Archive for December, 2011

Kids Flower Arrangement Workshop + Fun Kids Traffic Zone

Assalamualaikum,

Apa khabar? sekolah dah nak mula semula dah kan? Cepatnya masa berlalu. Dah tentu Qistina orang yang paling menanti nanti masa untuk kembali ke sekolah. “Sekolah kakak ni cuti lama sangat la. Rindu Cikgu and friends” kata Qistina.

Apa aktiviti home school yang dilakukan bersama yer sepanjang cuti sekolah ni? Bercuti dan melancong? Balik kampung? Emmm, semua tu Qistina dan Qaisara ada buat. Balik kampung aka umah nenek/atok derang yang nunnnn jauh depan mata jer..kat Shah alam dan Kepong, KL. Hahahahaha..nak wat cam ner, nenek and atok tinggal dekat sangat.

“Kampung kita ni dalam bandar la, kakak” kata saya pada Qistina. Nak wat cam ner, kampung saya juga dalam bandar. Umah atok nenek sebelah ibu saya kat Johor Bahru tu. Tengah bandar ko…Tak sunyi langsung. Nasib baik la kampung sebelah ayah saya area kampung yang betul betul punya kampung, nun di Jelebu Tengah. Merasa la juga suasana kampung.

Balik semula ke tujuan asal dan tajuk entry ni…Melalut dah jauh dah ni…Iklan…

Sebenarnya kadang-kadang nak  melakukan aktiviti home school bersama dengan anak-anak, kita tak perlu berbelanja besar. Adakalanya percuma atau belanjanya tak lebih daripada RM20. Cuma kena pandai cari aktiviti la..contohnya main layang-layang ke, swimming ka (public pool kat Putrajaya hanya bayar RM3 kalau tak silap saya).

Saya dan suami juga sentiasa mencari aktiviti berfaedah dan masa yang berkualiti untuk bersama-sama dengan anak-anak. Atas sebab itu, Saya daftarkan nama kedua-dua anak saya untuk joint Kids Flower Arrangement Workshop, di Mid Valley.  Workshop ni free tau! So pada 24 disember 2011 yang lalu, selepas habis waktu kerja separuh hari pada hari sabtu, kami bawa la anak-anak untuk joint aktiviti percuma ni. Kenapa saya pilih Kids Flower Arrangement Workshop ini berbanding dengan aktiviti lain yang ada dalam senarai Mid Valley? Sebabnya parents are allow to accompany their kids. Seronok tak terkata. Anak-anak excited dengan hasil kerja tangan mereka. Boleh bawak balik dan makan plak lepas tu.

Jom tengok gambar jom!

Ready to start the activity. Dah ambil pot masing masing.

Qistina & Qaisara kena interview dulu. Saya rasa mereka dipilih untuk diinterview because they’re the only Malay kids yang participated in this workshop kot?


Qistina tekun menghias pot dia sampai tak nampak Abah nak ambil gambar

Abah plak melayan dan guide anak-anak menghias pot derang.


Together-gether Ummi dan Abah menolong anak-anak buat flower arrangement.

Yeay! Kakak dapat sijil! tengok , cantik tak  Kakak buat?

Yeay! Adik dapat sijil too!cantik tak flower pot Adik?

Jom Gambar ramai ramai!

Dah penat jalan kat Mid Valley, kami ke Carrefour Bukit rimau, Shah Alam pulak. Kami nak naik motor kat Kid Traffic Fun Zone (tak ingat dah apa nama sebenar tempat ni). Satu motor hanya RM7.00/15 minit.

 

Seronok, kan? Nak cuba? Boleh, gi je Carrefour Bukit Rimau.

What a memorable moments dengan anak-anak dan hubby on that day. Teringat masa zaman membesar, Papa & Mama pun selalu bawa kami melakukan aktiviti begini. Seronok!

Jumpa lagi!

Salam Kasih,

Testimonial dpd pengguna Supple Cups

Assalamualakum,

Sekadar satu perkongsian. Ini adalah testimonial daripada salah seorang pengguna supple cups.

 

Salam Kasih,

 

 

 

 

Home School – Bahan Mengajar Percuma

Assalamualaikum,

Apa khabar pada hari cuti ni? Emm, lagi seminggu jer nak tahun baru kan? Apa cerita azam tahun ni? Tercapaikah? Harap-harap tercapailah.

Saya saja nak share satu cara paling mudah dan jimat untuk ajar anak kita dirumah mengenai barangan. Tak perlu beli buku mahal-mahal atau kena keluar duit untuk electricity atau paper. sebab cara ini percuma. Yang perlu ialah masa dan masa dan kasih sayang.

Pernah terima tak sebarang leaflet aka iklan (saya panggil surat jemputan untuk shopping) daripada mana-mana pasaraya besar atau mana-mana kedai? Cam gambar kat bawah ni

Ha nampak tak dalam tu ada ikan, bawang, sayur… Ha kita boleh guna leaflet ini sebagai bahan mengajar kita untuk anak mengenal rupa barang atau nama barang. Kalau yang ala-ala  tahu little-little dalam bahasa inggeris tapi nak ajar dalam english pun boleh.  sebabnya description dalam bahasa inggeris ada tertulis kat gambar.

selain gambar tu,

Ha, ada gambar meja, almari buku,etc la yang boleh juga kita guna dalam mengajar anak kat rumah secara 0 cost.

Kami suami isteri memang suka dengan leaflet begini. Selain teruja nak kira cost perbelanjaan mingguan melalui offer yang dibuat, kami juga teruja untuk bermain dan mengajar anak. Kami akan main game “siapa tahu mana satu….” menggunakan leaflet ini. Anak-anak pun suka juga.

Bila kami pergi shopping barang keperluan harian di pasaraya, kami akan tanya semula anak-anak “siapa tahu barang ni namanya apa?”

So Selamat mencuba!

Salam Kasih,

BABY N ME di Bandar Putera

Assalamualaikum,

Baby N Me akan ada kedai fizikal dan Insya Allah akan beroperasi pada awal tahun 2012 ini. Sudi sudi la singgah yer.  Untuk warga Bandar Putera, Bukit Kemuning, Kampung Jawa, Jalan Kebun, Taman Sentosa, Bukit Naga, Bukit Rimau, Bandar Puteri, Bukit Tinggi, Bandar Botanic dan Kota Kemuning dan kawasan-kawasan yang berhampiran, nanti boleh lah singgah yer ke Breastfeeding store ni. Dah tak yah gi jejauh dah.

 

Kalau yang jauh nak datang pun sangat digalakkan. Kedai kami kecil sekecil tuan punya. :D

Ini peta ke Bandar Putera

Salam kasih,

Qistina & Qaisara – Modeling For NONA TV3

Assalamualaikum,

Ini sebenarnya entry yang asyik-asyik tertangguh. Nak cerita sedikit sebagai kenang-kenangan anak-anak nanti. Pada 1 November 2011 yang lalu, Tina & Sara telah terpilih untuk menjadi model fesyen kanak-kanak untuk slot fesyen rancangan NONA, TV3 yang disiarkan pada setiap Ahad jam 2 petang.

Jom tengok gelagat derang masa shooting  dengan krew NONA, TV3.

 

 

 

 

 

Thanks to Mama & Scha Ramsey kerana menguruskan anak-anak semasa shooting. Saya kena bekerja masa tu.

jom tengok Video masa shooting plak :

Qistina & Qaisara Modeling For NONA TV3

Ini pulak selepas disiarkan di rancangan NONA episod 48 year 2011 pada 27 november 2011. Shootingnya 2 jam, keluarnya tak dan seminit..hahaha..biasa la tu ekk.. tengok yer sebab derang keluar di awal-awal rancangan.

NONA Episod 48 year 2011- TV3

Emm, ini sebagai memberi pengalaman kepada anak-anak saya agar lebih berkeyakinan. Saya ingin anak-anak saya cuba pelbagai perkara bagi menaikkan self esteem mereka. Sudah tentu sebelum melibatkan anak saya dengan shooting ini, saya tanya pendapat mereka dahulu. Saya hanya bersetuju selepas anak-anak saya juga bersetuju.

Salam kasih,

logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
December 2011
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.