Archive for June 21st, 2010
SGM kali 1 LHDN Jalan Kg Attap
Salam,
Jumaat lepas Saya ke LHDN. Memenuhi undangan sahabat saya Zarina aka Mamidamia. Zarina ni saya kenal melalui susuibu.com dan kami jadi rapat semasa menjalani Kursus Laktasi 18 Jam (skang ni 20 Jam) di PPUM pada awal tahun 2008 (masa tu saya tengah peknenkan Qaisara).
Selain saya, ada hayatie aka THA yang hadir. SGM kali pertama ini tak begitu ramai dan dan hanya 4 orang yang hadir selain kami bertiga. Tak pe lagi kecil group, lagi senang nak handle dan juga semakin rapat.

Kalau dah jumpa Zarina dan Yatie THA, hummm..memang la banyak citer..akak sampai terbabas la sebab syok sembang..
kepada Zarina, Tahniah kerana berjaya organised SGM kali ni. Semoga selepas ini, akan ramai lagi yang akan hadir SGM di LHDN.
mood: terasa cam nak buat SGM dengan warga TM Annexe jer..ada ke yang nak datang ni? nanti Aii tampal la iklan SGM kat papan notis kesayangan Aii kat lobby bawah tu…
Salam kasih,
Baby dalam perut
Salam,
last week saya melayan anak-anak menonton kartun-kartun dan juga video video kucing yang lucu-lucu di you tube. Sekali sudah keluar la pulak ayat dari mulut si kakak. sudah tanya satu soklan yang membuatkan ummi telan ayaq liur utk jawab..kena pikir panjang ni wehhh…
Dia sudah tanya ini soklan la ” ummi macam mana baby keluar dari perut?” hua hua hua.
Aii terkedu la bila dengar soklan ni..teringat cerita kengkawan masa anak-anak derang tanya soklan cam ni..Apa nak jawab ni? Otak saya ligat berpikir sebab si kakak ni asyik ulang soalan tu jer..
Akhirnya saya bukakan satu video 3D bagaimana baby keluar dari perut utk tatapan Qistina yang saya cari dari internet. saya kata baby duduk dalam sarung aka rahim ibu masa kat dalam perut dan bila dia nak keluar, dia keluar dari sarung tu la.
huh! sure dia blom paham tapi saya rasa dah tak releven dah pada zaman sekarang ni nak cakap baby keluar kot awan ka, dari langit mana tah.. So tunjuk video. Saya cakap nanti kalau baby nak keluar, perut sakit.
Walaupun dia agak blurr dengan apa yang saya terangkan tapi dia tetap angguk kepala dia. Harap satu hari nanti dia akan paham ler..
Pas tu saya selit sikit nasihat agar jangan beri orang pegang atau sentuh ” ehemm” dia sebab nanti boleh keluar baby… Aduyaiii..cepat beno ke Aii beri pendidikan seks ni pada anak Aii? tolong komen skett..
Salam kasih,









