Archive for April, 2011

Please, No Promotion of Artificial Milk Here. TQ.

Assalamualaikum,

Saya sangat menghormati anda semua sebagai pembaca blog saya dan juga sebagai ibubapa anak-anak Malaysia yang bakal menjadi peneraju negara Malaysia satu hari nanti.

Saya sokong apa jua perniagaan yang anda mahu buat atau telah usahakan.

Namun satu saya minta daripada anda. Saya hanya minta hormatilah saya sebagai seorang pejuang yang sedang berjuang untuk memartabatkan susu ibu.

Jadi pinta saya, janganlah anda menggunakan blog saya ini sebagai medium untuk anda mempromosikan atau mencadangkan sebarang susu gantian kepada susu ibu kepada ibubapa yang membaca blog saya.

Saya faham, anda ingin berniaga tetapi dengan rasa rendah diri dan hormatnya, saya pohon agar tiada lagi yang memberi komen di blog saya yang mencadangkan artificial milk. Jangan kecil hati jika saya tidak approvekan komen anda kerana komen anda ternyata terlalu jauh menyimpang daripada apa yang saya perjuangkan.

Terima kasih.

Salam Kasih,

Naluri Keibuan

Assalamualaikum,

 Tengahari tadi macam biasa saya melakukan rutin harian saya, iaitu mengambil Qistina balik sekolah dan menghantar dia semula ke Nursery selepas kami lunch. Kebetulan sewaktu saya nak balik ke pejabat, saya terserempak dengan satu kemalangan kecil antara 2 buah kereta (teksi & kereta penumpang) dengan sebuah motosikal.

 Ketika saya sampai di tempat kejadian, saya lihat ramai orang dah kerumun motosikal tersebut. Membantu mengangkat si ayah dan juga anak kecil yang beruniform sekolah rendah. Saya agak umur kanak-kanak tersebut mungkin dalam darjah 2 atau 3. Mungkin kah dia cedera? Saya lihat raut wajah kanak-kanak tersebut begitu tenang (betulkah dia tenang atau dia sedang  tergamam bila melihatkan ayahnya ketika itu masih dibantu orang ramai untuk bangun dari timpaan motosikal tadi? Saya lihat ada seorang lelaki begitu beria-ria menanyakan keadaan kanak-kanak tersebut.

 Tanpa saya sedar, air mata saya mengalir.   Tiba-tiba saya rasa risau dengan keadaan kanak-kanak tersebut. Argghh..perasaan keibuan saya cepat tersentuh biarpun yang ditimpa kemalangan itu bukan anak saya. Sedih pula rasanya bila melihat wajah anak tadi sayu melihat ayahnya diatas jalan raya. Teringat pada anak-anak saya. Semoga dijauhkan sebarang kemalangan menimpa anak-anak saya.

 Doa saya semoga si ayah selamat dan tidak cedera. Kalau cedera pun biarlah hanya cedera ringan. Semoga kanak-kanak itu selamat.

 You all, pesan saya, hati-hati dijalan raya. Gunakan tali pinggang keledar bila naik kereta dan pakai topi keledar bila menunggang motosikal. Semoga Allah akan lindungi kita semua setiap masa.

 Amin.

 Salam Kasih,

Tahniah Atas Kejayaan Acara The Great Cloth Diaper Change KL, Malaysia 2011 Utk World Guinness Book Of Records

Assalamualaikum,

Tahniah! tahniah kepada pihak penganjur acara The Great Cloth Diaper Change KL yang telah berlangsung pada 23 April 2011. Mereka telah bertungkus lumus menjayakan acara ini sejak pagi 23 April sehingga 1 pagi 24 April 2011.

Macam-macam ragam dan macam-macam hadiah yang mommies bawa balik di majlis ini.  Semasa acara sebalah malam yang bermula pada 10 malam, saya teruja melihat mommies dan babies  yang datang begitu bersemangat. Tak lupa juga daddies serta anak-anak mereka yang lain yang turut menemani mereka menjayakan acara ini. Paling special ada yang datang pakai baju tidur you! hehehe..actually ianya memang digalakkan. Special betul.

Banyak betul sponsor yang participate dalam acara ini, tanda betapa seriusnya para AJK bekerja. Best.

Saya selaku witness yang bekerjasama dengan Dynas Mokhtar sangat teruja melihat baby yang ditukarkan lampinnya. Tetap maintain tido walaupun their mommies spray air semasa menukar lampin. Agaknya babies ni bisik dalam hati “mummy, buat la apa pun, baby ngantuk ni, nak tido gak”  agaknya la kan, hehehehe.

Saya & Dynas diminta bersama-sama memotong kek tanda simbolik perasmian acara.


Ini Teddy  Bear Cake yang kami potong. Cantik sampai sayang nak makan, kan?

Satu lagi kek cantik.

Masa ni kami tengah tunggu acara untuk cabut no bagi cabutan bertuah & penyampaian sijil. Muka Dynas sikit pun tak berminyak. Muka saya? macam boleh buat menggoreng ek?

Masa ni saya cakap dengan Dynas “Dynas, i pendek ler” n Dynas jawab sambil tergelak “actually I yang terlebih vitamin” hehehe.Humble & pandai dia susun ayat nak sedapkan hati saya.

Meriah memang meriah. Yang membanggakan acara ini boleh dikategorikan acara 1 Malaysia kerana kaum Cina, Melayu dan India bersama-sama menjayakannya. Kagum saya dengan usaha pihak penganjur. Great event and great jobs girls!

Saya dan Dynas bersama pihak penganjur. You all rock, mommies!

Oh ya di event ini juga saya jumpa  PC MBfPC dan juga kawan-kawan lama dari Susuibu.com macam MummyLina, Nik Medai, Salwa, Shida Shahida, Fathin (kalau ada yang tak perasan tu minta maaf yer, ramai la u). Seronok dapat jumpa u all.

Lina yang masih dalam pantang tetap turun padang menguruskan tempat. Lina, ingat pesan akak tau.

Hanz & Saya. Hanz ni orang kuat majlis ni tau.

Apa pun saya nak ucapkan terima kasih kepada pihak penganjur, kerana sudi menjemput saya sebagai salah seorang saksi acara ini bagi pihak Malaysia bagi tahun 2011. Ianya menyeronokkan dan Tahniah sekali lagi!

Update info (27 April 2011):

Majlis ini juga mendapat liputan akhbar-akhbar. Salah satunya ialah Harian Metro yang dikeluarkan 4 hari selepas majlis iaitu pada 27 April 2011. Boleh baca di harian Metro online dengan klik gambar dibawah ni

Salam Kasih,

Breastfeeding Myth Seminar di Port Dickson

Assalamualaikum,

Berita dah basi tapi saja nak letak disini supaya saya dapat mengingatkan diri saya sendiri tentang seminar/kursus berkaitan penyusuan ibu yang pernah saya hadiri.

Pada 26 Mac 2011 yang lalu which is dah hampir 1 bulan dah, saya telah menghadiri seminar yang bertajuk Breastfeeding myth. Kehadiran saya ke majlis ini adalah kerana dijemput/diajak oleh Dr. Hairin Anisa, IBCLC yang juga merupakan Timbalan Kepada Persatuan Laktasi Malaysia.  Alhamdulillah, saya bersyukur kerana dapat menghadiri majlis ilmu begini kerana ianya dapat menyegarkan kembali ilmu-ilmu yang ada dan juga di majlis begini, saya dapat menambahkan lagi ilmu yang ado.

Thanks to Dr. Hairin Anisa kerana mengajak saya untuk participate in this seminar.

 

Kak Yati (Lactation Counselor from PPUM) & Me

Kalau diikutkan seminar ini hampir 99% adalah dihadiri oleh kakitangan hospital kerajaan & swasta. Hanya 2 kaunselor laktasi bebas yang bukan kakitangan hospital yang hadir diseminar ini. Emmm, lucky us, kan?

Salam Kasih,

 

Acara The Great Cloth Diaper Change (Guiness™ World Record Diaper Changing Challenge)

Assalamualaikum,

Kepada Cloth Diaper practicioner, satu acara yang dinamakan The Great Cloth Diaper Change (Guiness™ World Record Diaper Changing Challenge) akan diadakan pada 23 April 2011 di Sriptory Box, Level 1, Wisma Bling Lustre, Taman Meranti Jaya, Puchong.

Pada sebelah pagi ada talk & banyak booth yang dibuka dan anda dijemput hadir.

Pada sebelah malam pula akan diadakan Great Cloth Diaper Change World Record breaking Event akan diadakan mulai jam 10 malam – 1  pagi. Untuk acara ini, kepada yang berminat nak pecahkan rekod dunia, boleh la register  di gcdcmalaysia@gmail.com.

Untuk acara ini juga, Alhamdulillah, saya telah dijemput  oleh pihak penganjur sebagai one of the witnesses. Oh ya, pagi tadi saya dimaklumkan oleh pihak penganjur yang saya akan berkolaborasi bersama pelakon terkenal yang juga pro breastfeeding mother, Dynaz Mokhtar sebagai saksi acara ini.

emm, saya juga dimaklumkan oleh pihak penganjur yang sebelah siang Dynaz juga akan memberi talk berkenaan Breastfeeding in Public.

Acara ini kalau tak silap saya mendapat liputan media electronic seperti rancangan Si Kecil Ku Chak (TV3) dan Wanita Hari Ini  (WHI) dan juga liputan melalui media cetak iaitu, Harian Metro.

So ibu dan ayah yang berminat, maklumat lanjut boleh bertanya kepada ClothDiaperMsia@gmail.com.

Jumpa disana.

 Salam kasih,

Senangnya Perempuan Nak Masuk Syurga

Assalamualaikum,

Walaupun dah lama tapi saya nak juga kongsi ilmu yang saya dapat.

Pada awal bulan Mac 2011 yang lalu, Ustazah Asni yang mengajar mengaji di TV9 dan yang juga telah dilantik menjadi Pegawai Penasihat Agama Peribadi Pengerusi Eksekutif syarikat saya bekerja telah meluangkan masa untuk memberikan ceramah kepada kakitangan perempuan.

Tajuk pada hari tersebut ialah Perempuan, Isteri dan …

Ceramah beliau lebih berkisar bagaimana senangnya perempuan ini untuk masuk syurga. Juga disebut mengenai penyusuan ibu yang mana pahalanya sangatlah besar.

Di dalam ceramah beliau ini, ada juga dipesan agar tidak menderhaka kepada suami. Juga dipesan agar kita sebagai isteri menjaga syurga suami yakni Ibunya. Jangan jadikan suami kita anak yang derhaka. Ustazah ada menyebut

Syurga isteri terletak pada suami, manakala syurga suami terletak pada Ibunya’.

Jadi kata Ustazah Asni, janganlah kita (isteri) marah bila suami asyik nak balik umah ibunya kerana ianya merupakan tanggungjawab suami. Pesan Ustazah Asni lagi, perempuan jika nak masuk syurga sangat senang :

1. Jaga Solat
2. Jaga Puasa
3. Jaga Maruah (syurga ada di 4 penjuru rumah)
4. Bacalah Al-Quran

Juga kalau boleh baca & khatam Quran sebanyak 2 kali dalam 1 tahun ( emm..kalau tak biasa ni, berat juga nak buat yer).

Juga jika kita mengalami masalah dan rasa sangat terbeban, maka solatlah 2 rakaat.

Ditekankan juga mengenai adab masuk tandas.

1. tutup kepala
2. Baca doa
3. Langkah masuk kaki kiri
4. Langkah keluar kaki kanan

Jangan dilupa kerana syaitan sangat suka berada di dalam tandas. Jika kita tak jaga adab dan baca doa masuk tandas, itu yang menyebabkan ramai perempuan susah nak mengandung disebabkan syaitan tu dah banyak duduk di rahim kita.

Sewaktu kami duduk makan beramai-ramai, saya dikenalkan oleh Pengurus Kanan Puan Yasmin sebagai Wanita yang berkerjaya di dalam bidang teknikal yang sangat well known dalam breastfeeding dan menulis dalam majalah. Waaa, habis bocor rahsia ‘akak’. Selama ni, ‘akak’ sangat low profile semasa di pejabat. Kawan-kawan sepejabat ada yang kurang tahu mengenai penglibatan saya dalam menulis ni. Malas nak beritahu kawan-kawan yang ‘akak’ menulis dalam majalah. Derang cuma tahu pasal penglibatan saya dalam breastfeeding jer. Habis lepas tu, kawan-kawan dok bertanya macam mana boleh menjadi kolumni majalah Mami & Baby tu dan bagaimana boleh menulis dalam Pa & Ma.

Di kesempatan tersebut sempat saya kenalkan kepada hadirin yang ada mengenai produk Baby Khalifah learning Series. Alhamdulillah, dapat sambutan. Ustazah Asni pun beli juga satu pakej Baby Khalifah Learning Series tu. Siap dia sponsor RM10 (duit balance dia) pada sesiapa yang nak beli pada hari itu.


Ini kali kedua saya berjumpa semula dengan Ustazah Asni. Kali pertama semasa Hari Susu Ibu di Kajang tahun lepas. Baby Khalifah Learning Series yang kat belakang tu, Ustazah Asni yang punya..

Ini serba sedikit yang dapat saya sampaikan kembali ilmu yang saya dapat pada hari itu. Banyak lagi sebenarnya. Nanti bila ada ceramah Ustazah Asni lagi, saya akan kongsikan lagi ilmu yang saya dapat. Insya Allah.

Salam kasih,

HUKUM PENYUSUAN IBU & HUBUNGAN IBU/ANAK/KELUARGA SUSUAN

Assalamualaikum,

Sebenarnya saya dah lama nak tulis mengenai hal ini. Saya nak berkongsi ilmu yang saya dapat semasa memandu dalam perjalanan pulang ke rumah dalam minggu lalu. Ilmu yang saya dapat dalam rancangan soal jawab agama di Radio Malaysia Negeri yang berbicara mengenai Hukum Hakam Penyusuan Ibu. Saya tidak ingat nama ustaz yang menyampai kuliah dan menjawab segala persoalan mengenai hukum hakam penyusuan ibu dalam Islam.

Daripada yang saya dengar, saya kongsikan sebahagiannya la yer.

1. Hak untuk menyusu adalah hak ibu

Maknanya seseorang ibu itu boleh memilih samada hendak menyusukan bayinya atau pun tidak. Jika dia memilih untuk tidak menyusukan bayinya, walaupun disuruh oleh suaminya untuk menyusukan bayi mereka, tidaklah jatuh hukum derhaka kepada suami.

2.Tanggungjawab suami mencari ibu susuan jika isteri tidak mahu menyusukan bayi

Jika isteri menolak atau tidak berkemampuan untuk menyusukan bayi mereka, suami bertanggungjawab untuk mencari ibu susuan untuk anak mereka.

3. Syarat wajib menjadi anak susuan

a. Bayi tersebut mestilah berumur 2 tahun ke bawah.

b. 5 kali kenyang – 5 kali kenyang ini bermaksud, 5 kali menyusu dan setiap penyusuan ibu itu haruslah sehingga bayi itu benar-benar puas , nampak kenyang, tidak meragam dan jika ada sendawa ianya boleh dijadikan panduan sebagai kenyang.

4. Hukum Maram antara anak susuan dan adik beradik susuan

a. Adik beradik susuan tidak boleh berkahwin

b. Anak susuan tidak boleh berkahwin dengan nenek/atuk disebelah ibu dan ayah susuan

c. Anak susuan tidak boleh berkahwin dengan ayah susuan

d. Tidak boleh berkahwin dengan adik beradik kepada ibu dan bapa susuan

e. Haram berkahwin dengan anak kepada ayah susuan yang berlainan ibu. maknanya jika ayah susuan tu ada berkahwin 2 atau lebih, tidak boleh berkahwin dengan anak ayah susuan tersebut. Dalam bahasa lain ianya bermakna anak tiri ibu susuan la (begitu juga dengan anak kepada ibu susuan dengan suami terdahulu atau terkemudian (jika berlaku perceraian).

f. Tidak boleh berkahwin dengan anak perempuan kepada adik-beradik susuan lelaki atau perempuan

Nota: Yang lain-lain saya tak ingat sangat. Rugi tak rakam masa tu. Kepada yang arif dalam hukum hakam ni, kalau ada kesilapan disini, minta betulkan. Terima kasih.

5. Pembahagian harta dengan anak susuan

Hukum mahram anak susuan dengan adik beradik dan ayah/ibu susuan hanya setakat hubungan nikah kahwin dan tidak termasuk dalam pembahagian harta. Namun begitu, adalah tidak salah jika ayah susuan ingin menyerahkan sebahagian hartanya kepada anak susuannya. Maknanya di sini ialah anak susuan tidak termasuk dalam hukum farait.

6. Lain-lain

- Adalah haram jika adik-beradik susuan memandang satu sama lain dengan perasaan berahi

- Jika mereka berkahwin tanpa mengetahui mereka adalah adik beradik susuan, mereka perlu dipisahkan (apa istilah dalam Islam ni yer?). Ustaz tersebut ada juga menyebut mengenai tindakan yang perlu diambil jika mereka tidak boleh dipisahkan tetapi saya dah terlupa apa dia. Jika ada yang tahu, minta email saya supaya saya boleh update info untuk pengetahuan bersama.

7. Apa hukumnya kalau suami terminum susu isteri?
Tidak mengapa dan hukumnya harus, dan tidak akan menjadi anak susuan kerana salah satu syarat wajib menjadi anak susuan ialah 2 tahun ke bawah. Suami confirm dah lebih dpd 2 tahun umurnya.

Disclaimer:

1.Saya izinkan untuk anda kongsikan ilmu ini bersama rakan-rakan yang lain. Sila link kan semula ke blog saya supaya jika ada soalan atau percanggahan atau pembaharuan fatwa, saya boleh update.

2.Jika ada percanggahan atau kesilapan dalam penulisan saya mengenai hal ini, saya mohon agar email saya di zatul@babynme.com.my agar saya boleh membetulkan fakta dan hukumnya.

Terima kasih.

 

Nota Terkini (31 Januari 2012) :

Telah ada fatwa terkini yang dikeluarkan hasil daripada muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011. Boleh baca di artikel terkini BABY N ME (sila klik)   atau laman web e-Fatwa (sila klik).

Harap maklum.

Salam Kasih,

Perjuangan kita mungkin sama

Assalamualaikum,

Anda ada sesuatu yang diperjuang dalam hidup anda? Maksud saya, anda memperjuangkan sesuatu yang hanya sedikit kepentingannya dengan diri dan keluarga anda?maksud saya dari segi menjana pendapatan keluarga

Saya ada. Saya berjuang demi memertabatkan penyusuan ibu atau breastfeeding kata orang putih. Saya mendambakan diri untuk breastfeeding sejak tahun 2005. Sejak saya masih mengandung. Waktu itu saya mengajak kawan-kawan dan sedara-mara yang sama mengandung untuk mengenali apa itu susu ibu. Masa tu saya tidak jumpa forum-forum berkenaan susu ibu. Saya buta forum masa tu. Cuma pada tahun 2006, selepas selesai berpantang, saya mula mengenali forum susuibu.com dan website website lain yang berkaitan.

Sehinggalah saya kini mempunyai 2 anak yang sudah pun melepasi waktu /tempoh penyusuan ibu, saya masih lagi memperjuangkan susu ibu. Ramai yang bertanya pada saya bila tahu passion saya dalam breastfeeding, “aikk, anak dah tak menyusu pun masih lagi berjuang untuk breastfeeding?”

Adakah saya berjuang kerana nama? Sudah tentu tidak. Saya hanya ingin lihat generasi kita yang akan datang mempunyai kesihatan yang baik dan lain-lain benefit yang dapat diperolehi hasil daripada penyusuan ibu.

Hala tuju saya satu, ingin mempromosi susu ibu dan menyampaikan maklumat yang betul mengenai penyusuan ibu serta membantu ibu-ibu dalam menjayakan penyusuan ibu. Mungkin ada dikalangan anda sama perjuangannya dengan saya. Marilah kita berjuang bersama sebab lebih ramai yang bersuara, maka lebih kukuhlah dan kuatlah sesuatu perkara.

Jika ada ibu diluar sana yang berminat untuk bersama berjuang, nasihat saya carilah ilmu dan dapatkan kepastian dan jawapan bagi setiap persoalan yang ada mengenai susu ibu. Jangan sampaikan ajaran sesat akibat daripada salah fahaman kita.

Juga jagalah tutur kata dan jangan sampai menyentuh dan menyinggung hati ibu yang tidak dapat/tidak berjaya/tidak menyusukan bayi mereka.  Etika yang satu ini perlu dijaga.

Doa saya semoga perjuangan kita diberkati Allah SWT. Semoga kita satu arah, satu tujuan dan saling menyokong antara satu sama lain. Jangan ambil peduli dan persoalkan apa yang orang lain sudah buat untuk penyusuan ibu tapi kita perlu ambil berat dan teliti  ‘apa yang kita boleh dan sudah sumbangkan dalam memartabatkan penyusuan ibu‘. Jika kita fokus, kita akan lebih berjaya.  Insya Allah…

Allah itu maha mengetahui dan Insya Allah, besar ganjarannya buat kita  kerana memperjuangkan sesuatu yang diminta oleh agama.

Salam Kasih,

logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
April 2011
M T W T F S S
« Mar   May »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.