Archive for the ‘General’ Category
Dah BERALIH ARAH :: MUKTAMAD
Salam,
Saya rasa dah dekat sebulan saya kurang buat post untuk blog ni. Bukannya malas dan tiada idea tapi internet connection aka CELCOM Broadband saya , walaupun di bayar RM98/month utk speed yang paling terlaju di dalam perkhidmatannya, ianya masih terlalu teruk dan sangat perlahan walaupun ketika itu saya berada di tengah tengah bandaraya Kuala Lumpur.
Penyudahnya saya bertukar kepada DIGI broadband.
Walaupun kawasan rumah saya ala-ala tak berapa best connectionnya tapi DIGI Broadband masih laju daripada CELCOM Broadband tapi bila berada di kawasan ala-ala kategori bandar, mak aiii, laju bangat servisenya. Maaf orang CELCOM tapi itulah kenyataannya. You all kena baiki servis yang ado supaya pelanggan tak beralih arah cam saya ni ha..
Maka dengan rasminya kini saya adalah pengguna DIGI Broadband & juga talian telefon saya juga daripada DIGI..
Ada orang tanya mengapa suka pakai DIGI? DIGI murahkah?
Jawapan saya, ya DIGI murah dan saya sangat berpuashati dengan perkhidmatan DIGI sepanjang saya menggunakannya sejak 7 tahun yang lalu dan saya juga sangat berpuashati dengan layanan customer service DIGI sejak 7 tahun yang lalu.
DIGI, cam ner you all train you all punya staff ya? Very polite n helpful walaupun ada ketikanya saya menelefon dalam keadaan yang agak emosi…
CELCOM, may be lain kali kita bersama lagi yer..I sayang you, tapi u lem sangat..nanti kita bersama lagi yer.. Apa pun terima kasih kerana bersama I sepanjang setahun lebih ni yer
Salam kasih,

Sedih & Marah Bercampur Kasihan
Salam,
Saya sedih kerana kanak-kanak yang meninggal kerana didera oleh teman lelaki ibunya. Sedih kerana manusia yang buat begitu tidak menggunakan akalnya yang ternyata jauh lebih bagus sebagai seorang dewasa kepada seorang anak kecil yang masih tidak mengerti apa-apa dan hanya perlu tunjuk ajar dan kasih sayang.
Pergilah sayang, andai ini yang terbaik buat mu. ALLAH lebih menyayangi mu dan juga ibu mu. ALLAH ingin menyelamatkan akhlak serta iman ibu mu dan menyelamatkan adik-beradik mu daripada kerosakan yang lebih dashyat.
Bukan tak marah. Sebagai manusia yang tidak tahu hujung pangkal dan hanya berdasarkan cerita daripada suratkhabar, saya memang marah tapi saya juga kasihan kepada ibu kanak-kanak ini. Kenapa saya kasihan? Kerana pada usia muda beliau diuji dengan pelbagai dugaan dan tidak ada orang yang datang memberi bimbingan. Lalu hanyutlah dia membawa bersama anak-anaknya ke alam pura-pura dan penuh noda.
Saya lihat dan baca, berapa ramai yang mengutuk ibu muda ini kerana perlakuan sumbangnya dan juga kerana perlakuan terkutuk teman lelakinya yang sehingga membawa kepada kematian si kecil tersayang. Tetapi sebagai seorang manusia yang juga diberi akal, adilkah kita untuk mengutuk, mencaci dan mengadili seorang manusia yang lain? Sedangkan kita dalam tidak sedar ataupun sedar mungkin juga telah melakukan kesilapan dan dosa-dosa yang juga kita nafikan?
Salah memang tetap salah. Dosa besar tetap dosa besar. Haram tetap haram. Tak dinafikan. Tapi daripada kita mengutuk dan mencaci, kenapa kita tidak ambil ikhtibar daripada ‘kisah’ ini untuk dijadikan sempadan agar kesilapan yang sama tidak berlaku di kalangan ahli keluarga kita. Bukan apa, zaman ini, selalunya orang kata “ALLAH bayar cash”. So mungkin hari ini, cerita dia yang keluar. Esok lusa, saper yang tahu..
Salam Kasih,

Radio KLfm
Salam,
Maaf la sebab dalam 2 – 3 hari ni saya menyepi. Bukan apa saya kurang sihat dan berulang alik ke KPJ Specialist Hospital minggu ini. Sempat juga la saya berdiskusi dengan Sister Norani tentang kerjasama saya dengan pihak hospital kerana sayakan merupakan salah sorang ahli mother to mother support group untuk hospital ni.
Petang semalam juga saya terserempak dengan Ninie DJ KLfm di lobi hospital. Sebelum ni kami pernah terserempak semasa BABY N ME membuka booth di RTM tahun lepas tapi tak pula berkesempatan berbual panjang kerana saya sibuk menjaga booth dan Nini sibuk mengacarakan majlis pada ketika itu. Kami berbual panjang dan sempat juga saya berkongsi cerita tentang breastfeeding pada Ninie (kalau anda terjumpa saya di luar, memang topik breastfeeding je keluar dpd mulut ni. Hahaha..).
Sempat juga la saya bertanya pada Ninie samada bolehkah jika nak promote breastfeeding melalui radio. Utk pengetahuan semua, di pejabat saya memang kami mendengar siaran KLfm sebabnya celoteh para DJ-nya dan juga kerana radio ini menyiarkan banyak info terkini mengenai aktiviti dan info berkaitan Kuala Lumpur dan kadangkala juga ada info berkenaan negeri Selangor kerana sahabat-sahabat KLfm adalah terdiri daripada Kuala Lumpur dan Selangor.
So, warga KL, kalau nak tahu info, nak bertanya soal agama dengan JAWI, nak tanya soal bekalan air dengan SYABAS, nak dapat tips dan bertanya soalan berkaitan kenderaan anda dan urusan JPJ dan banyak lagi, maka dengarlah KLfm yer. Oh ya, Kak Prema (former KLfm DJ) yang glamer satu ketika dulu tu pun sekali sekala ke udara melalui KLfm.
Kepada DJ Julia, tahniah atas kelahiran Baby baru!
Salam,

Kena lagi..
Salam,
Pagi tadi kereta saya kena bang di bumper belakang di KESAS Highway. Terkejut saya. Rasa macam bergegar dan terdorong ke depan. Nasib baik saya pakai seat belt dan anak-anak juga duduk dalam car seat. Tapi Qaisara tetap menangis. Terkejut agaknya. Yang langgar saya tu seorang wanita.
Emm..nasib baik bumper saya tak ada apa-apa. Kalau tak lengkaplah kemik diseluruh kereta saya. Kiri, dilanggar oleh Kereta tak rasmi MB Kedah yang dipandu oleh drivernya yang pada masa itu bawa anak YB (Time kasih kepada anak YB sebab dah bagi duit utk saya repair kete). Masa tu Hubby yang drive kereta saya. Sebelah kanan kereta pula, adik lelaki saya hentam van, kemek gak. Dan kalau belakang juga rebeh, tak berkereta la saya sepanjang seminggu ni..
Letih kan? Saya belum pernah lagi melanggar atau menyebabkan kereta saya kemek. Tapi bila orang lain yang drive kereta saya, macam-macam jadi. Letih la..letih nak layan dan nak pandang yang kemek tu. Dan letih bila tau saya tak boleh guna kereta kerana nak kereta masuk workshop. Oleh kerana itu, saya akan bersaba memandu kereta kemek ini kerana saya amat memerlukan kereta pada ketika ini.
Kalau anda nampak perempuan dalam kerta kemek kiri dan kanan tu, saya la tu..8D
Sabar jer la jawapannya..

Lambatnya nak tersedar
Salam,
Saya memang ramai kawan. Orang kata saya senang tegur orang dan senang memulakan perbualan. Iye ker? Hehehe sebenarnya tak perasan pun yang saya punyai kelebihan (kelebihan ke tu ekk?).
Walaupun saya orang yang begitu aktif dalam sukan dan persatuan masa sekolah dulu, saya rasa sayalah orang yang paling berat mulut kalau masa dalam kelas dulu. Kalau masa cikgu tengah mengajar dan tetiba dia tanya soalan, sure kepala saya akan masuk dalam baju ala kura-kura. Sembunyi! Nanti kena soal. Malu kalau tak dapat jawab. Almaklumlah dulu-dulu saya ni tercampak dalam kelas bebudak pandai tapi sayalah budak yang paling corot dalam kelas tu, jadi sebelum cikgu tanya dan saya tak dapek nak jawab, ada baiknya saya menyorok dulu, kan? Kalau nak bertanya dengan Cikgu atau Lecturer memang kim salam la. Baik saya tanya kawan..takut la nak tanya cikgu/lecturer.
Tapi tu dulu, skang ni bila saya ada peluang ke kursus, sayalah peserta yang paling banyak bertanya. Sebabnya? Sebabnya saya takut saya tertinggal atau kurang paham mengenai apa yang saya belajar. Hehehe..sampai penceramah ada yang dah tak larat nak jawab soalan saya..Hahaha..Maaf la yer..tetiba semangat ingin tahu saya tu membara bila dah tua-tua ni..
Eh, Saya rasa yer la saya memang senang untuk buat kawan dan dah tak takut nak bertanya. Baru saya sedar, hehehe..Lambatnya nak tersedar kan? Kalaulah saya macam ni masa belajar dulu, sure saya jadi best student, kan? Hehehe..tak pe la..jadi best student belum tentu banyak duit dan success dalam hidup. Yang penting usaha, tawakal dan usaha lagi, betul tak?
Salam kasih,

Mengapa perlu berbahasa kesat dan sumpah seranah?
Salam,
emm..tengok heading jer dah suspiciuos kan? Sebenarnya bukan saya yang dimaki hamun atau menggunakan kata-kata kesat.
Tapi saya heran dengan kebanyakan orang M’sia ni. Bila update status di Facebook, kenapa suka berbasa kest dan maki hamun?
Pelik saya.. kalau lelaki lain cerita, ini perempuan yang penuh kelembutan dan perlu jaga tatasusila.. pelik la..
Rasanya mak abah kita tak ajar la kita sumer maki hamun atau guna bahasa kesat masa kekecik dulu tapi bila dah besau naper la gunakan perkataan perkataan yang kurang manis tu yer?
Agaknya dah tak malu kot bila orang baca.. Orang yang baca pun mesti berkata-kata dalam hati ‘”apa ler dia ni, asyik maki hamun jer..Muka lawa..
emm..kalau dah bersuami, kan ke malu suami bila dapat tahu isteri suka maki hamun dan guna perkataan yang kurang manis tu. Mana la dia nak letak muka yer?
Ini bukan ditujukan kepada sesiapa tapi lebih untuk sedarkan kita-kita ni yang asyik terlupa..
Anti bahasa kesat & kurang ajar,

Azam tahun ini dan azam tahun baru
Salam,
sedar tak sedar dah makin hampir tahun 2010 dan dah nak berakhir pun tahun 2009.
Azam tahun ni dah tercapai ke belum? atau perlu direnew? ataupun terpaksa dilupakan dan buat azam baru yang lain?
Saya? Alhamdulillah. ada azam saya yang tercapai dan ada yang terpaksa saya renew.
Azam untuk dapat kenaikan pangkat dah pun tertunai. Syukur tak terhingga pada ALLAH S.W.T. Juga terima kasih pada bos saya dan company especially tang kenaikan gaji yang sebanyak 56% tu & bonus yang banyak bulan tu..suka aii uu..
Satu lagi azam, nampak gayanya terpaksa la saya renew kerana perlukan lebih perancangan yang teliti dan lebih kesungguhan. Azam nak ada kedai fizikal berkaitan mommy,baby & breastfeeding centre. Bukan tak ada peluang baru-baru ni untuk ambil alih satu kedai dan jadi franchaisee utk satu brand kedai baby di TESCO, Setia Alam tapi saya rasa elok jika saya meperjuangkan Baby N Me kerana cinta saya memang disini, di duna Breastfeeding. Maaf Mr. Liew sebab tak dapat bekerjasama dengan u n ur company. Mungkin belum tiba masanya.
Perancangan untuk 3 bulan pertama dah pun saya buat untuk Baby N Me. Kena pikir pulak apa utk 3 bulan seterusnya..
So, Friends..apa azam baru anda? Cerita la sikit..

Naik Pangkat?!
Salam,
hahaha…semalam dalam kekecohan keadaaan anak yang belum lagi sembuh sepenuhnya dan kami sekeluarga masih berkampung di bilik 222, KPJ Specialist hospital, saya mendapat satu berita baik. Hehehehe..waktu tu saya dalam perjalanan pulang sekejap ke rumah, kononnya nak ambil baju bersih dan nak basuh baju kotor (Mama & Papa datang melawat, apalagi ambil la peluang balik umah sekejap).
Dalam perjalanan tu sms masuk bertalu-talu..sambil menunggu lampu trafik, saya menyemak sms yang masuk. Semuanya mengucapkan tahniah..memula saya ingat derang ni buat lawak. Lawak nak mengenakan saya..almaklumlah dah 2 hari tak masuk opis, sure derang rindu nak tengok muka dan dengo sora ;P hehehe..tapi derang ‘cakap betul la..’
kemudian, phone call mula masuk bertalu-talu dpd kawan-kawan daripada department lain, semua mengucapkan tahniah.
Hahaha…hati dah mula berbunga-bunga..Senyum jer..Rasa tak sabar nak beritahu en. hubby tapi macam tak syok la pulak kalau beritahu dalam phone.
Tapi, ishk..jiwa mula kacau n asyik call en. hubby berkali-kali tanya kat mana. Sampai dia heran, kenapa la wife dia ni asyik mendail no. dia ni..
Akhirnya, mulut ni laju jer..”Bang, dah tak boleh sabar nak beritahu ni. dah tak tahan nak tunggu sampai jumpa.”
“Apa nyer?” tanya hubby.
“Hehehehe” gelak la dulukan sebelum beritahu. Orang terlebih gumbira, katakan.
“Ayang naik pangkat ler..hehehehe..”gelak lagi..en. hubby pun tetiba excited la cam wife dia ni. bertanya cam ner boleh tahu, saper yang beritau..pangkat apa?..bla bla bla..
Alhamdulillah, syukur pada ALLAH..Rezeki anak-anak la..
Anak-anak penguat semangat
Ini satu peningkatan dalam kerjaya. Juga sebagai petanda supaya saya berusaha lebih lagi dan agar lebih berdisplin la ni…kekekekeke..
Kepada GM saya dan juga kepada SM saya, Terima kasih bebanyak. Lama dah saya tunggu peluang ni. disaat saya dah rasa kecewa, tetiba bosses saya beri saya satu semangat yang baru. Thank you bos!
Ingat lagi kawan-kawan saya yang ada dalam gambar kat post Shooting dengan PA & MA?
Mereka juga sama-sama dinaikkan pangkat dan dapat peningkatan dalam kerjaya.
Kami sama-sama dah lama tunggu dan dah luput sikit semangat.
Semoga dengan peningkatan ini, kami akan lebih berusaha dengan gigih.
Aminnnnn..
Korang, tahniah yerrrrrrrr!!!
Salam Gumbira,

Solat Dalam Kenderaan
Salam,
Sebagai salah seoarang wargakota yang sering terperangkap dalam kenderaan berjam-jam lamanya sewaktu pulang dari kerja, saya amat suka nak berkongsi apa yang saya baca dalam Utusan Malaysia pada hari ini. Semoga kita-sama-sama dapat manfaat.
SOALAN:
Saya kerap tersekat di dalam kesesakan lalu lintas terutamanya pada sebelah petang iaitu ketika pulang dari pejabat. Saya difahamkan bahawa kita boleh melaksanakan solat di dalam kenderaan. Bagaimanakah kaedah atau caranya, tolong ustaz jelaskan kemusykilan di atas ini.
JAWAPAN
Solat adalah satu ibadah yang diwajibkan oleh Allah SWT kepada semua umat Islam dan pelaksanaannya adalah mengikut waktu dan tempoh masa yang telah ditetapkan (ditauqitkan).
Hal ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya. (al-Nisa’: 103).
Perintah menunaikan solat adalah bersifat tetap dan tidak berubah. Maksudnya, meskipun seseorang itu menghadapi kesukaran untuk menyempurnakan ibadah solatnya dengan mengikut setiap hukum, rukun dan tatacaranya, dia tetap diwajibkan mendirikan solat yang telah difardukan ke atasnya dengan beberapa kelonggaran. Dalam erti kata lain, syariat Islam memberikan beberapa kelonggaran hukum kepada orang yang dibebani dengan keuzuran atau hambatan akan tetapi syariat Islam tidak mengangkat kewajipan solat dari setiap umatnya sama ada lelaki atau wanita.
Baginda SAW pernah menunaikan solat dari atas unta, kuda dan keldai. Dari Jabir r.a. katanya: Pada suatu ketika Rasulullah SAW mengutusku untuk suatu keperluan, lalu aku pergi.
Setelah selesai melaksanakan tugas itu, maka aku datang kembali kepada baginda SAW. Lantas aku mengucapkan salam, tetapi baginda tidak menjawab. Justeru timbul dugaan di hatiku, Allah sahajalah Yang Maha Tahu.
Aku berkata kepada diriku, “Barangkali baginda SAW marah kepadaku kerana aku datang agak lewat. Kemudian aku memberi salam kembali, namun baginda tidak juga menjawab. Praduga di hatiku semakin bertambah. Kemudian aku memberi salam lagi, lalu baginda menjawab salamku”.
Lantas baginda menjawab: “Aku tidak mampu (terhalang) untuk menjawab salammu kerana aku sedang solat”. Ketika itu baginda sedang menunaikan solat di atas kenderaan; tidak menghadap kiblat. (riwayat al-Bukhari, hadis 639, jil. II] l Dari Amir r.a. katanya: Aku melihat baginda SAW menunaikan solat di atas kenderaan; baginda menghadap ke mana sahaja arah kenderaan (tunggangannya) itu menghadap. (riwayat al-Bukhari, hadis 567, Jil. II) l Diriwayatkan daripada Jabir r.a: Rasulullah SAW pernah mengerjakan solat (sunat) sambil menunggang haiwan tunggangannya (rahilah) ke mana pun baginda menghadap dan ketika Nabi SAW hendak mengerjakan solat wajib Nabi SAW turun dari tunggangannya dan solat menghadap kiblat (Kaabah di Mekah). (riwayat al-Bukhari, hadis 569, jil.2) Tatacara solatTerdapat pelbagai tatacara atau kaedah yang telah digariskan oleh Islam termasuklah tata cara solat di dalam kenderaan. Ia sama ada kenderaan tersebut bersifat terbang di udara seperti pesawat kapal terbang atau jet mahupun kenderaan daratan seperti kereta, lori atau kenderaan lautan seperti kapal, bot dan perahu.
Baginda SAW dan juga para sahabatnya pernah menunaikan solat di atas tunggangan mereka bagi mengelak dari terperangkap dalam cuaca hujan lebat. Dalam satu riwayat Ya’la ibn Murrah menerangkan bahawa para sahabat pernah bersama-sama baginda SAW dalam satu perjalanan lalu sampai ke satu lembah sedang baginda berada di atas kenderaannya; dan langit pula sangat mendung dan di bawahnya sangat basah.
Tatkala masuknya waktu solat baginda memanggil muazinnya lalu muazinnya melaungkan azan dan iqamat. Baginda lantas maju dengan kenderaannya dan solat berjemaah bersama mereka (para sahabat). Baginda memberi isyarat yang sujudnya lebih rendah dari rukuknya. Hadis di atas jelas membolehkan solat-solat fardu dilaksanakan di atas kenderaan jika seseorang itu menghadapi suasana kesukaran.
Solat sebegini adalah tetap sah jikalau kesukarannya itu adalah benar-benar ikhlas dan ia tidak perlu diulangi. Dalil lain yang membolehkan solat di atas kenderaan ialah hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah ibn Umar r.a. bahawasanya seorang sahabat telah bertanya kepada baginda SAW: Bagaimanakah cara untuk saya bersolat dalam perahu? Lantas baginda menjawab: “Solatlah di dalamnya dengan berdiri kecuali jika engkau takut tenggelam”. Imam an-Nawawi mengatakan: Menurut pendapat mazhab kami (Mazhab Shafie), apabila seseorang menunaikan solat fardu di dalam kapal maka tidak boleh baginya mengerjakan solat dengan duduk selama sanggup berdiri. Diserupakan orang itu dengan keadaan di darat. Demikianlah juga pendapat Imam Malik dan Imam Ahmad bin Hanbal.
Menurut pendapat Imam Abu Hanifah, boleh dikerjakan dengan duduk kalau kapal itu sedang bergerak. Kaedah menunaikan solat fardu atau sunat adalah sama alam apa jua situasi sama ada di darat, di udara atau di lautan melainkan apabila timbul kesukaran maka kesempurnaan gerak laku solat itu berkurangan selari dengan kadar kesukaran yang dihadapi. Ia mempunyai kesamaan dengan kaedah solat orang yang sakit dalam beberapa keadaan dan berbeza pula dalam beberapa keadaan lain. Perintah menghadap kiblat tetap hadir dalam ibadah solat fardu tanpa terkecuali berbeza keadaannya jika melakukan solat sunat berdasarkan hadis Jabir r.a yang disebutkan tadi.Berdasarkan pernyataan saudara, dalam situasi yang terdesak adalah lebih baik jika saudara menunaikan solat sebelum keluar dari pejabat. Ini kerana masuknya waktu solat asar sekarang pada jam 4.27 petang. Kebanyakan waktu kerja tamat adalah pada jam 5 petang. Sememangnya tidak menjadi halangan kepada saudara/saudari untuk menunaikan solat terlebih dahulu sebelum balik. Tambahan pula keadaan jalan raya ketika itu agak sibuk, sesak dan barangkali ditambah pula dengan kemalangan-kemalangan yang tidak diduga berlaku di jalan raya.
Pendek kata, sebelum membuat keputusan untuk menunaikan solat dalam kereta, saudara/saudari seharusnya berikhtiar mencari tempat atau lokasi yang bersesuaian untuk menunaikan solat. Solat haruslah ditunaikan di tempat yang bersih dan menghadap kiblat serta didahului dengan wuduk. Jika tiada tempat untuk solat maka tetaplah bersolat di tempat duduk sendiri (atas tunggangan atau dalam kenderaan) dan solatlah dengan sujudnya ditunduk lebih rendah dari rukuk.
Namun, jika tidak dapat menunaikan solat dengan menghadap ke arah kiblat pada ketika itu saudara perlu bertaharri dan meyakini bahawa saudara telah menghadap ke arah kiblat lantas berserah diri kepada Allah swt.Wallahu a’laam
Salam kasih,
