Naluri Keibuan
Assalamualaikum,
Tengahari tadi macam biasa saya melakukan rutin harian saya, iaitu mengambil Qistina balik sekolah dan menghantar dia semula ke Nursery selepas kami lunch. Kebetulan sewaktu saya nak balik ke pejabat, saya terserempak dengan satu kemalangan kecil antara 2 buah kereta (teksi & kereta penumpang) dengan sebuah motosikal.
Ketika saya sampai di tempat kejadian, saya lihat ramai orang dah kerumun motosikal tersebut. Membantu mengangkat si ayah dan juga anak kecil yang beruniform sekolah rendah. Saya agak umur kanak-kanak tersebut mungkin dalam darjah 2 atau 3. Mungkin kah dia cedera? Saya lihat raut wajah kanak-kanak tersebut begitu tenang (betulkah dia tenang atau dia sedang tergamam bila melihatkan ayahnya ketika itu masih dibantu orang ramai untuk bangun dari timpaan motosikal tadi? Saya lihat ada seorang lelaki begitu beria-ria menanyakan keadaan kanak-kanak tersebut.
Tanpa saya sedar, air mata saya mengalir. Tiba-tiba saya rasa risau dengan keadaan kanak-kanak tersebut. Argghh..perasaan keibuan saya cepat tersentuh biarpun yang ditimpa kemalangan itu bukan anak saya. Sedih pula rasanya bila melihat wajah anak tadi sayu melihat ayahnya diatas jalan raya. Teringat pada anak-anak saya. Semoga dijauhkan sebarang kemalangan menimpa anak-anak saya.
Doa saya semoga si ayah selamat dan tidak cedera. Kalau cedera pun biarlah hanya cedera ringan. Semoga kanak-kanak itu selamat.
You all, pesan saya, hati-hati dijalan raya. Gunakan tali pinggang keledar bila naik kereta dan pakai topi keledar bila menunggang motosikal. Semoga Allah akan lindungi kita semua setiap masa.
Amin.
Salam Kasih,

saya jug apaling tidak tega jika sesuatu terjadi pada anak-anak, karena teringat akan anak saya. Jika anak saya yang menerima kecelakaan itu pasti saya akan sangat sedih dan terpukul sekali, Naudzubillah min zalik. Semoga Allah selalu melindungi kita semua..amin
amin