Archive for June 8th, 2010
Ujian Allah
Salam,
Semalam saya kerja di luar dan berpanas di sekitar Kajang. Bangun saja pagi ni, saya telah diserang sakit tekak dan selema dah makin worst.
Menjelang pukul 10 pagi badan telah panas.
Hari ini juga perlu bekerja di tengah panas.
Esok dan lusa juga. Esok di sekitar Kuala Langat dan lusa pula di sekitar Klang/Shah Alam.
Aduh..memang tak baik la demam saya ni..
Doakan saya supaya cepat sembuh ya kerana Ahad ini, saya akan beri talk di Hospital Bersalin Razif, Taman Sri Andalas, Klang. Insya Allah. Kalau tak sihat cam ner nak berdiri dan bercakap selama 1 jam. Insya Allah, sembuh la dengan cepat hendaknya. Aminnn
Salam Kasih,
Adik saya Dah kahwin!
Salam,
Pada 28 Mei yang lalu, keluarga saya menerima ahli baru. Huh teruja rasanya bila buat pertama kalinya salah seorang daripada adik saya, Dilla telahdiijabkabulkan dengan pilihan hatinya. Walaupun sudah bergelar kakak ipar kepada adik suami saya, inilah kali pertamanya saya bergelar kakak ipar kepada suami adik saya sendiri.
Ini juga kali kedua parents saya menerima menantu. Yang pertama, dah tentu hubby saya ler
Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar walaupun pengantin lelaki agak lewat tiba kerana banjir di Batu 3, Shah Alam akibat daripada hujan lebat yang turun pada petang tersebut.
Oh, ya. Kami belum buat keduri untuk meraikan pengantin. Dewan sumer penuh la. Hanya dapat tempah galeri Shah Alam pada tengah bulan julai nanti.
Dah bergelar isteri dah adik saya..dah bertambah besar dah tanggungjawab sekarang sekarang.
Tahniah kepada Dilla & Fariz. Semoga bahagia hingga ke syurga. Semoga hidup aman damai, hormat menghormati, sayang menyayangi, kasih mengasihi, jujur antara satu sama lain dan saling tolak ansur dalam melayari bahtera rumahtangga.
Tahniah!
Salam Kasih,











