Archive for August, 2009
Peraduan Gambar ‘Penyusuan Susu Ibu “
Assalamualaikum,
Suka di maklumkan bahawa BABY N ME kini menganjurkan peraduan tentang penyusuan susu ibu. Keterangan peraduan adalah seperti berikut:
Tema : Gambar berkaitan Penyusuan Susu Ibu (Tak kira la gambar anda sendiri, adik, kartun atau sebagainya. Asalkan sedang menyusukan bayi. Saiz gambar jika boleh, jangan terlalu besar yer. Gambar juga perlu asli dan bukan diciplak atau diambil daripada internet!)
Tarikh tutup: 30 September 2009
Sila hantar ke admin@babynme.com.my sebelum atau pada tarikh tutup yang tertera diatas.
1 x Hadiah Utama:
GNC Fenugreek Pil bernilai RM62.90
2 x Hadiah Saguhati : Buku Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya
Selamat mencuba!!
BF TALK Di Seminar Keibubapaan ‘Ibu Bapa Bijak, Anak Sihat’
Assalamualaikum dan Salam Mesra,
Emm..Nak ceita mengenai Sabtu lalu dimana saya telah memberi talk untuk Seminar Keibubapaan di Banting. Tema seminar ini ialah Ibu Bapa Bijak, Anak Sihat. Saya sampai di Sana seawal 8 pagi. Tajuk yang saya sampaikan ialah Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Bekerjaya. Audience? Terkejut saya sebab saya ingatkan hanya di dewan kecil & hanya 30 ke 40 peserta sahaja. Tapi bila saya sampai di sebelah TESCO Banting, terkejut saya tengok besarnya dewan dan banyaknya kerusi. Bila di tanya dengan Sister Azizah dari Pusat Kesihatan Banting berapa jumlah peserta, jawab Sister Azizah ’1000 peserta’.. Mak uihh..Ketar juga la saya sebab kali pertama berdepan dengan peserta yang begitu ramai. Selain saya, Dr. Ismail Tambi & seorang ustaz (tak ingat nama) yang agak glamer juga turut memberi talk di Seminar yang sama. Ustaz tu sebenarnya menggantikan Dato’ Ismail Kamus yang tak dapat menghadirkan diri pada hari tersebut (cam saya juga la, kan). Session saya di awal pagi. Peserta masih fresh dan belum boring sebab saya yang terawalkan. Saya jadi lebih bersemangat bagi talk ni bila nampak ada kaum bapa yang mengangguk-anggukkan kepala tanda setuju dan begitu kusyuk mendengar bila saya mengeluarkan fakta-fakta mengenai kebaikan susu ibu dan cara-cara mengendalikan ebm. Gambar semasa saya beri talk tak dapat diambil kerana saya datang seorang diri saja ke sana, jadi tak ada orang yang nak ambil gambar semasa saya memberi ceramah. Jadi hanya gambar peserta yang dapat saya ambil.


Oh ya, Dr. Ismail Thambi dalam ceramah beliau juga banyak menyentuh tentang kebaikan-kebaikan dan lebihan penyusuan Susu Ibu. See.. Susu Ibu memang The BEST!!!

Dr. Noraziani, Pn. Zatul, Dr. Ismail Thambi, Pegawai Agama JAIS
Saya dapati, kebanyakkan ibu di Banting, memang nak menyusukan baby selepas kembali bekerja tapi ramai yang kurang pengetahuan mengenai cara mengendalikan ebm dalam tempoh waktu keluar bekerja. Semasa saya masuk ke tandas untuk mencuci tangan, ramai ibu yang menegur dan bertanyakan secara berdepan (agaknya mereka malu nak tanya masa saya beri talk sebab ramai sangat orang kot) soalan-soalan mengenai cara pengendalian ebm dan cara nak memerah. Saya sangat teruja dengan pertanyaan mereka ini sebab daripada pertanyaan-pertanyaan mereka ini, saya dapat simpulkan sebenarnya ramai ibu di Malaysia ni nak terus menyusukan baby selepas kembali bekerja tapi akibat daripada kekurangan ilmu, maka niat tersebut terbantut dan mai setakat itu sahaja. Nampak gayanya kerajaan perlu lebihkan usaha dalam mempromosikan Penyusuan Susu Ibu bagi Ibu Bekerjaya kalau nak menambah bilangan yang menyusukan bayi secara esklusif. Kami NGO yang menyokong Breastfeeding juga akan bantu sedaya upaya yang kami boleh.
Di seminar ini saya juga diberi booth untuk memperkenalkan produk-produk berkaitan penyusuan Susu Ibu. Oleh kerana saya datang seorang diri saja, maka booth saya ni dijaga oleh nurse-nurse dari Pusat kesihatan Tanjung Sepat yang baik hati dan cantik-cantik belaka. Terima kasih yer.. Ini la mereka..

Sempat juga la saya bergambar dengan mereka di booth Penyusuan Susu Ibu semasa saya sibuk pam susu selepas selesai memberi talk.


Sampai takat ini dahulu, jumpa lagi di lain kali yer..
Note: Laptop Bonda Q masuk spital sejak Jumaat lalu.. Hard drive kena reformate semula..
Mood : sedih L sebab tak sempat nak transfer gambar anak-anak yang banyak giler kat dalam tu..
Salam Breastfeeding buat semua,
Hari Susu Ibu, Bowling Tournament, BF Talk Di TESCO Banting & Alumni Politeknik 1 Malaysia
Assalamualaikum & Salam Mesra,
Minggu yang lepas terlalu banyak jemputan untuk acara yang berkaitan dengan World Breastfeeding Week. Daripada jemputan Majlis Sambutan Breastfeeding Week di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Forum Breastfeeding di KPJ Selangor Specialist Hospital, Shah Alam, Hari SusuIbu.com di Kajang dan Majlis Say Yes To Breastfeeding oleh Dmoms N Baby Links (Breastfeeding Support Group) di KL Sentral. Akhirnya saya hanya dpt menghadirkan ke majlis Hari Susu Ibu di Kajang. Itu pun hanya sekadar berada dalam 2 jam sahaja di sana kerana saya dan keluarga terpaksa berkejar pula ke Plaza Ole-Ole di Seksyen 18, Shah Alam untuk Bowling tournament yang dianjurkan oleh opis hubby. Tak sempat langsung nak jengah ke majlis Dmoms N Baby Links di KL Sentral. Majlis Hari Susu Ibu memang meriah dan saya juga tak lepas peluang untuk ambil bahagian dalam acara yang di anjurkan..hahahaha..sampai-sampai jer terus naik pentas ambil bahagian untuk baby merangkak & kemudian babywearing plak.. Dapat la jumpa kawan-kawan & mentor-mentor dalam dunia penyusuan..

Dr. Nazatul Shiha, Pn. Zatul Hijanah & Pn. Rita Rahayu

Pn. Ida Murni, Pn. Zarina & Pn. Zatul Hijanah

Pn. Zatul Hijanah & Pn. Nor Kamariah (IBCLC)
Sabtu akan datang ini pula (15 Ogos 2009) saya telah dijemput oleh Hospital Banting untuk memberi ceramah mengenai Penyusuan Ibu Bekerjaya di TESCO, Banting. Terima kasih pada Puan Rita Rahayu (Kak Rita, thanks a lot) di atas recomendation yang beliau berikan.
Selepas majlis tersebut, petangnya pula saya terpaksa bergegas bertolak ke Ipoh, Perak bagi menghadiri Majlis Perjumpaan Alumni Politeknik Satu Malaysia di Politeknik Ungku Omar, Ipoh yang akan diadakan pada keesokan harinya, Ahad (16 Ogos 2009). Ini bagi melaksanakan tugas saya sebagai wakil kepada Alumni Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA), Shah Alam. Saya merupakan AJK Biro Ekonomi dalam Alumni PSA (kepada bekas pelajar PSA, please contact saya sebab saya sedang mencari bekas-bekas pelajar PSA untuk dikumpulkan bagi ALUMNI PSA. Banyak acara nak buat ni such as dinner and etc la. Contact yer!)
Emmm..Sibukkan seorang saya ini? Rasanya daripada awal tahun hingga kini saya masih belum ada cuti lagi. Penat memang penat tapi heran juga la sebab badan saya tak juga turun beratnya. Makin naik ada la..Naper ekk? Hahahaha..cuba tolong saya fikir-fikirkan sebabnya, boleh?
OK la. Nanti kita jumpa lagi nanti.
Salam Kasih
Zatul Hijanah Ramzi
Certified Lactation Counselor
p/s: ada sesiapa nak joint breastfeeding support group
1) Malaysian Breastfeeding Mom (MBM) – Kalau ada boleh hubungi Pn. Suraya (Lunatots) atau Pn. Farah (Sarakids)
2) Dmoms N Baby Links – Kalau ada hubungi talian 03-89488944
Pengumuman – Penangguhan Kelas Asas Penyusuan
Assalamualaikum,
Dukacita dimaklumkan bahawa kelas asas Penyusuan bagi expected parents terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian kerana saya perlu memenuhi undangan untuk memberi ceramah berkaitan Penyusuan Ibu Bekerjaya oleh Hospital Banting di TESCO, Banting pada hari yg sama.
Salam Kasih,
Bonda Q d;D
Kelas Asas Penyusuan untuk Expecting Parents
Assalamualaikum,
Baby N me akan mengadakan satu kelas Asas penyusuan untuk ibu & ayah yang sedang menanti kelahiran cahayamata mereka dan yang ingin belajar mengenai asas penyusuan. Anda berpeluang untuk bertanya dan berbincang hati ke hati dengan pengasas Baby N Me semasa sessi kelas nanti. Pasangan adalah sangat-sangat digalakkan untuk hadir bersama di dalam kelas ini. Berikut adalah butiran kelas tersebut;
tarikh : 15 Ogos 2009 (Sabtu)
Masa : 10 pagi hingga 1 tgh
Tempat : Showroom Kecil Baby N Me, Bandar Putera, Klang (Sebelah KESAS Highway)
Yuran : RM20 seorang
Minuman ringan akan disediakan oleh pihak Baby N Me
Pendaftaran ke kelas ini boleh dibuat dengan menghantar maklumat anda & pasangan ke admin@babynme.com.my. Pembayaran pula boleh dibuat ke akaun yang tersebut dibawah
Maybank Account : 564306-012291
(BONDA Q ENTERPRISE)
CIMB Account : 14200021946529 (ZATUL HIJANAH RAMZI)
Sila emailkan bukti pembayaran anda ke admin@babynme.com.my sebelum 14 Ogos 2009.
Semoga kita akan dapat memanfaatkan dan berkongsi ilmu yang sangat berharga ini.

Salam Kasih.
Zatul Hijanah Ramzi
Certified Lactation Counsellor
Forum sempena World Breastfeeding Week
Assalamualaikum,
Sebagai salah seorang dpd kumpulan sokongan bagi KPJ Selangor Specialist Centre (SMC), shah Alam, saya ingin war-warkan yang satu forum akan diadakan sempena Minggu Penyusuan yang akan dianjurkan oleh pihak KPJ Selangor Specialist Centre (SMC). Acara tersebut akan diadakan di
Tempat : Carlton Hotel, Shah Alam (dekat Tesco)
Tarikh : 7 Ogos 2009 (Jumaat)
Masa : 2.00 ptg – 4.30 ptg
Speaker : Antaranya
1. Datuk Dr. Zul(Pead & Mantan Positif Parenting)
2. Pn. Kamariah, IBCLC (susuibu.com)
3. Pn. Wardina Safiyyah
4. Seorang ustazah
Forum ini adalah percuma namun begitu untuk menghadirinya anda perlu membuat pendaftaran terlebih dahulu. Oleh itu, kepada yang beminat, anda bolehlah membuat pendaftaran melalui saya di Blog Baby N Me di ruangan komen di bawah tajuk ini dengan memberikan butir-butir diri anda seperti
Nama :
No. Tel:
No IC:
Pendaftaran perlu dibuat selewat-lewatnya pada hari Rabu bersamaan 5 Ogos 2009. Anda boleh membawa En. Suami & juga Baby tersayang bersama-sama anda!
Sekian, terima kasih.
Zatul Hijanah Ramzi
www.babynme.com.my








