tersebut tidak memberi kesan kepada aqidah dan agama bayi yang disusukan tersebut.
6.
Muzakarah juga memutuskan bahawa susu ibu yang bercampur dengan bahan-bahan lain adalah sama seperti susu ibu yang tidak bercampur dengan makanan, minuman atau lainnya sepertimana pendapat yang rajih daripada ulama’ mazhab Shafie dan Hanbali, kerana untuk thabit menjadi anak susuan ialah perlu memenuhi syarat-syarat penyusuan yang ditetapkan oleh Syarak.
7.
Bagi seorang lelaki yang mengahwini wanita yang menyusukan bayi angkat dan bayi tersebut telah thabit menjadi anak susuan, maka Muzakarah memutuskan bahawa lelaki yang menjadi suami kepada wanita berkenaan adalah menjadi mahram kepada anak susuan tersebut.
Salam kasih,

Mendidik Anak – Mencabarnya!

Assalamualaikum,

Mendidik anak bukan satu perkara mudah. Mahu memahamkan anak dalam sesuatu perkara juga sangat susah. Kena berulangkali.

Kali ini Qistina terpaksa saya bawa ke pejabat selepas waktu sekolahnya sebabnya saya lambat ambil dan masa tak mencukupi untuk saya memandu ke taska. Kejadian selepas waktu habis pejabat. Kebetulan dalam anak saya sangat suka mengasah pensil yang tumpul di pejabat saya. Habis semua pensil auntie dan uncle yang pendek semua ditajamkan. Nak jadi cerita, ada satu meja yang ada gula-gula coklat. Oleh kerana Qistina ini kanak-kanak dan sangat suka gula-gula, dia sudah ternampak gula-gula tersebut masa nak letakkan pensil yang dah tajam atas meja semula dan oleh kerana tarikan gula-gula sangat kuat bagi seorang kanak-kanak , gula-gula tu tadi diambil tanpa saya perasan. Dia makan dan bila sudah makan baru saya perasan.

Saya tanya ambil gula-gula dari mana? Dia diam. Kemudian, saya tanya lagi, dan dia jawab “kakak, tadi tajamkan pensil auntie, kakak Nampak gula-gula tu. Kakak makan la” jawab jujur seorang anak kecil yang tak mengerti itu adalah perbuatan mencuri. Saya memang agak marah bila dengar jawapan itu. Saya kata perbuatan Qistina itu salah, tak boleh ambil hak orang tanpa izin. Qistina menangis. Takut barangkali atau rasa bersalah. Datang seorang rakan sekerja saya bertanya kenapa Qistina menangis? Saya maklumkan anak saya ini sudah makan gula-gula tanpa izin. Dia berlalu dan kembali semula dengan sebungkus kecil gula-gula Fresh Fruit.Adadalam 3 biji tak silap saya.

Saya nak ajar anak saya mengenai kesan mengambil barang orang, jadi bila dia sudah berhenti menangis, saya terangkan perbuatan dia salah dan Allah marah orang yang mengambil barang orang lain tanpa izin. Nanti Allah potong tangan di akhirat. Bila dia dengar perkataan potong tangan, dia tanya macam macam. Boleh ke nak buka pintu kalau tak de tangan? Boleh pegang pensil tak? Boleh pegang cawan dan minum air, dan banyak lagi soalan.  Pertanyaan jujur seorang anak kecil yang berusia 5 tahun. Jawapan saya semua ialah sukar dan saya tunjukkan cara mengambil dan memegang pintu, cawan dan pensil tanpa menggunakan tangan. Kemudian dia kata ‘susahlah Ummi’.

Saya kata lagi “kakak mesti ganti semula gula-gula yang akak dah ambil tadi.” Muka Qistina kelat sebab rasa kecewa satu gula-gula yang diberi oleh uncle perlu diberi sebegai ganti. Saya katakan padanya, ini perlu sebab kakak dah ambil gula-gula  auntie tanpa izin. Maka perlu ganti dengan gula-gula yang kakak dapat dari uncle.” Dengan berat hati, dia meletakkan sebiji gula-gula di atas meja auntie. Mata penyesalan kerana mengambil gula-gula tanpa izin terpancar dari sinar mata anak kecil saya yang berusia 5 tahun ini. Rasa sayu sebab dia masih kecil dan tidak tahu perbuatannya salah. Tapi saya perlu ajar anak saya dari sekecil ini yang salah tetap salah. Tiada dikecualikan. “Kakak perlu tulis surat minta maaf pada auntie sebab ambil gula-gula dia tanpa izin” kata saya lagi. “Ha?” Qistina terkejut tapi akur. Saya berikan satu pen dan kertas agar dia boleh tulis sendiri permohonan maaf pada auntie. Satu satu perkataan ditulis. Bila dia tidak tahu bagaimana untuk mengeja, ditanya pada saya. Akhirnya siap. Saya ‘staple’kan gula-gula pada kertas dan suruh Qistina letakkan atas meja auntie.

 

Saya rasa, Qistina kini faham yang perbuatan mengambil barang orang lain tanpa izin tadi adalah salah. Saya harap dia akan ingat apa yang saya dah ajarkan padanya hari ini. Insya Allah. Walaupun akan ada suara yg akan berkata “alah, gula-gula sebiji sahaja, takkan itu pun nak ambil kisah”. Ye itu sekarang, hanya gula-gula sebiji. Bayangkan kalau saya tak menegur dan mengajarnya kesan perbuatan tersebut, apa akan jadi pada akhlak anak saya bila dia besar nanti? Nauzubillah… Minta dijauhkan anak-anak saya daripada perangai yang tidak baik.

“Ya Allah, jadikahlah anak-anak ku orang yang berakhlak baik dan solehah. Jauhkanlah mereka daripada perbuatan dan akhlak/perangai yang tidak baik.” Amin.

~ Anak kecil adalah seperti kain putih dan ibubapa yang akan mencorakkannya. Jika perbuatan salah anak tidak ditegur/diterangkan dan diajar sewaktu dia masih kecil kerana sayang dan merasakan dia terlalu kecil untuk faham, janganlah kita menyesal bila dia dewasa kelak ~

Salam kasih,

Menulis perlu ada Jiwa!

Assalamualaikum,

Apa khabar hari ini? Hari ke 9 dalam tahun baru, ada apa apa yang baru dah diperolehi? Hutang baru ker? Hehehe..Rasanya ramai yang ada hutang baru, isteri baru, anak baru, somi baru, etc la yer tak?

Saja saya merepek di tengahari buta ni. Teringat seorang sahabat yang bergelar editor dan penulis dan juga novelis saya yang kenal, Nora Herni. Diam tak diam dah banyak buku kanak-kanak yang dihasilkan. Lupa plak, dia sememangnya bekerja dalam bidang ini, memang la dah banyak karyanya, kan? Tahniah awak!

Salah satu buku yang dihasilkan oleh Nora Herni

Sebenarnya menjadi penulis ini bukan perkara senang. Idea dan kreativiti diperlukan agar jalan cerita atau perkara yang ingin disampaikan itu menjadi superb dan seterusnya pembaca akan terus membaca sehingga ke noktah terakhir sesuatu naskah/karya.

Selain mencari isi, saya rasa mencari tajuk kepada cerita/artikel/novel atau saya juga katakan karya adalah sangat susah dan mencabar kerana ianya  penting untuk dijadikan daya penarik agar dapat menarik minat pembaca. Menulis ni sebenarnya perlu ada JIWA!

Bukan senang yer nak menjadi penulis dan menghasilkan sesuatu karya. Kena ada penyelidikkan fakta, perlu banyak membaca, olahan ayat dan sebagainya la. Jika bergambar, perlu dilihat dari segi hakmilik gambar tersebut. Perlu minta kebenaran dan keizinan daripada yang tuan punya. Secara bertulis ya bukan verbal approval sahaja. Esok-esok kena saman plak.

Kepada yang nak menulis, teruskan usaha. Tak kira la anda seorang penulis buku ilmiah, novel atau artikel mahupun blog sekali pun, anda antara orang yang berimaginasi tinggi dan sangat berbakat. Cuba tengok blog Red Mummy ni, tulis blog tapi dibayar lumayan tau.

Tidak salah rasanya untuk berangan-angan untuk melihat hasil tulisan anda diterbitkan. Saya juga dulu sering berangan-angan semasa zaman sekolah dan sewaktu usia 20an. Saya sering menulis cerpen dan sajak puitis dulu. Berangan je agar satu hari nanti hasil tulisan saya akan diterbitkan samada di dalam majalah ataupun bentuk buku. Daripada angan-angan itu, saya mencari jalan untuk hasil tulisan saya diterbitkan. Alhamdulillah, walaupun belum dalam bentuk buku, sudah hampir 3 tahun menulis dan mempunyai ruangan/kolum di sebuah majalah keibubapaan untuk saya berkarya/menulis di dalam majalah berbentuk ilmiah yang memberi banyak manfaat (saya rasa la) kepada ramai rakyat Malaysia (mudah-mudahan). Semoga satu hari nanti , akan terbit sebuah buku yang tertera nama penulisnya ialah Zatul Hijanah Ramzi. Sapa tahu, kan?

Tulisan pertama saya yang diterbitkan

Ruangan Soal Jawab Laktasi kendalian saya

Kepada Nora Herni, tahniah di atas buku-buku hasil tulisan anda. Nak tulis buku kanak-kanak lagi susah sebab nak imagine cam budak-budak padahal kita dah tua bangka dah. Herni, nanti nak pi beli pas ni! Tolong turunkan tandatangan yer!

Salam kasih,

Qaisara dah satu Tadika dengan Qistina!

Assalamualaikum,

Akhirnya sudah sampai tahun baru dan dah anak-anak dah mula sekolah. Qistina punyalah happy bila tahu hari Jumaat (6/1/2012) dah tiba. Sebabnya itu hari pertama dia naik sekolah dan berada dalam kelas 6 tahun. Ketawanya mengekek-ngekek. Gumbira tak terkata.

Saya ambil cuti sempena nak menghantar Qistina ke sekolah. dalam masa yang sama sudah tentu saya bawa sekali Qaisara untuk sama-sama hantar Qistina ke tadika. Tapi Qaisara ni pun sama excitednya dengan kakak macam la dia nak sekolah tadika. Emmm… dengan kasut sekolah, dengan track bottom dan t-shirt.. Jus like her kakaknya.

Masa hantar Qistina masuk kelas, suddenly cikgu Qistina suh adik daftar sekali kat Tadika tu. emmm…Alhamdulillah la sebab sebelum ni kami memang dah mengecek dengan cikgu untuk hantar Qaisara ke Tadika yang sama, tapi diletakkan dibawah KIV. Bila dapat peluang cam ni, emmm, senang la ummi cam ni. Pagi hantar satu sekolah jer. Pas tu tengahari ambil dan hantar 2 orng sekali balik taska.


Tudung Qaisara dah terbang, setengah jam jer ada kat kepala.

Daripada perbualan dengan cikgu, ada la dalam 11 org termasuk Qaisara murid 4 tahun. Alhamdulillah, ada la Qaisara kawan-kawan yang sebaya.

Kalau Isnin aka hari ke 2 ok, maka akan berterusanlah Qaisara bersekolah disana. Kalau tak, balik Taska la. Tahun depan baru mula semula. hehehe…

Oh ya, tahun ni Tadika MAIWP ada uniform baru, so sementara nak tunggu uniform siap, kena la pakai t-shirt n track bottom.

Salam kasih,

Happy New Year!

Welcome Year 2012! Selamat tahun baru dan semoga berbahagia menempuh alam kehidupan sepanjang 2012. Semoga anda lebih kaya dan berjaya!

Salam kasih,

 

logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
January 2012
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.