BREASTFEEDING AT PUBLIC
Assalamualaikum,
hari ni saya nak bercakap mengenai menyusu di tempat awam..mengapa tajuk tu dalam bahasa inggeris yer? Hehehe..sebabnya saja nak bagi gempak sikit..
Kebanyakkan ibu di Malaysia memang jarang kelihatan menyusukan si Permata hati di khalayak ramai. Berbagai bagai alasan yang diberikan supaya tidak menyusu di khalayak ramai. Segan, malu, takut orang nampak, baju tak sesuai, hubby marah dan macam-macam lagi.. Maka terpaksalah cari tempat yang sesuai dan tersorok bila nak menyusukan si permata hati.. Dalam masa mencari tempat yang sesuai mungkin bayi kita dah pun menangis dengan kuat kerana kelaparan dan lambat diberi susu. Bila mood baby dah tak ada dan kita pula cuba untuk offer breast kita pada baby, akan berlaku lagi rejection oleh baby. Sebabnya, Baby dah pun merajuk.. Penyudahnya Mak & Baby sama-sama dah tension..Tak bestkan?
Oleh itu, adalah sangat penting, kita sebagai ibu yang menyusu bayi memakai pakaian yang bersesuaian dan sentiasa bersedia untuk menyusukan si kecil pada bila-bila masa dan dimana jua semasa kita di tempat awam.
Antara persediaan yang perlu dibuat ialah;
1. Memakai baju yang sesuai agar aurat kita terjaga (cth : baju menyusu)
2. Menyusu dalam sling
3. Menggunakan nursing cover
4. Menggunakan ponco/shawl
Kalau kita tak ada nursing cover atau lain-lain gadget, kalau kita bertudung, kita boleh guna tudung kita sebagai pelindung agar aurat kita tak nampak dan maintain muslimah gitu.
Peraasan atau tidak, bila kita cuba untuk menyusu baby kita di khalayak ramai, maka banyaklah mata yang akan memandang kita. Ini akan menggangu tumpuan kita yang sedang cuba menyusukan baby. Apa yang kita boleh buat ialah memandang kembali orang yang merenung anda dan dengan sendirinya individu berkenaan akan memandang tempat lain. kalau tak percaya, cubalah buat.Insya allah, takkan ada yang berani memandang anda. Akhir kata, menyusu ditempat awam juga memerlukan keyakinan dalam melaksanakannya. Cuba sekali dan jangan malu malu. Insya Allah, apabila kali kedua dan seterusnya, anda akan lebih confident dan tidak akan ragu-ragu lagi.. banyakkan practice di rumah sebagai langkah persediaan. Jadikan suami atau anak anda( yang sudah besar -jika ada) untuk menjadi pengkritik anda dalam sessi latihan tersebut.
Untuk menaikkan semangat, dibawah adalah gambar saya menyusukan Qaisara Madihah ketika saya outing di ALAMANDA, Putrajaya. Di keliling saya pada waktu itu sebenarnya terlalu ramai orang…Gambar ini diambil oleh mama saya. Mama, thanks for your coorporation & understanding…Luv you..
Dan Mommies, SELAMAT MENCUBA & SELAMAT BERJAYA!!!
salam kak…. really proud of u… bebayk bloggers & org perorangan yg support bf ni, zai really kagum ngan akak & kak farah @sarakids.. thnx atas segala tunjuk ajar yg telah di curahkan…
Salam, time kasih yer ibu Dania atas sokongan awak..teruskan menyokong
gud gud gud kak…go BF go! ops, ter emo lak…hihi…
aku selamba jerk.. org nk pandang itu dia punya pasallaa.bukan aku tayang badan, aku nyusu anak aku jerk so far aku pakai tiub.senang nk tarik turun & badan pun cover skali.
seronok sgt tgk gmbr2 our mommies bf in public..looking fwd to do it too..klkar tgk kaki Qaisarah yg sgkut kt tgn akak tu..hehe..style le tu!!
Terima kasih kerana menyentuh hal ini.
thumps up on your write up.
Sama-sama..