Breastfeeding & Jaundis
Salam,
Kali ini saya nak bercerita pasal kepentingan breastfeeding dalam mencegah dan merawat jaundis.
Jaundis juga dikenali oleh masyarakat kita sebagai Sakit Kuning pada bayi baru lahir.
Bagaimana Jaundis terjadi? Dan apa itu bilirubin?
When red blood cells die and are broken down, a chemical called “bilirubin” is produced. Normally the bilirubin is processed by the liver and excreted from the body by the kidneys in the urine. The baby’s liver sometimes cannot process the bilirubin quickly enough and it begins to build up in the blood. Bilirubin is deposited in the skin, whites of the eyes, and mucous membranes (for example the inside of the mouth). When this occurs, the baby appears yellow and is said to be “Jaundiced”. Usually Jaundice disappears in 1-2 weeks and does not require special treatment. Some bilirubin in the blood is normal but when the concentration rises too high it is dangerous hyperbilirubinemia. An excessive level of bilirubin can lead to serious neurological damage such as brain damage and hearing loss.
Oleh itu, adalah dinasihatkan jika anda mendapati kelainan warna pada kulit, mata, etc pada bayi anda atau lebih bahasa mudahnya anda syak anak kena jaundis/kuning, SILA RUJUK BAYI ANDA PADA PAKAR KANAK-KANAK/ PEDIATRICIAN untuk dapatkan rawatan dengan segera.
Kenapa dan bila jaundis perlu dimbil berat dan dirawat
Paras bilirubin sebenarnya perlu diambil berat.
Ini kerana jika bacaan terlalu tinggi, ianya boleh sebabkan kerosakan sel dan menyebabkan toksik bila ianya circulates dalam darah. Walaupun kebanyakkan sel boleh tumbuh/terhasil semula tetapi tidak bagi sel otak yang musnah disebabkan oleh bilirubin.
Bagaimana cara dan Mengapa Breastfeeding penting dalam mencegah dan merawat Jaundis?
Anda Boleh
1. Mulakan breastfeeding seawal mungkin selepas kelahiran.
Make sure, anda beritahu doctor atau nurse anda, yang anda mahukan bayi anda seawal mungkin selepas kelahiran. Kalau boleh semasa dalam bilik bersalin lagi.
Breastfeeding sekerap yang mungkin. Tak perlu tunggu baby nangis tapi susukan baby anda setiap 1 ½ jam atau 2 jam sekali. Bayi yang baru lahir perlu disusukan sekurang-kurangnya 8 kali hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam.
2. Increased proses pembuangan najis bayi.
satu cara bilirubin keluar daripada badan bayi ialah melalui najis.
Oleh itu, banyakkan breasstfeeding, kerana susu ibu senang dihadamkan dan juga senang diproses. Bila senang diproses, maka banyak kalilah pulak baby anda akan membuang. Maka chances untuk dapat jaundis pun makin kurang.
3. Elakkan memberi air masak/ air glukos pada bayi.
Kenapa? Sebab kajian menunjukkan pemberian air masa/glukos sebenarnya akan meningkatkan lagi tahap bilirubin. Ini kerana pemberian air masak/glukos akan mengurangkan kadar pembuangan najis bayi berbanding jika kita breastfeed baby. Kalau susu ibu plak, apa yang ia ada? Susu ibu/breast milk pulak mempunyai kandungan lemak yang akan meningkatkan bowel movement baby. Air masak/glukos ada ke kandungan lemak tersebut? Tak ada, kan? So perlu ke kita supply air masak/glukos pada baby? Bak kata Nabil si Raja Lawak ‘ LU PIKIR LA SENDIRI’.
4. Phototheraphy
Apa tu phototheraphy? Phototheraphy ialah salah satu treatment yang digunakan dalam merawat all types of exaggerated jaundice & kadang kala sebagai rawatan kepada lain-lain treatment.
Bayi akan diletakkan dibawah lampu biru/putih/hijau. Lampu ini sebenarnya sebagai medium untuk break down paras bilirubin melalui kulit. Cahaya tersebut akan diserap oleh bilirubin dan menukarkan bilirubin tadi kepada water soluble product, yang mana kemudiannya ianya boleh eliminated without having to be conjugated by the liver/hati.
Namun begitu penyusuan susu ibu / breastfeeding perlu diteruskan semasa rawatan phototherapy dengan tujuan untuk increase fluid intake. Ini kerana phototherapy mempunyai kesan di mana baby can become dehydrated under phototeraphy due to increased water loss melalui najis dan kulit bayi.
Dah paham dah sekarang kenapa Breastfeeding itu sangat penting?
Itu baru jer sedikit diceritakan kepentingannya terhadap baby yang kena jaundis. Belum lagi bab lain.
Oleh itu, Susukan lah bayi anda dengan susu ibu walaupun bayi kuning. Bukannya dengan susu kambing or what so ever petua yang lain yang mengarut macam jangan pakai benda-benda/pakaian/langsir kuning. Not releven at all la.. Sekali lagi kata Nabil ’ LU PIKIR LA SENDIRI’..
Nota: Rujukan – The Breastfeeding Answer Book
Salam Kasih,

ok..saya nak tanya..kalau nak kurangkan jaundis baby, macam mana dengan pemakanan si ibu?Adakah dengan makan dan minum air halia semasa pantang akan meningkatkan jaundis bayi?Disebabkan saya mengikut pantang yang diatur oleh ibu saya, jadi saya tidak boleh mengelak dari makan dan minum air halia..Anak saya yang pertama menghidap sakit kuning lebih dari sebulan walaupun sudah diberi susu badan sahaja. Buat pengetahuan puan, saya berdarah O dan bapanya berdarah B..Adakah benar jika si ibu berdarah O, kuning bayi akan susah untuk turun dengan cepat?Adakah dengan menjemur bayi di bawah matahari pada waktu pagi akan mengurangkan sakit kuning?Saya harap puan akan dapat membantu saya dengan memberi cadangan yang bagus untuk saya kerana tidak lama lagi saya akan melahirkan anak yang kedua. Saya harap anak saya yang kedua ini tidak menghidap sakit kuning yang terlalu lama.
Jika ambil jamu, seeloknya tangguhkan dulu. Air halia? emm pertama kali saya dengar berpantang minum air halia. info baru. sakit kuning yang berpanjangan juga dikenali sebagai jaundis susu ibu. selagi bacaan tidak terlalu tinggi, susu ibu tetap perlu diberikan kepada baby. Ikut nasihat pakar perubatan. menjemur baby salah satu cara yang orang dulu-dulu usahakan supaya jaundis kurang/baik tetapi bukanlah jemur betul betul dibawah panas matahari. kesian baby.
bagaimana jaundis boleh terjadi, boleh baca di http://digestive-disorders.health-cares.net/jaundice-causes.php
Salam..bayi saya kini berusia 24 hari…ketika usia 20 hari, paras bilirubin pada bacaan 14.0. kemudian telah berjumpa pakar dan telah diambil lagi sampel darah dan air kencingnya.. telah bayak info saya baca mengenai jaundis ini cuma saya buntu dan takut memikirkan result testnye nnti. bayi saya kerap mengerang walaupun dia aktif dan kuat menyusu. kami berbeza jenis Darah (Saya B dan Bayi O)..apa yang perlu saya lakukan??
Pertama, saya suka katakan ucapan tahniah kerana dapat baby. Kedua, nasihat saya ialah breastfeedlah baby awak sekerap dan selama yang boleh. Ketiga, Dengarlah apa yang pakar perubatan awak katakan. Dan yang keempat, mohonlah pada ALLAH agar semuanya selamat dan dipermudahkan. Boleh tahu, awak jumpa pakar di hospital mana ya?
Salam….Saya ingin bertanya berkenaan dengan masalah bayi perempuan saya yang kini berumur sebulan. Hari pertama kelahiran sehingga minggu ke-2, bayi saya tidak mengalami masalah dengan pembuangan air besar. Tetapi masuk minggu yang ketiga, bayi saya mula meragam. Terdapat calitan darah dalam najisnya. Bayi saya juga kerap muntah apabila susu diberikan. Apakah tindakan dan rawatan yang harus saya lakukan..please reply A.S.A.P..
sy bru mlahirkan ank pd 28.1.12,,, 3 ari lpas lahir baby ade kuning g cek awalny bacaan ny 11.4,esok ny g cek turun 10.9,,,,sy bg susu bdn tp mse 2 xbyk susu lg jus kolostrum yg ade skit2 kaler kuning… pd ari ke 5 kuning baby naik 11.3,ari ke 6 naik lg tinggi 12.4…smuany sebab air halia n lada itam or lada putih yg owng tua letakkan pada makanan…. bila sy HENTIKAN ari ke 7 turun ke 11.2,trus turun pd ari ke 9 ke 10.4…
emm, kadangkala ada juga disebabkan makanan yang ibu ambil juga berkait dengan masalah jaundis.Jadi ibu kena try and error tengok mana yang sesuai dan effected bila baby jaundis.
Hi this is really a wonderful write-up. I’m going to e mail this to my pals. I stumbled on this while browsing on yahoo I’ll be sure to come back. thanks for sharing.