Archive for the ‘Event/Acara’ Category

Calling for Pro Breastfeeding Mommies

Salam,

Calling for mommies yg berminat & mempunyai passion dalam breastfeeding, dan bersemangat utk menjayakan penyusuan ini di kalangan ibu2 yg lain.

Training akan diadakan di

1. East coast

Kuantan pada, 30 April – 2 Mei 2010.

2. SABAH/SARAWAK

Tarikh : 2,3,4 June 2010

Venue : Sembulan, Sabah

3. South Cost

Tarikh : hujung Minggu pertama

Venue : Melaka

Yang berminat utk menjadi breastfeeding peer counselor, sila emailkan butiran anda ke admin@malaysianbfpc.org.

Meh jadi sebahagian daripada kami yang mempromosikan penyusuan susu ibu..Jom Jom Jom!

Salam Breastfeeding,

1st PERAK BREASTFEEDING SUPPORT GROUP MEETING

Salam,

Akhirnya! dengan bangganya saya nak war-warkan pada semua warga negeri Perak. satu SGM akan diadakan pada tarikh dan tempat berikut:

TARIKH : 2 MAY 2010
TEMPAT : PADANG POLO, IPOH
MASA : 9.00 PAGI
KONSEP : SANTAI AND BAWA POT LUCK. SESIAPA YG ADA TIKAR LIPAT KAT RUMAH LEH BAWA JUGAK.
SGM TOPIC : AKAN DI VOTE PADA HARI ITU.

BOLEH BAWA FAMILY.

SESIAPA YG TAK PASTI DI MANA PADANG POLO, LEH CALL
CONTACT NUMBER : 0192121088 (if tak dapat call, pls sms so that Dr. Nadrah will return ur calls)

Tahniah pada Dr. Nadrah atas usaha menyatukan breastfeeding momms kat Perak. insya Allah, bila ada kesempatan, next SGM saya teringin nak joint juga kat Perak ni. kalau setakat buat kat Ipoh, saya sanggup lagi turun ke sana sebagai tanda sokongan saya.

Orang Perak, jangan lepaskan peluang tau! joint jangan tak joint!

P/S: Tiba tiba rindu nak balik Taman Melati, Lumut. Apa khabar orang sana? Hujung tahun lepas balik sekejap jer, wahh, dah lain benar dah Taman Melati, Sri Manjung, Sitiawan dan Lumut..Rindunya pada sana…

Salam breastfeeding,

Support Group Meeting Susuibu Kali Ke 2

Salam,

Semalam selesai sudah SGM kali ke 2 semalam (ahad -28 Mac 2010) yang berlangsung di tempat yang sama seperti SGM yang pertama. Kali ini saya berseorangan handle salah satu group yang ada. Macam macam mitos yang keluar hasil perbincangan semalam. Ada juga peserta SGM yang baru pertama kali hadir ke SGM dan rasa sangat seronok dengan aktiviti begini. Syukurlah..

Bila aktiviti begini, makanan punya le banyak..sesuai untuk tambah berat badan..Apa pun makanan tetap yang saya akan tuju ialah bubur yang dimasak oleh Ajui. Ajui sedap bangatlah..TQ kerana sudi berkongsi resepi dengan aii n Fid..Rahsia dah terbongkar..Bulan posa ni boleh la kami bukak gerai jual bubur lambuk ‘AJUI”..hehehehe…

ini antara gambar yang ada.

Baru sampai dan gambar diambil oleh anak dara saya, Qistina

Sharing session. Terima kasih kepada Fid atas gambar ini

Semua khusyuk dengar presentation

Sessi pembentangan group saya. Tukang present : Fid aka Lovebaby. Tukang pegang: Saya la


Hepi besday Irfan  daripada Ummi Zatul & Qistina

(betul ka nama dia Irfan? ingat-ingat lupa ler mummy sori)

Babywearing Session. Saya teruja dengan Mei Tai. Sedap dipakai dan digunakan.. Tapi apa kan daya, saya dinasihatkan utk tidak mengangkat apa jua yang beratnya melebihi 5 KG buat sementara waktu sehingga pulih. Tak pe la..Next baby kot?

Hubby n baby saper ni? cute gila bila dengar daddy yang tengah nyanyikan

lagu twinkle twinkle little star to his baby..suka sangat melihat that moment

Gambar Ramai-ramai sebelum makan time!

Antara mitos yang dapat discover oleh kumpulan saya ialah: sila lihat gambar di bawah ini


nampak tak? dapat baca?

Begitulah adanya SGM kali ni sangat PURPLE sebab temanya PURPLE.

Dalam bersuka ria tu, tetiba Qistina menangis plak.. Kena gigit kerengga. Habis kulit dia.

Pagi tadi dah bawak pi Klinik ambil ubat tahan gatal. Kebetulan Saya juga terus migrain balik daripada SGM tu..Ambil ubat sekali ler.

Lepas SGM tu, sempat gak singgah Susuibu.com ambil buku dan juga Mums Dreams untuk ambil stok bagi event Karnival Wanita 1 Malaysia di Dataran Merdeka yang akan berlangsung pada Jumaat ni (2 april 2010) hingga Ahad (4 April 2010) ni.

Penat seh!! Tapi seronok.

Salam Kasih,

Update : Kelas Asas Penyusuan Susu Ibu (14 Mac 2010)

Salam,

Alhamdulillah, akhirnya selesai tugas saya pada tengahari tadi.
Menyampaikan ilmu yang tiada batasannya untuk ibu-ibu dan ayah-ayah yang sangat prihatin pada kesihatan dan kebaikan yang akan diperolehi oleh si manja tersayang.

sekitar kelas berlangsung

Seramai 16 peserta telah menghadiri menghadiri kelas ini. Anak-anak kecil juga tidak ketinggalan turut bersama-sama mommies dan daddies di dalam kelas ini. Semangat yang mommies dan daddies tunjukkan dalam nak memahami dan mengenal dunia breastfeeding amat dikagumi. Paling saya suka, ibu dan ayah saudara saya juga hadir ke kelas saya pada kali ini (mereka sangat muda ya).

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para peserta kerana anda memilih penyusuan susu ibu. Semoga breastfeeding akan kembali menjadi budaya masyarakat kita dalam masa terdekat. Amin.

Team Baby N Me yang bertugas pada hari ini

Ini adalah testimonial yang dibuat di Facebook saya oleh salah seorang peserta kelas pada 14 Mac 2010 yang lalu.

Jumpa lagi di kelas yang akan datang!

Salam kasih,

p/s: ramai pulak yang jejak kasih semasa hadir ke kelas ini. Rakan-rakan lama bertemu semula..Tahniah..

Mesyuarat Agong Persatuan Alumni Politeknik Sultan Abdul Aziz Shah (Formerly known as Politeknik Shah Alam -PSA)

Salam,

Saya sebagai wakil kepada Persatuan Alumni PSA, ingin menjemput bekas-bekas pelajar PSA untuk menghadiri mesyurat Agong Tahunan PSA di PSA pada 6 Mac 2010 jam 10 pagi ini. Meh datang beramai-ramai untuk kita pilih AJK baru bagi sesi 2010-2011.

JOM!!

Biro Ekonomi Persatuan Alumni PSA,

Support Group Meeting (1) susuibu.com

Salam,

Ahad yang lepas, akhirnya saya gagahkan diri ke SGM susuibu.com yang pertama bagi tahun 2010. Saya yang berniat nak ke sana sebagai peserta sahaja, tiba-tiba disuruh menjadi moderator. Maka saya bersama Kak Kamariah, IBCLC  ambil satu kumpulan, Kak Rita satu kumpulan dan Yus + Yatie THA ambil satu kumpulan.

Menjadi moderator di dalam group yang juga ada Project Manager saya di dalam Malaysianbfpc memang membuatkan saya agak segan dan malu-malu. Almaklumlah satu group dengan bos.. hehehe..sori la kalau kurang kata bicara semasa menjadi moderator. Lain kali saya banyak cakap yer..Oh ya next SGM ialah pada 28 Mac 2010 dan tajuk kali ini ialah Managing Myths In Breastfeeding. Jumpa di SGM Kali ke 2 nanti.

TQ to Ereena aka Khaireena utk gambar ni

p/s: SGM kali ni mendapat liputan daripada Berita Harian, Majalah Mingguan Wanita dan juga Majalah Pa & Ma

Salam kasih,

KELAS ASAS PENYUSUAN SUSU IBU (STICKY POST)

Assalamualaikum & Salam sejahtera (Ini sticky Post. Utk post terkini, sila scroll ke bawah).

Mari mendalami ilmu secara “live”.. bukan setakat melalui bacaan, sebaliknya dr Penceramah muda… bukan mudah nak melaksanakan jika tidak mengusai jiwanya…. Tidak susah untuk menjayakan jika tahu cara mengatasi kekangannya… Percayalah… Kita boleh terus memberi bayi kita dengan susu ibu sepenuhnya walaupun kita telah kembali bekerja! Tiada peti sejuk bukan alasan…. Harga pam yang mahal? Ada jalan penyelesaian… Ayuh! Demi membina modal insan kamil… Berilah makanan yg halalan toyyiba. Anak sihat dan cerdik, Ayah dan Ibu pasti gembira.

Berikut adalah jadual kelas asas penyusuan susu ibu yang akan datang:

MAY 2010

1.  BANDAR PUTERA, KLANG

Tarikh : 16  May 2010 (AHAD)

Masa : 9.00 Pagi – 12.30 Tengahari

Tempat : Bandar Putera, Klang, Selangor

Bayaran :

A. Penyertaan dan Pembayaran sebelum atau pada 12 Mei 2010

i) RM60/orang atau ii) RM100/pasangan

B. Penyertaan dan pembayaran selepas 12 Mei 2010

i) RM70/orang atau ii) RM110/pasangan (Bayaran perlu dibuat selewat-lewatnya pada 14 Mei 2010)

Bayaran boleh dibuat ke akaun seperti dibawah:

Direct bank deposit / bank in

You can pay through the following methods:

  1. Deposit cash / cheques through ATM or bank counters
  2. Online Transfer / Internet BankingYou can pay through:MayBank
    • Account no: 564306-012291
    • Account Holder: BONDA Q ENTERPRISE

or

  1. CIMB
    • Account no: 14200021946529
    • Account Holder: ZATUL HIJANAH BINTI RAMZI

Refreshment: Disediakan

Penceramah : Puan Zatul Hijanah Ramzi, Kaunselor Laktasi, Kolumnis & Penulis artikel penyusuan susu ibu di Majalah MAMI & BABY dan penulis jemputan di Majalah Pa & Ma (Feb 2010)

Topik yang akan dibicarakan ialah:

1.Apa istimewanya susu ibu?

2. Bagaimana menjayakannya

3. Kemungkinan, Kekangan dan Mitos dalam penyusuan susu ibu

4. Penyimpanan dan Pengendalian susu ibu

Pendaftaran: anda boleh menghubungi info@babynme.com.my atau hubungi 016-3855189 untuk maklumat lanjut.

Peta ke Bandar Putera:

———————————————————————————————————

MAC

Petaling Jaya (klik sini utk cerita selanjutnya)

Tarikh : 14 Mac 2010 (AHAD)

Masa : 9.00 Pagi – 12.30 Tengahari

Tempat : Tempat : Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor

Bayaran :

A. Penyertaan dan Pembayaran sebelum 6 MAC 2010

i) RM70 seorang atau ii) RM120/pasangan

B. Penyertaan dan Pembayaran selepas 6 Mac 2010

i) RM80 seorang atau ii) RM140/pasangan

TESTIMONIAL PESERTA

——————————————————————————————————–

Februari 2010

Bandar Putera, Klang

( Selesai sudah dan tahniah kepada Pn. Nadia kerana selamat melahirkan baby Nor Aishah pada 22 Feb 2010 aka Isnin yang lalu dan juga tahniah kerana berjaya menyusuakan baby Aishah dalam tempoh 1 jam pertama selepas kelahiran.

“Hasil datang ke kelas Penyusuan Kak Zatul” – Nadia)

Tarikh : 20 Februari 2010

Masa : 10.30 Pagi

Tempat : No 30 Jalan Kebun Nenas 2J/KS7, Bandar Putera, 41200 Klang, Selangor

Bayaran : PERCUMA.

Penceramah : Puan Zatul Hijanah Ramzi, Kaunselor laktasi, Kolumnis & Penulis artikel penyusuan susu ibu di Majalah MAMI & BABY dan penulis jemputan di Majalah Pa & Ma (Feb 2010)

Refreshment : Maaf tiada refreshment. Hanya akan disediakan air sahaja. Anda digalakkan membawa makanan untuk dinikmati secara pot luck dengan perserta lain

Tempat adalah terhad. Oleh itu, kepada yang berminat, anda boleh menghubungi info@babynme.com.my untuk mengesahkan kehadiran anda.

Peta ke Bandar Putera:

Salam Kasih,

ALUMNI Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Aka Politeknik Shah Alam (PSA)

Salam,

Sejak daripada pukul 2.30 pagi saya dah bangun.. Dah 2 hari dah macam ni..Patutnya hari cuti boleh la tido dengan nyenyak tapi lain plak jadinya (saya cuti hari Wilayah. Selamat Hari Wilayah!)..awal bebeno plak bangunnya..pas tu dah tak boleh lelap.. Agaknya asyik memikir task Malaysian Breastfeeding Peer Counselor (Malaysian BFPC) yang saya pilih dapat. oh ya saya dalam team PR kat Malaysian BFPC ni dan juga agaknya asyik memikir deadline saya dengan MAMI & BABY yang dicepatkan kepada 4 hb (chinese new year ma) ni which is lagi 3 hari.

Tak pe la, alang-alang dah berjaga dari pukul 2.30 tadi, saya ambil kesempatan buat apa yang patut. Skang ni dah pukul 7.30 pagi..Dah terang..

Oh ya, mungkin anda tidak tahu selain daripada aktif mempromosikan breasfeeding, menulis artikel dan ber BABY N ME, saya juga aktif berpersatuan dengan Persatuan Alumni Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Aka Politeknik Shah Alam (PSA). Hehehe banyak tempat saya pi belajar tapi dengan PSA ni je saya aktif sebabnya dekat jer (dekat ker? jauh gak ler) dengan tempat tinggal saya.

PSA ni dah lama dah ada alumni sejak tahun 2000 tapi tak berapa aktif. Saya juga dah beberapa kali menjadi AJK Alumni PSA ni. Balik-balik muka saya jugak yang jadi AJK. Nak buat cam ner kan, orang lantik dan saya kena paksa rela (rela la juga).

Tapi sejak tahun lepas tahun 2009, Alumni PSA ni sangat aktif dan duit Alumni pun dah banyak dahhhhh… tus tus ribu tau..dan kami dah buat macam-macam aktiviti. Kami juga dah ada website sendiri dahhhhhhh..dah majuuu..

website Alumni PSA -www.alumnipsa.net

Mesyuarat pun selalu diadakan. Walaupun AJK ada yang jauh-jauh dan bz sokmo tapi komitmen yang diberikan memang best!

So kepada semua bekas-bekas pelajar dan juga bakal bekas pelajar, anda dijemput meramaikan untuk menjadi ahli Alumi Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Aka Politeknik Shah Alam (PSA). Yuran? Alahai murah beb! Bayo pun sekali jer seumur hidup. Pas tu dah tak payah bayo lagi dah yuran keahlian tu. Berapa? RM50 jer. Boleh? Murah? Murahkan..

So untuk menjadi ahli, anda boleh berbuat demikian dengan pergi ke www.alumnipsa.net dan boleh register kat sana. Website ni baru dibangunkan so agak sepi sikit..tapi tak per, register jer dan bayaran ikut cam arahan yang ado kat sana.

Oh ya, bulan Februari ni nanti ada AGM Alumni PSA tau. So nanti jemput datang. Tarikh akan saya beritahu nanti bila dah confirm. Kita nak pilih AJK baru lagi utk sesi 2010-2011 plak.. kalau nak undi ai lagi pun ai tak kisah..ai suka you..

Salam kasih,

Hari Istimewa Kami

Salam,

Semalam merupakan hari istimewa bagi kami suami isteri kerana  genapnya  6 tahun kami berkahwin. Alhamdulillah, berjaya juga kami harungi 6 tahun perjalanan mengharungi alam rumahtangga. Kami masih lagi saling sayang menyayangi, percaya & hormat antara satu sama lain, masih jujur dan saling memahami.

Malam Nikah. Kurusnya dulukan.. :P

Terkenang semasa dahulu

“Princess Ummi” kata Qistina


23 Jan 2010 – 6 tahun kami bersama sebagai husband & wife


Doa saya semoga kami akan terus bersama sehingga ke akhir hayat, terus bahagia, dimurahkan rezeki serta dapat baby lagi. hehehe..  Aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnn…

P/s: TQ to family & anty-anty + uncle-uncle + kazen-kazen (johorean) kerana ada bersama tepat jam 12 tgh mlm pada 23 Januari 2010 lalu. U all memang sporting & best!

Salam Kasih,


Breastfeeding Peer Counselor Program

Salam,

Seperti yang semua dah tahu sebelum ni,  semalam adalah hari terakhir saya  berkursus untuk Breastfeeding Peer Counselor Program di pejabat urusan Nurturing Concept Sdn. Bhd. aka Moms Little Ones training centre di Sri Kembangan sejak Khamis lalu. Kursus untuk program ini hanya melibatkan 19 orang peserta. Module program dan trainers untuk kes ini adalah daripada La Leche League International (LLLI), satu nama yang cukup besar dalam dunia “BREASTFEEDING”. Saya rasa cukup bertuah kerana terpilih mengikuti kursus ini.  Apatah lagi bila Kathy Baker (USA) dan Pushpa Panadam (Paraguay) yang menjadi our Fasilitator. Banyak ilmu yang mereka kongsi bersama kami. Kami juga sempat belajar beberapa patah perkataan spain daripada Pushpa. Para peserta yang julung-julung kali dibuat di Malaysia ini adalah terdiri daripada pelbagai background seperti Doctors (teramai), Pharmacist, Nutritionist, Optometrist, para IBCLC, Lactation Counselors, etc.

Saya dapat ramai kawan dan kakak+adik di sini. Terasa kini saya tidak lagi berseorangan dalam memperjuangkan ‘BREASTFEEDING’. Girls, Aku/Saya/Akak (akak?!) :P rasa gumbira bersama korang. Nanti kita keep in touch dalam forum/tepon/etc. ya..

Di pagi hari pertama..Blurrr lagi masa sessi penerangan

Hehehe..sempat bergambar. Kak Jasmeen, TQ sebab jadi Photograper

Khusyuk dengar presentation

Lunch & Gossip time..hehehe..

Dinner!! Yum Yum! Yummy!!

Zatul, Qistina, Maira & Ida

Zatul, Aishah, Shida, Dr. Faridah & Farah

Sijil daripada La Leche League International

We are Breastfeeding Peer Counselor Program Administrator

Simbolik & menyentuh rasa

6 hari yang lalu  adalah antara moment yang paling indah dalam hidup saya. Terima kasih kerana peluang ini dan selepas ini saya dan the poineers akan berganding bahu untuk mempromosikan “BREASTFEEDING” di Malaysia.

Terima kasih pada warga Nurturing Concepts S/B yang bersusah payah organised course ini dan bersusah payah buat kertas kerja untuk mendapat sokongan WABA & berusaha bagi menyakinkan UNICEF untuk sponsor bagi program ini. Thanks WABA & Thanks UNICEF Malaysia.

Also thanks to LA LECHE LEAGUE for the silibus.

Terima kasih susuibu.com kerana di sanalah saya bermula sehingga ke hari ini.

Terima kasih anak-anak kerana merekalah menjadi penguat dan pembakar  semangat ‘BREASTFEEDING’ saya.

Qaisara ikut Ummi berkursus pada 17 Jan 2010

Qistina pun ikut Ummi pada hari terakhir kursus

Terima kasih kepada HUBBY kerana sentiasa  bersama saya dan menyokong apa jua yang saya minat dan suka. Rasa bertuah, rasa dihargai dan macam-macam rasa la sebenarnya yang saya rasa sekarang ni. Sukar nak digambarkan dengan kata-kata. Ha, emo plak ekk..

Abah pun support Ummi joint  program ni. TQ Darling! U r d best!

Semoga peratusan ibu yang menyusu akan terus naik dan naik di Malaysia. Semoga ramai orang akan sedar sebenarnya sejak dari lahir kita perlu jaga kesihatan diri dan tahu bagaimana untuk mencegah daripada penyakit-penyakit yang biasa orang Malaysia hadapi. Semuanya bermula dengan “BREASTFEEDING’.

Kini saya adalah LLLI member & WABA member

Saya dan 18 orang lagi  kini adalah Breastfeeding Peer Counselor Program Administrator bagi program Breastfeeding Peer Counselor Program. Kepada yang telah mendaftar, tunggu program selanjutnya ya…

Salam Kasih Breastfeeding,

logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
October 2025
M T W T F S S
« Mar    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.