Archive for the ‘BABY & ME/ BABY N ME/ BABY AND ME’ Category
Zatul & Girls Di Ruangan Personaliti Majalah Pa & Ma Isu Jun 2010
Salam,
Tak tahu la ada yang perasan atau tidak, tapi bagi yang dah dapatkan majalah Pa & Ma untuk June 2010, selak-selak la .
Ada cerita saya & anak-anak di ruangan Personaliti.
Boleh baca juga cerita saya melalui online di SINI
Uhmm..Ramai kawan kawan yang tak perasan kerana saya telah di touch up oleh Cik Non, make up artis. Maka ramai la pula yang suggest supaya saya patut berpenampilan begini setiap hari. make up selalu..eeeerrr…aduh..dengan anak 2 orang ni, rasanya hanya sempat nak bubuh bedak jer..Lipstik pun jarang nak di calitkan dibibir.. Dengan terkejar-kejar masa sana sini, aii rasa buat masa skang ni bio la aii ni maintain sederhana jer..tapi akan datang blom pasti aa, kan.:D
Ada juga yang kata, saya banyak puji hubby saya.
Ya, puji ada makna tu tau..Mana tau dapat gelang emas ke, duit beribu ke masa hadiah harijadi saya nanti..hehehehe..
Abang, pepaham la yer..hahaha..
Ala, kan June ni isu hari bapa, so kena la puji skit, ye tak?
Salam Kasih,
Terima Kasih
Salam,
Saya sungguh terharu bila menerima kata-kata perangsang dan sokongan daripada follower saya.
Terharu sungguh di atas sokongan yang diberikan.
Walaupun kita tak pernah bersua dan hanya berkomunikasi melalui alam maya ataupun talian telefon, anda tetap menyokong saya.
Anda semua menjadikan saya lebih bersemangat dalam mendalami dan menyemarakkan lagi perasaan saya terhadap breastfeeding dan juga semangat saya untuk terus membantu dan menolong anda dalam breastfeeding.
Terima kasih yang tak terhingga kepada yang menyokong. Teruskan menyokong kerana tanpa sokongan anda, semangat saya mungkin akan luntur dan padam.
Siapalah saya tanpa anda sebagai penguat semangat saya. Komen banyak banyak kat sini tau..
(psttt…cam artis plak tulih cam ni..perasan habis tapi nak gak tulis utk cakap terima kasih)
Mekasih yer,
Kelas Asas Penyusuan Susu Ibu (June 2010)
Salam,
Kelas asas penyusuan susu ibu untuk bulan June 2010 akan diadakan pada tarikh , waktu dan tempat berikut:
Tarikh : 19 June 2010 (Sabtu)
Masa : 9.00 Pagi – 12.00 Tengahari
Tempat : Bandar Putera
Topik yang akan dibicarakan ialah:
1.Apa istimewanya susu ibu?
2. Bagaimana menjayakannya
3. Kemungkinan, Kekangan dan Mitos dalam penyusuan susu ibu
4. Penyimpanan dan Pengendalian susu ibu
Maklumat lengkat tengok posting kat atas mengenai kelas tu yer…
Mommies & daddies, minta tolong war-warkan yer..
Salam Kasih,
SALE sempana Hari Ibu
Salam,
Sempena hari ibu ini, Baby N Me akan mengadakan sale untuk barangan yang ada di ruang pameran kecil BABY N ME di rumah saya dan juga di kedai online www.babynme.com.my. Ini bagi menghargai ibu-ibu yang bakal menjadi ibu dan juga yang telah bergelar ibu.
Apa harapan anda sebagai ibu? Kalau sudi sharelah bersama saya. Bukan hanya sekadar harapan dalam penyusuan tetapi didalam apa jua lah.. boleh share?
Oh ya, Sale akan berlangsung daripada 26 April hingga 31 Mei 2010 ini. Jangan lepaskan peluang yer..
Salam kasih,
Update : Kelas Asas Penyusuan Susu Ibu (14 Mac 2010)
Salam,
Alhamdulillah, akhirnya selesai tugas saya pada tengahari tadi.
Menyampaikan ilmu yang tiada batasannya untuk ibu-ibu dan ayah-ayah yang sangat prihatin pada kesihatan dan kebaikan yang akan diperolehi oleh si manja tersayang.

sekitar kelas berlangsung
Seramai 16 peserta telah menghadiri menghadiri kelas ini. Anak-anak kecil juga tidak ketinggalan turut bersama-sama mommies dan daddies di dalam kelas ini. Semangat yang mommies dan daddies tunjukkan dalam nak memahami dan mengenal dunia breastfeeding amat dikagumi. Paling saya suka, ibu dan ayah saudara saya juga hadir ke kelas saya pada kali ini (mereka sangat muda ya).
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada para peserta kerana anda memilih penyusuan susu ibu. Semoga breastfeeding akan kembali menjadi budaya masyarakat kita dalam masa terdekat. Amin.
Team Baby N Me yang bertugas pada hari ini
Ini adalah testimonial yang dibuat di Facebook saya oleh salah seorang peserta kelas pada 14 Mac 2010 yang lalu.
Jumpa lagi di kelas yang akan datang!
Salam kasih,
p/s: ramai pulak yang jejak kasih semasa hadir ke kelas ini. Rakan-rakan lama bertemu semula..Tahniah..
Artikel Saya Di Mami & Baby (Mac 2010) dan BABY N ME Di PA & MA (Mac 2010)
Salam,
Dah beli majalah Mami & Baby dan juga Pa & Ma?
Dah keluar dah isu Mac 2010. Kali ini saya bercerita mengenai Kolostrum. Nanti Baca la yer..Kalau ada yang perasan sejak daripada awal-awal pembabitan saya dalam penulisan dengan Mami & Baby, saya juga mengendalikan ruangan Soal Jawab Laktasi di majalah yang sama.
Artikel MAC 2010
Ruangan Soal Jawab Laktasi
Dah baca ker?
Oh ya, Baby N Me juga ada keluar di Ruangan MAMA PUNYA di majalah PA & MA (Mac 2010). Ada perasan ker? Alhamdulillah.. Baby N Me juga dah dapat liputan dalam majalah. Walaupun kedai fizikal masih belum beroperasi di tempat yang sepatutnya dan hanya bersiaran terus dari bilik kecil di rumah saya, saya bersyukur kepada ALLAH kerana memberi saya kekuatan untuk mengendali dan menerajui jenama BABY N ME ini. Semoga BABY N ME terus maju ke hadapan. Semoga saya boleh bekerja sendiri tahun ini..Aminn..
Nanti Baca yer…
Salam Kasih,
WHOLESALE FOR TUNGKU MODEN
Saya peniaga kecil. Modal saya juga kecil.
Tapi bila orang minta stok barang wholesale secara consignment, saya rasa macam nak tercekik. Kenapa? Sebabnya senang saja.dah beri jawapan dah tadi pun. Modal saya kecil. Yang kecil tu saya dah keluarkan utk dapatkan stok. Stok itu pula saya hantar pada reseller saya. Tapi kalau reseller saya (yang saya lihat memang berkemampuan untuk membeli stok secara kredit/tunai) minta untuk consignment, bagaimana saya nak rolling modal saya, yer?
Emmmmmm… Boleh beritahu tak? Saya tak marah (ishk, saya ni susah nak marah skit) tapi ajak sama berfikir bagaimana cara utk rolling modal jika tak dapat payment. Saya juga ada invoices yang perlu saya bayar macam anda, betul tak?
Setahu saya, bila nak berniaga kena pandai dan berani utk ambil risiko. Tapi kalau tak nak ambil risiko cam ner yer? Jangan la buli peniaga kecil yang baru je nak bertatih ni yer.. Kesian saya..
Tak pe la kita lupakan kejap ler yer.. Ni saya nak share ni..
Saya nak ambil kesempatan nak war warkan jika ada sesiapa diluar sana nak dapatkan Tungku moden secara wholesale, boleh hubungi saya utk T & C. Nak tengok macam mana rupa tungku moden ni? Ini lah dia rupa tungku moden tu..
Saya ada beri warranty 6 bulan tidak termasuk jika bocor. Warranty hanya utk jika ianya tidak lagi panas yer.. tapi tengok juga kegunaannya. Kalau anda tidak jaga dan berterusan tidak menutup suisnya memang akan cepat rosak. Panaskan ia hanya 8 minit dan tutup plug. Kepanasannya akan tahan berjam-jam nanti.
Selain daripada tungku moden, anda juga boleh membuat wholesale utk barangan lain. Nak tahu T & C, meh contact saya. Isi borang ni yer atau email ke babynme.bonda@gmail.com
Meh bisnes,
Kenapa Tiada?
Salam,
Dalam saya belek-belek Pa & Ma bulan Jan 2010 ni, tetiba saya perasan, ’eh tak ada la logo sponsor yang sepatutnya ada kat ruangan cover baby tu’. Terus saya call Intan Pa & Ma. Tanya mengapa.
Oh, rupanya pihak grafik tertinggal. So intan janji Pa & Ma akan ganti semula dengan buat review mengenai Baby N Me di ruangan Mama Punya. OK la kalau cam tu, kan? Janji ada gantinya..
Salam Kasih,
Shooting dengan PA & Ma
Salam,
Isnin lepas saya ber’shooting’ dengan team majalah PA & MA di pejabat saya.Patutnya Khamis lepas tapi dah ditunda ke Isnin baru ni (7/12/2009) atas permintaan pihak PA & MA.
Hahaha..shooting pun buat masa lunch hour jer..Mekap-mekap pun tak dan/tak sempat. Sempat berbedak dan tenyeh lipstik member..almaklumlah saya ni jarang sangat nak bermekap sebab muka saya la ni sangat sensitif sesejak melahirkan Qaisara..Kalau dulu-dulu licin, skang ni dah berjerawat dan berparut..letih dah nak ilangkan. hehhe..
Oh ya shooting ni untuk majalah PA & MA isu tahun depan (kalau tak silap bulan Februari 2010). saya bercerita berkenaan isu kolostrum..
Semoga dengan sedikit ilmu yang ada didada akan dikongsi bersama-sama pembaca PA & MA. Semoga lepas ni ramai yang paham kenapa kolostrum tu penting dan kenapa hanya sedikit sahaja susu yang keluar pada hari-hari pertama kelahiran. Semoga tiada lagi rungutan mengenai baby tak cukup susu.
Saya sempat gak bergambar dengan kawan-kawan dipejabat & wartawan PA & MA, Pn. Intan Jastina Jamaluddin masa tu..

Saya dan kawan-kawan

Saya & Intan Jastina
Salam Kasih,
BABY N ME Di MATRADE Mini Exibition
Salam,
Saya sangat rasa berbesar hati kerana Baby & Me telah dijemput untuk menyertai Matrade Mini Exibition yang bemula pada 1 Disember 2009 dan akan berakhir pada 31 Disember 2009 ini.

Terima kasih kepada Puan Rosyidah kerana sudi menjemput BABY N ME menyertai exibition tersebut.
Oh ya tema Mini exibition tersebut ialah Services. Saya difahamkan yang tahun lepas (2008), Susuibu.com juga telah dijemput menyertai pameran tersebut.
Isnin lalu saya telah ke MATRADE untuk menyerahkan Flyers dan Barangan yang hendak digunakan dalam exibition tersebut. Oleh kerana saya tiada produk sendiri dan hanya menawarkan service consultation berkaitan breastfeeding, maka saya menggunakan barang-barang daripada supplier saya sebagai contoh barangan keperluan yang berkaitan dengan Breastfeeding dan flyers BABY N ME .



Nampak tak flyers BABY N ME dan brg-brg breastfeeding dlm kaca tu?
Terima kasih kepada Puan Mazlina & Puan Zalipah yang telah entertain saya semasa saya disana. Puan Rosyidah bercuti ketika saya ke sana (Nanti kita jumpa yer..).


Dikesempatan itu juga, saya sempat menyerahkan cenderahati berupa Buku Panduan Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Berkerjaya kepada Cik Noraini Mohd Nor, Timbalan Pengarah, Seksyen Perpustakaan MATRADE (gambar dibawah) sebagai tanda terima kasih saya kepada pihak MATRADE diatas kesudian mereka menjemput BABY N ME menyertai pameran tersebut.


Buku panduan tersebut adalah untuk menambahkan lagi koleksi buku yang ada di library MATRADE.
Sekali lagi saya mengucapkan TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA SEMUA KAKITANGAN MATRADE kerana sudi menjemput BABY N ME untuk menyertai Mini Exibition tersebut.
* Minggu ini saya bz bangat: Isnin ke Matrade & Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Rabu – mlm ada appointment, Khamis – shooting dgn majalah PA & Ma, Jumaat : Nak pi Perbadanan Harta Intelek, Sabtu – Nak bawa anak-anak buat check up kat KPJ Selangor Specialist Hospital . Saya juga ada 2 artikel + 3 soalan breastfeeding yang perlu dijawab dan perlu disubmit ke 2 majalah (MAMI & BABY dan PA & MA yang deadline nya dah makin hampir iaitu awal next week (maknanya saya kena bekerja pada Weekend ini). Waaaa…naper la masa ni macam tak cukup jer 24hours?
Salam Penuh Ke’BZ’an,






















