Archive for July, 2009
Artikel Saya & ruangan Soal Jawab Laktasi di majalah MAMI & BABY
Assalamualaikum & salam ceria,
Akhirnya keluar lah sudah artikel yang telah saya submit pada awal June yang lalu di majalah Mami & Baby. Juga ruangan Soal jawab Laktasi yang akan dijawab oleh saya sendiri di majalah tersebut. Sebenarnya, persetujuan untuk bekerjasama dengan majalah ini terjadi sejak pada akhir bulan April 2009 yang lalu. Sepatutnya artikel & ruangan soaljawab tersebut akan keluar pada bulan Julai namun begitu, pihak majalah memindanya pada Ogos kerana bersempena dengan Minggu Penyusuan Susu ibu pada 1 – 9 Ogos ini. Maka ini lah hasilnya..Anda akan nampak nama saya berada di cover majalah tersebut. Oh ya, isu kali ini cover modelnya ialah Puan Linda Jasmine yang sedang sarat mengandung.


Insya Allah, kerjasama saya dengan majalah Mami & Baby ini akan berterusan pada setiap isu & bulan. So anda akan melihat saya di majalah Mami & Baby untuk berapa lama yer? Harapnya selama yang boleh la, kan..Niat saya hanya satu, iaitu ingin membantu ibu-ibu di luar sana untuk berjaya menyusukan si manja tersayang..Sejujurnya saya katakan, saya juga seperti ibu-ibu yang lain, masih lagi belajar dan belajar mengenai breastfeeding. Terlalu banyak yang perlu di cover bila menyebut mengenai breastfeeding. Terlalu luas.. Terlalu banyak keadaan & kemungkinan dalam menyelesaikan masalah berkaitan breastfeeding. Saya amat susah hati & tak senang duduk jika ada ibu yang bertanyakan soalan dan saya tidak dapat memberikan jawapan dengan segera… Bukan mudah untuk memberikan jawapan yang segera kerana jika tersalah beri jawapan, masalah ibu tersebut akan bertambah teruk. Begitu juga jika maklumat berkaitan ibu dan bayi tidak kita ketahui dengan lengkap..Jadi saya amat menghargai & mengalu-alukan soalan daripada anda, agar ilmu yang ada akan bertambah & dapat kita kongsi & gunakan bersama nanti.
Oh ya, jangan lupa yer dapatkan Mami & Baby Isu Ogos 2009 ni..banyak info berguna..dan juga jangan lupa berkunjung ke Mini Karnival KLfm di Angkasapuri pada 1 ogos 2009 ni dari 8.30 pagi – 5 petang..saya berundur dulu buat kali ini yer…
More info boleh rujuk www.mamibaby.com.my
Salam kasih.
Mini Karnival KLfm Di Angkasapuri
Assalamualaikum,
Just nak ajak kawan-kawan yang diluar sana untuk meramaikan lagi acara mini KLfm yang akan diadakan di Angkasapuri. Saya serta krew BABY & ME akan turut ada bersama memeriahkan acara tersebut. Antara acara yang bakal diadakan ialah seperti berikut:
Tarikh : 1 Ogos 2009 ini (Sabtu)
Tempat: Padang Semarak, Angkasapuri
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Aktiviti : Anda boleh
1.Temui dj-dj KLfm
2. Sertai karaoke
3. Gerai-gerai jualan
Sekiranya anda ingin bertemu dengan saya dan mendapatkan breastfeeding consultation pada hari tersebut, adalah sangat-sangat dialu-alukan kerana saya sangat suka bila bercakap mengenai Breastfeeding..
Kita Jumpa kat sana yer..Nanti saya update cerita tersebut. Oh ya, doakan saya sembuh dengan cepat kerana dah 3 hari saya demam & selsema..
Salam Kasih..Muahh!
Shopping kat JUSCo, Bukit Tinggi, Klang
Assalamualaikum,
Saja nak cerita pasal ahad lepas.. hahahaha.. dah nak cecah Ahad baru dah, baru nak cerita pasal Ahad lepas ekk..Al-kisah malam pada hari saya memberi breastfeeding talk di Kolej Komuniti (nantyi saya cerita kemudian yer pasal event tu), Mama, Papa & siblings dating ke rumah saya. Datang ziarah nak jumpa cucu dan nak jalan-jalan.

So Ahad tu saya bawa la Mama & Adik-adik + Anak-anak ke JUSCO Bukit Tinggi Klang. JUSCO ni dengan umah saya tak la jauh.. dalam lebih kurang 7 KM jer..Cari la baju kecik, baju besar, dalam, luar, kasut, bantal, comforter set + segala macam yang boleh dibeli bagi mengabihkan duit adik saya (hahaha, Angah orang kaya). Sampai nipis la duit adik saya membelanja kami semua. Kesian Angah, sebab dapat kita orang as siblings..Asyik nak perabih boreh kau jer kan..Tapi Thank You very much sebab belikan bebudak tu baju raya (puasa belum lagi tapi baju raya dah beli)..


Bila dalam syok shopping kat JUSCO tu tetiba Qistina plak buat hal..menangis nak tanggal baju..Nak pakai pampers jer…sabo jer laaa..Memula we all tak layan tapi huh, tak larat nak layan tangisan dia, so terpaksa la buka juga.. Jadi kalau anda terlihat adegan kat bawah ni pada hari tersebut, jangan pelik la yer..Itu anak saya yang sedang dilayan oleh Mama saya.Sedang nak membolenkan diri sebab dah rimas. Saya? Saya jadi Photographer
.



Bila disiasat rupa-rupanya anak saya nak poo poo..hahahaha..patut la gelabah puyuh nak bukak baju & seluar…Saboo jer..
Salam Kasih
KURSUS PENYUSUAN IBU BERKERJAYA DI KOLEJ KOMUNITI, KUALA LANGAT
Assalamualaikum, juat nak inform mommies kat luar sana. Meh la beramai-ramai joint course ni…Info adalah seperti kat bawah:
Satu kursus Penyusuan Susu Ibu Berkerjaya akan diadakan di Kolej Komuniti, Kuala Langat. Berikut adalah butir-butir berkaitan :
Kursus : Penyusuan Eksklusif Bagi Ibu Berkerjaya
Tarikh : 18 Julai 2009 (Sabtu)
Masa : 8.00 pagi – 1.00 tgh (5jam)
Tempat : Kolej Komuniti Kuala Langat, Banting.
Yuran : RM10 sahaja (termasuk makan)
Penceramah : Pengasas BABY N ME (Saya ler tu hehehe)
1)Pengenalan Penyusuan Ibu – pengenalan, kepentingan, cara penyusuan yang betul, teknik2 penyusuan
2)Penyusuan bagi ibu berkerjaya – sebelum & selepas mula berkerja (pengendalian ebm)
3)Masalah2 penyusuan – Mitos penyusuan susu ibu, penyusuan semasa berpuasa, penyusuan ketika stress, penyusuan ibu ketika hamil
Kepada sesiapa yang berminat sila emel Pn. Rohayu di rohayu@kkkla.edu.my atau 03-31202030 ext 307 atau 012-2493359.
P/S: Jumpa kat sana nanti…
LATCH ON BY AMEDA
Lacth On Video For Education
Video ini sebagai satu medium untuk ibu-ibu yang baru nak belajar bagaimana untuk menyusukan bayi mereka. Pelekapan amatlah penting dan perlu diambil berat jika ingin berjaya dalam penyusuan susu ibu.
Lagi di Fitnah
Salam Kasih,
Hari ni saya sedikit emosi kerana pagi saya dimulakan dengan perasaan geram sebab Qistina buat perangai semasa hendak ke nursery. Saya pergi ke pejabat dengan rasa kesal dan macam nak cuti la. Sebabnya bila Qistina buat perangai pagi tadi, saya dah marah dia. Saya kesal kerana saya gagal mengawal emosi dan mangsanya anak. Kena marah. Saya sebenarnya kalau boleh mengelak untuk memarahi anak tapi yerlah dalam kelam kabut hendak ke pejabat (hahaha, ini alasan jer ni), ter emo plak. Kesian Qistina. Rasa macam nak bawa balik Qistina dan duduk peluk dia seharian pulak..Terbayang-bayang muka dia sedih bila kena marah..teringat-ngatkan air matanya yang jatuh kat pipi tu..Kesian dia..
Kita tinggalkan la dulu cerita tu ekk. Ni saya nak buat penjelasan sedikit. Malam tadi saya menerima panggilan telefon bertanyakan soalan samada benar atau tidak saya memberikan susu formula kepada anak saya (thanks dear coz you bertanya terus pada I. Appriciate sangat).
Disini saya ingin menjelaskan kepada semua, yang saya mempunyai 2 anak permpuan. Yang sulung 3 tahun ++ dan yang kedua masih 9 bulan n going to be 10 months dalam masa terdekat. Ya, Anak sulung saya, Qistina memang sekarang ini minum susu formula kerana dia sudah 3 tahun ++. Sebelum ini saya menyusukan dia dengan SUSU SAYA selama 1 1/2 tahun. Anak kedua saya, Qaisara, sehingga kini masih lagi saya susukan dengan SUSU BADAN SAYA yakni SUSU IBU dan ditambah dengan solid food. Belum pernah saya dan suami cuba atau ingin memberi susu lain selain susu ibu. Walaupun saya sibuk dan sentiasa berada diluar rumah tanpa anak saya disisi, saya masih berpegang kepada penyusuan susu ibu. Suami, ibu saya, ayah saya, malah adik beradik saya serta keluarga mertua dan juga sedara mara saya juga faham dengan prinsip saya dalam penyusuan susu ibu dan tidak pernah ragu-ragu membantu saya dalam memberikan susu ibu kepada Qaisara.
Entah dimana silapnya, ada pula timbul cerita saya memberikan susu formula kepada anak saya. Adakah ini sebagai salah satu serangan peribadi untuk menjatuhkan nama baik saya dan juga BABY N ME? Ntah lah. Hairan.
Kalau masih tak percaya, boleh bertanya kepada pengasuh di Nursery anak saya . Boleh bertanya kepada mereka, samada saya memberikan susu ibu atau susu formula kepada Qaisara. Juga boleh tanya kepada kawan-kawan sepejabat saya, adakah saya masih memerah susu ibu dalam waktu pejabat. Cubalah tanya.. Ketika saya menjalani kursus dimana juga dan juga sewaktu bekerja diluar pejabat, saya juga masih memerah susu saya di mana juga yang sesuai untuk saya bekalkan kepada Qaisara. Kalau tak percaya cuba tanya pada kakitangan PUNB yang sesurau dengan saya masa saya memerah susu ibu untuk Qaisara(kalau saper ingat tarikhnya 7 & 8 Julai 2009). Stok susu juga masih ada dalam freezer..Ntah la kan, manusia ni..segala macam perangai dan niat..
Kepada yang ingin bersaing tetapi menggunakan taktik kotor, saya harap anda muhasabah diri kerana ingatlah yang Allah dah agih-agihkan rezeki tu sama rata. jadi tak perlu risau dengan persaingan.. Bersainglah dengan sihat..
Bila difikirkan kembali, saya rasa kelakar kerana siapalah saya ni.. Glamer idak, lawa idak, comey pun idak, banyak duit pun tidak apatah kaya, lagi idak..tapi masih ada yang rasa saya ni satu ancaman. Bagus jugakan sebab sekurang-kurangnya saya tahu, ada juga yang mengikuti perkembangan saya dalam diam dan saya dapat tahu kewujudan saya juga disedari oleh orang lain..hehehehe..
Bubye.. Breastfeeding is Bestfeed!!

Kursus Health, Safety & Enviroment Serta PUNB
Assalamualaikum ,
Hari ni Saya telah memulakan hari seawal 4.30 pagi. Rutin biasa la tu kan.. Handle apa yang patut sebelum berangkat ke melaksanakan tuntutan kerjaya. Dalam tempoh 3 hari ni saya agak sibuk sikit. Saya akan berkursus selama 3 hari. 1 hari utk HSE di Wisma Goshen, Plaza Pantai di Jalan Pantai Baharu dan 2 hari dengan PUNB di KL Sentral. Jadual padat beb.
Saya juga masih belum hantar aritkel dan jawapan kepada ruangan soal jawab untuk bulan September 2009 ni ke majalah. Artikelnya dah siap cuma jawapan kepada ruangan soal jawabnya juga masih belum berjawab.. Slide untuk presentatation bagi Breastfeeding talk juga masih dalam pembikinan..hahaha..rasa macam nak pecah kepala bila banyak kerja ni.. tapi tak per..Orang kata busy is good. Memang good..tapi letihnya Allah saja yang tahu. Kesian kat my dearest husband sebab kena look after our babies. Bang, mekasih yer kerana memahami..
Ok la, saya nak solat Subuh dulu. Insya Allah, walaupun sibuk, saya akan cuba update blog ni sekerap yang mungkin. Insya Allah..
BREASTFEEDING AT PUBLIC
Assalamualaikum,
hari ni saya nak bercakap mengenai menyusu di tempat awam..mengapa tajuk tu dalam bahasa inggeris yer? Hehehe..sebabnya saja nak bagi gempak sikit..
Kebanyakkan ibu di Malaysia memang jarang kelihatan menyusukan si Permata hati di khalayak ramai. Berbagai bagai alasan yang diberikan supaya tidak menyusu di khalayak ramai. Segan, malu, takut orang nampak, baju tak sesuai, hubby marah dan macam-macam lagi.. Maka terpaksalah cari tempat yang sesuai dan tersorok bila nak menyusukan si permata hati.. Dalam masa mencari tempat yang sesuai mungkin bayi kita dah pun menangis dengan kuat kerana kelaparan dan lambat diberi susu. Bila mood baby dah tak ada dan kita pula cuba untuk offer breast kita pada baby, akan berlaku lagi rejection oleh baby. Sebabnya, Baby dah pun merajuk.. Penyudahnya Mak & Baby sama-sama dah tension..Tak bestkan?
Oleh itu, adalah sangat penting, kita sebagai ibu yang menyusu bayi memakai pakaian yang bersesuaian dan sentiasa bersedia untuk menyusukan si kecil pada bila-bila masa dan dimana jua semasa kita di tempat awam.
Antara persediaan yang perlu dibuat ialah;
1. Memakai baju yang sesuai agar aurat kita terjaga (cth : baju menyusu)
2. Menyusu dalam sling
3. Menggunakan nursing cover
4. Menggunakan ponco/shawl
Kalau kita tak ada nursing cover atau lain-lain gadget, kalau kita bertudung, kita boleh guna tudung kita sebagai pelindung agar aurat kita tak nampak dan maintain muslimah gitu.
Peraasan atau tidak, bila kita cuba untuk menyusu baby kita di khalayak ramai, maka banyaklah mata yang akan memandang kita. Ini akan menggangu tumpuan kita yang sedang cuba menyusukan baby. Apa yang kita boleh buat ialah memandang kembali orang yang merenung anda dan dengan sendirinya individu berkenaan akan memandang tempat lain. kalau tak percaya, cubalah buat.Insya allah, takkan ada yang berani memandang anda. Akhir kata, menyusu ditempat awam juga memerlukan keyakinan dalam melaksanakannya. Cuba sekali dan jangan malu malu. Insya Allah, apabila kali kedua dan seterusnya, anda akan lebih confident dan tidak akan ragu-ragu lagi.. banyakkan practice di rumah sebagai langkah persediaan. Jadikan suami atau anak anda( yang sudah besar -jika ada) untuk menjadi pengkritik anda dalam sessi latihan tersebut.
Untuk menaikkan semangat, dibawah adalah gambar saya menyusukan Qaisara Madihah ketika saya outing di ALAMANDA, Putrajaya. Di keliling saya pada waktu itu sebenarnya terlalu ramai orang…Gambar ini diambil oleh mama saya. Mama, thanks for your coorporation & understanding…Luv you..
Dan Mommies, SELAMAT MENCUBA & SELAMAT BERJAYA!!!

Gambo SARAKIDS OPEN DAY

Salam, sebagai yang dijanjikan ini gambar gambar yang sempat saya ambil..sikit jer..sebab kamera sampai masa majlis dah nak abis..so ini ajer la gambar yang dapat ..enjoy..










