Teknik Marmet di Mami & Baby Jan 2010
Salam,
Dah baca dah majalah Mami & Baby isu Januari 2010? Emm, bulan ni saya menulis mengenai Teknik Marmet sebagai satu pilihan dalam meneruskan penyusuan susu ibu selepas kembali bekerja ataupun semasa untuk mengumpul stok bagi persediaan berjauhan dengan baby anda.
Teknik marmet ini lebih senang, mudah dan murah (free lagi ) untuk dipraktikkan. Permulaan tu memang agak kekok tapi lama-kelamaan bila dah biasa, anda akan sendiri tahu dimana dan bahagian mana yang perlu anda mulakan dan mulakanlah buat ‘bisnes’.
Penggunaan teknik Marmet ini juga selalunya akan meghasilkan lebih pengeluaran susu disebabkan skin to skin contact yang berlaku semasa ianya berlangsung. Ingat tak yang konsep skin to skin contact antara kita dan baby yang akan meransang pengeluaran susu? Ha sama la juga konsepnya dengan teknik marmet ini.
Gambar daripada breastfeeding.com
Namun begitu, perlaksanaannya perlu praktikkan selalu agar mahir supaya kita tidak merosakkan tisu-tisu, jaringan-jaringan dan nerve yang berkaitan. Kalau silap dilakukan, ianya boleh menyebabkan breast kita bengkak dan melecet. So praktis la selalu..
Ha, Siapa kata Penyusuan susu ibu ni sukar, mahal dan menyusahkan? Salah seorang Breastfeeding Peer Counselor Program Administrator (PCPA) iaitu Dr. Ning (i salute you la) juga menggunakan Teknik Marmet dalam usaha beliau membekalkan yang terbaik kepada anak beliau, Tamara (cantik dan indahnya nama..). See kalau seorang doktor yang sibuk dan sentiasa bergelut dengan masa boleh menyusukan anaknya dan terus membekalkan susu badan beliau kepada si kecil tersayang dengan hanya menggunakan teknik marmet, mengapa tidak kita?
Jom kita, cuba teknik marmet!

Ic… teknik ni saya belajar dr Lactation Counselor kat PPUM.. buat lepas kita perah dgn pump kan.. so that semua susu kita habis diperah.. i love this technique.. but i did not know the name before hehe.. thanks for the info
sama-sama..saya boleh la buat tapi tak expert
Saya suka PPUM. Very active dalam promoting breastfeeding. banyak ilmu dan kawan yang saya dapat di sana
kak zatul..minta izin copy info pasal teknik marmet ni..thanks a lot.
sila la sila yer, mie