Archive for the ‘BABY & ME/ BABY N ME/ BABY AND ME’ Category
Under Construction
Assalamualaikum,
Macam mana puasa 3 hari ni? boleh? Sempat sahur? Saya ok jer. Qistina cam biasa la setengah hari jer.
Oh ya, Baby N Me online store skang ni sedang under construction yer. Jadi kepada yang nak beli Baby Khalifah Learning Series boleh terus email ke admin@babynme.com.my. Nanti Kami balas email dan beritahu detail pembayaran dan sebagainya. Namun begitu, dukacita dimaklumkan bahawa promosi harga RM85/pek telah tamat pada 31 Julai yang lalu. Harga telah kembali ke asal iaitu RM90.00. Kepada yang berminat nak beli Baby Khalifah secara borong, anda dialu-alukan tapi once dah ambil secara borong, anda ada komitmen untuk ambil 10 pek setiap bulan. Itu syaratnya. Kalau setuju, boleh email ke alamat email di atas la yer.
Juga kepada yang sudah buat order daripada Baby N Me, barangan anda telah di kurier. Jangan risau, kami ada rekod jualan.
Ok, Selamat Berbuka.
Salam kasih,
Offer Untuk Bulan Mac 2011
Assalamualaikum,
Baby N Me kini menjadi salah satu daripada reseller barangan Mama Stylo yang dilhamkan oleh SARAKIDS. Untuk tengok offer bulan ini, sila ke PACKAGE DEAL atau klik kat gambar dibawah ini.
Happy Shopping!
Salam Kasih,
Benarkah Milk Booster/Supplement Menjadi Penyelesaian Masalah Kurang Susu?
As Salam,
Kebelakangan ini, ibu-ibu yang berjumpa dengan saya sering mengadu mengenai masalah kurang susu. Di kalangan mereka, ramai yang bertanya bagaimana boleh diatasi masalah kurang susu ini. Bila di soal selidik, ramai dikalangan mereka yang terlalu bergantung harap kepada supplement/ milk booster dan kurang mengambil berat mengenai kekerapan penyusuan dan kekerapan pengosongan payudara yang betul. Bukan mereka sahaja tetapi mungkin ramai lagi di luar sana yang culas dan terlalu mengharapkan keajaiban daripada milk booster dan supplement yang sering digembar gemburkan dapat menambah penghasilan susu dan memekatkan susu ibu.
Pada pandangan saya, bukanlah menjadi satu kesalahan kalau inginkan susu badan yang banyak.Itu namanya naluri keibuan dan ianya sangat mulia kerana niat itu bersangkut paut dengan tanggungjawab kita pada si kecil. Juga bukan menjadi kesalahan jika ingin mencuba pelbagai supplement/milk booster yang dipercayai dapat meningkatkan penghasilan susu ibu. Tetapi pengambilan supplement/milk booster/ ini sebenarnya perlu seiring dengan usaha yang kerap untuk mengosongkan payudara (breast) ibu kerana ia sangat perlu/penting dan menjadi kunci utama dalam konsep supply & demand yang mana sangat penting dalam proses penghasilan susu ibu. Kalau payudara tidak dikosongkan ataupun tidak kosong dengan betul, bagaimana susu yang baru nak dihasilkan, bukan?
Secara logiknya la sebagai contoh, kalau hari ini kita memasak, dan kemudian anak dan hubby makan hanya sedikit aje. Kemudian kita masak lagi, masak sikit jer sebab lauk semalam ada lagi. Kemudian hal ni berlarutan selama seminggu,.Hubby dan anak hanya makan sikit setiap kali kita masak dan panaskan balance lauk semalam. Kemudian cukup seminggu kita pun dah malas nak masak lagi sebab lauk semalam banyak lagi. Kita hanya panaskan lauk balance semalam dan hubby/anak dah tak nak makan-makan lagi dah sebab kita hanya hidangkan lauk yang dipanaskan tu. Akhirnya kita dah completely malas nak masak dan hanya beli la makanan kat restoran makanan segera sebagai ganti.Buat apa nak masak ek kalau dah tak de orang nak makan? Nampak tak kesannya?
Ha, cam tu la badan kita berfungsi, kalau susu tu dikeluarkan sepenuhnya, maka breast kita akan produce susu lain. Tapi kalau tak dikeluarkan, buat apa nak hasilkan susu yang lain sebab balance susu masih ada dalam breast, kan? Penyudahnya, breast kita dah bagi signal kat otak, tak payah la susah payah nak hasilkan susu sebab keperluan dan permintaan tak banyak. Akhirnya susu kurang/ kering dan kita kena la beli susu segera dalam tin atau kotak kat pasaraya. Nampak tak persamaan dengan contoh diatas tadi?
Satu lagi kesan akibat kurangnya pengosongan breast (samada menyusu bayi atau pengepaman), air susu badan ibu akan lebih cair kerana mengandungi lebihan air dalam kandungan susu tadi.Ramai yang mengeluh kerana susu cair dan anak cepat lapar bila diberi susu ibu. Ramai yang tidak perasan dan sedar akan kesan yang satu ini. Petuanya senang saja, kalau nak susu nampak pekat, kerapkan pengosongan payudara tadi.
Jadi kosongkan breast dengan betul, kerapkan penyusuan/pengepaman dan jika nak ambil supplement/milk booster, kaji dulu samada ianya sesuai atau tidak dengan condition/tahap kesihatan diri kita dan bukannya sekadar menjadi pengikut kepada amalan orang lain. Ini kerana bukan semua milk booster sesuai dengan semua orang.
Daripada sudut lain iaitu dari segi perniagaan, saya lihat sikap kebergantungan ibu-ibu kepada milk booster dan supplement ini, adalah ”KEJAYAAN DAN KEBERKESANANNYA PEMASARAN/MARKETING” oleh agen-agen pemasaran syarikat yg menjual produk ini. di dalam perniagaan, kejayaan ini diiringi dengan kata EXCELENT tetapi dari sudut penyusuan ibu, ianya dilihat menjurus kepada satu MASALAH kerana jalan penyelesaian kepada masalah kurangnya penghasilan susu ibu telah DITENGGELAMI oleh populariti milk bosster/supplement tadi.
Akhirnya kata, tepuklah dada dan tanyalah BREAST! 8D
Salam Kasih,
SPECIAL PRICE : Baby Khalifah Learning Series
Salam,
Wah ini ada SPECIAL PRICE untuk mereka yang berminat untuk membeli Baby Khalifah Learning Series dan nak dapat diskaun.
Setiap pembelian 5 unit Baby Khalifah Leaning Series akan dapat 5% Diskaun utk daripada Baby N Me.
SO apa lagi, meh pakat-pakat dengan kawan-kawan untuk sama-sama beli Baby Khalifah Leaning Series. JOM!!!
Baby Khalifah Learning Series
Asslamualaikum,
Baby N Me dengan bangganya mengumumkan kini kami merupakan pengedar sah bagi product Baby Khalifah Learning Series. Apa itu Baby Khalifah Learning Series? Apa yang boleh anak-anak kita dapat daripada Baby Khalifah Learning Series?
Perasan tak kita selalu suka belikan anak-anak kita CD yang ada Character cam Barney, Upin Ipin, Mickey Mouse, Dora The Explorer, Word World, etc. Ha, Baby Khalifah Learning Series ni pun macam tu la. Dia ada character yang dinamakan Aishah tetapi ianya lebih memberikan penekanan kepada asas pendidikan Islam khusus untuk anak-anak yang berumur 6 tahun ke bawah dan Bahasa pengantarnya adalah Bahasa Inggeris.
Pengisian modul ini adalah Islamik yang merangkumi 6 modul iaitu
1. MyFirst Arabic
2. MyFirst Solat
3. MyFirst Iqra
4. MyFirst Kalimah
5. MyFirst Adab
6. MyFirst Family
MyFirst Arabic
Melalui modul ini, anak-anak kita akan dapat belajar mengenai warna, bentuk, nombor dan hari.
MyFirst Solat
Modul ini pula, anak-anak akan diajar cara berwudhuk, azan,waktu solat dan arah kiblat, etc.
MyFirst Iqra
30 huruf dalam bahasa Arab akan diajar dalam modul ini
MyFirst Kalimah
Ucapan Allahuakbar, Alhamdulillah, Subhanallah dan Bismillah ada diajar dalam modul ini.
MyFirst Adab
Ha, dalam modul ni pulak, akan diajar tentang kejujuran, kebenaran, kesabaran ,etc.
MyFirst Family
Dalam modul ni pula akan diajar salasilah keluarga dan, tanggungjawab dan adab.
Ha nak anak pandai English dan sekaligus mempelajari asas agama Islam, elok la kita pasangkan CD- CD yang berteraskan agama. Selama ni, kalau kita kata CD-CD dan character daripada oversea dan kita kata banyak membantu anak-anak kita berbahasa Inggeris dan mengenal huruf/warna, etc, kini product dari Malaysia yakni Baby Khalifah Learning Series + Aishah dapat juga berbuat macam tu. Bangga saya dengan usaha orang Islam Malaysia ni.
Berapa harganya? Harganya tak mahal, hanya RM90 untuk satu set lengkap. Dengan RM90 anda akan dapat 6 CD interaktif, 6 buku kerja, satu set kad imbas (flash card), penanda buku, satu set pensil warna dan juga pelekat kereta.
Untuk demo boleh klik BABY KHALIFAH LEARNING SERIES. Best tau.
Orang kata, kalau kita pentingkan pendidikan agama, yang ilmu duniawi yang lain akan datang dengan sendiri. Tapi kalau kita pentingkan ilmu duniawi dahulu, yang ilmu agama ni belum tentu akan sampai dan datang dalam hidup anak-anak kita. Jadi pilihlah yang terbaik untuk anak-anak kita.
Semoga anak-anak kita akan jadi anak-anak yang soleh dan solehah, aminnnnnnn!!
Sesiapa yang berminat boleh email ke admin@babynme.com.my atau sms ke 016-3855189. Siapa cepat dia dapat!
Salam Kasih,
Baby N Me kena Hacked!
Salam,
Apa khabar? Saya alhamdulillah. Anak-anak?Qistina alhamdulillah, Cuma batuk dan selsema sikit jer. Qaisara kurang sihat sejak 2 hari lepas dan kini masih dalam proses untuk sembuh. Dia demam panas. Terkejut juga la saya bila check suhu badan dia guna termometer. Tinggi sampai 39.8 darjah celcius. Padan la dia asyik merengek dan nak berdukung aja. Saya bercuti 2 hari untuk jaga Qaisara.
Emm, perasan tak yang website saya kena hacked? Abis beralih semua benda. Sabar jer la. Jahat sungguh para penggodam ni. Tak de kerja lain. Sayik nak merosakkan kerja orang jer.
Sekarang ni sedang dalam proses membetulkan apa yang patut supaya website tu kembali kepada yang asal.
mood: jiwa kacau sebab banyak benda nak kena settle.
Salam Kasih,
BREASTFEEDING CLASS
This is sticky post. Please scroll down for another new posting and sweet story from
ZATUL & BABY N ME.
Salam,
Akhirnya setelah sekian lama menyepi, kelas Asas Penyusuan kini kembali menemui anda. Butirannya anda boleh dapati di BREASTFEEDING CLASSES yang terdapat diatas. klik saja dan anda akan dibawa ke maklumat kelas yang akan diadakan.
Kelas terkini adalah pada 18 Disember 2010. Jumpa anda di sana!
Salam Kasih,
DAH TERTULIS…
Salam,
Bila kita cakap pasal takdir ni kan, memang tak leh buat apa la..
macam saya ni, plan tak mahu cuti raya lama sangat sebab nak ambil cuti masa bulan Oktober ni sebab SILC dan training MBfPC..
Tapi…apalah daya saya untuk melawan takdir, dah tertulis yang saya akan bercuti sakit selama 2 minggu selepas hari raya kerana chicken pox. Dan rentetan dari itu, dah tertulis juga takdir yang cuti saya untuk ke SILC minggu depan tak di luluskan..
waaaaaaaaaaaa..cedihnyaaaaaaa…..
Tak pe la bukan rezeki saya untuk hadir ke SILC..Allah dah aturkan satu perjalanan lain untuk saya, mungkin…
Saya pasrah dan redha.
Salam Kasih,
Interview lagi
Salam,
Saya diinterview sekali lagi oleh Majalah Pa & Ma sempena isu Ogos 2010.
Saya diinterview kali ini dengan tajuk Breastfeeding & Sex..
emm..jarang kita orang melayu nak bicara pasal ni kan..
Nanti baca la yer..
Baby N Me juga menyumbang kepada kumpul dan menang di majalah Pa & Ma bagi isu Ogos 2010..
Salam Kasih,













