Archive for the ‘Uncategorized’ Category

Hutang

Salam,

Ya, saya masih berhutang satu article berkaitan car seat. Memang ramai yang bertanya, bagaimana saya boleh melatih anak saya duduk diam-diam dalam car seat.

Nanti saya cerita, saya masih belum ada kesempatan  utk menulis pasal car seat sebab menulis bukan boleh hentam kromo sahaja tapi memerlukan sedikit penyelidikan dan mendapatkan maklumat terperinci yang sahih sumbernya..

Nanti kita cerita ya.

Salam Kasih,

Hadiah Harijadi :: Basikal

Salam,

Akhirnya semalam saya belikan juga basikal sebagai hadiah harijadi untuk Qistina. Tapi bukan basikal Barbie seperti yang diminta.

Kata hubby saya, jangan ajar anak beri barangan mahal dan berjenama, nanti takut terbiasa sampai besar. So semalam selepas saya selesai dengan tugasan di Kelas Asas Penyusuan Susu Ibu di PJ, saya  terus lari ke MLO, Sri Kembangan sekejap untuk ambil stok Pam Mamivec yang diorder oleh salah seorang peserta kelas.

Dalam perjalanan pulang, teringat pulak yang My Dear sedang buat warehouse sale dan akan berakhir semalam juga. So saya ke sana dan kebetulan ada la 2 basikal warna pink. Kira ok la tu.. Tayar belakang tambahan yang lebar, kira boleh la..Keselamatan basikal saya rasa dah ok dah.Jadi terus jer beli..

Masa saya sampai di rumah, Qistina, Qaisara dan Hubby sedang tidur petang. Kesian hubby sebab kena jaga anak seharian.

Thank you, Darling!

Agaknya bila saya dan adik saya, Aishah bercakap cakap, Qistina terjaga. Terus Adik saya beritahu Qistina yang Ummi belikan dia basikal baru.

Huh, terus bingkas bangun dan keluar untuk melihat basikal. Terus suruh unwrap basikal yang dibungkus dalam plastik.

Terus cuba kayuh keliling kereta Ummi..hehehe..Senyum jer dia bila dapat basikal. Lebar plak tu..

Senyuman Manis Qistina :: Gambar oleh FeverPictures

Salam Kasih,

Testimonial Mengenai Breastfeeding Consultation – Mekasih

Salam,

Saya sedang menggodek-godek blog Kak Zaiton. Lama tak membaca dan memberi komen di sana.

Tetiba ada satu posting yang Kak Eton tulis yang buat saya ala-ala blushing dan kembang  jiwa sikit.

Huhuhu..Kak Eton, thank you la for the compliment.. Segan aii u.. Kepada ananymous yang beri komen

tu pun mekacih la yer atas pujian yang diberikan.

Saya bukan buat apa pun, just tulun apa yang boleh dan membantu memberi ketenangan jiwa pada ibu-ibu ni jer sebab kita sebagai manusia memang akan selalu memerlukan sokongan dan perlu diberi semangat..

Sejujurnya saya juga adakalanya juga menghubungi rakan-rakan lain untuk dapatkan sokongan &  semangat dalam breastfeeding kerana saya juga seorang manusia. Apa yang anda hadapi saya juga alaminya..

Kak Eton, Tahniah kerana anda mendapat let down kembali!

Salam Kasih,

Itinerari Program Untuk Kelas Asas Penyusuan Susu Ibu Pada 14 Mac 2010 (Ahad)

Salam,

Kepada para peserta kelas, berikut adalah itinerari program pada hari tersebut. Email berkenaan juga akan diemail kepada peserta.

KELAS ASAS PENYUSUAN SUSU IBU
14 MAC 2010
9.00 Pagi – 12:30 Tengahari
Bilik Tiara Zamrud, Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor
*Flat rate parking @ RM4.50

Itinerari Program :

8: 45 – 9.00 : Pendaftaran Peserta & Sarapan Ringan

9.00 – 9.05 : Kata-kata Aluan

9.05 – 9.45 : Istimewanya Susu Ibu

9.45 – 10:30 : Bagaimana Menjayakannya

10:30 – 10.45 : Jamuan Ringan & Tayangan Video

10.45 – 11.30 : Kemungkinan, Kekangan & Mitos Dalam Penyusuan

11.30 – 12.15 : Penyimpanan dan Pengendalian Susu Ibu

112.15 – 12.30 : Soal Jawab

12:30 : Bersurai

Sebarang pertanyaan, boleh telefon 016-3855189

Jumpa Di Sana!

Salam Kasih,

Support Group Meeting 2 (Susuibu.com)

Salam,

Berikut adalah butir-butir SGM2 susibu.com seperti dibawah :

Topic: Managing Myths in Breastfeeding
Tarikh: 28 March 2010
Waktu: 9am-10am
Tempat: Tasik Cempaka, Bandar Baru Bangi.
Konsep: Pot Luck
Tema: Purple

Selepas SGM seperti biasa ada demo BW daripada wakil MBM. 

Dan juga playgroup Session for kids, 2-6 years old (with guardian, father or etc)
Fees: RM17 per head
(limit for 15 kids only)
Conducted by Teacher Farah

Insyallah 

Sila daftar kehadiran untuk SGM2 disini

Jika ada anak2 yang nak menyertai playgroup sila daftar disini:
DAFTAR PLAYGROUP

Salam Kasih,

Kempen Cuti Bersalin Berbayar 90 Hari

Salam,

Semalam NUBE telah melancarkan kempen 90 hari untuk ibu bagi mendapatkan cuti bersalin berbayar kepada ibu-ibu selama 90 hari. Target adalah untuk mendapatkan sebanyak 1 million tandatangan rakyat Malaysia untuk tujuan ini dan tandatangan ini akan diserahkan kepada kerajaan Malaysia meminda Akta Employment 1955 untuk mencerminkan lanjutan cuti bersalin berbayar kepada 90 hari.

Bagaimana? Boleh sign petition ni? Benefit untuk kita bersama dan juga untuk anak cucu kita juga. Meh kita sign! click ajer kat banner kat bawah ni..

Banyak kebaikan yang akan kita dapat bila cuti 90 hari. Dapat jaga anak dengan lebih lama, dapat exclusive breastfeed baby (direct dpd payudara) dengan lebih lama, Kasih sayang pun akan bertambah erat, Masa untuk kita pulih daripada kesab bersalin tadi pun lebih lama, banyak lagi la..Jangan banyak cerita, meh sign..

Salam Kasih,

Perkhidmatan Untuk Service Spectra 3, Spectra 7, Spectra 2 Dan Adik beradiknya

Salam,

Baby N Me dan saya mengorak langkah lagi. Kali ini kami sudah bersedia untuk memberikan perkhidmatan untuk service breastpumps yang tersenarai di heading post ini. Boleh jumpa saya di Bangunan TM Annexe 2 atau di bandar Putera, jika anda memerlukan service ini. Saya akan cuba membantu anda. Tugas saya ialah memeriksa samada suction breastpump anda ok atau tidak dan jika tidak ok, saya akan membantu anda untuk service breastpump tersebut di pusat service Spectra.

Bantu membantu amalan mulia, kan..

Salam kasih,

Qistina & Qaisara – 1st Time Jumpa Dr. Gigi aka Dentist

Salam,

Dalam saya tidak sihat dan tidak boleh mengangkat berat yang melebih 5 kg atas saranan Pakar Otopedik, Saya gagahkan juga untuk memandu dan membawa anak-anak saya ke dentist buat pertama kalinya. Bukan apa masa saya bercuti ni la yang ada masa untuk bawa jumpa Dentist. Seminggu yang lepas, saya asyik berulang ke hospital untuk buat fisio. So seminggu yang ada ni, saya akan cuba siapkan kerja-kerja saya yang belum selesai. Minggu hadapan dan mula kerja semula, takut tak sempat pulak.

Macam-macam ragam anak saya masa jumpa dentist. Qistina yang excited terlebih nak jumpa dentist, akhirnya jadi penakut bila tengok kerusi yang digunakan untuk rawatan. Memang tak mau duduk mulanya. terpaksa la Qaisara yang cinonet tu dulu naik kerusi untuk check up. Tapi masalah lain la pulak. Dia tak mau buka mulut. Jenuh la Dentist tu dan saya pujuk supaya dia buka mulut.. Dah dekat 5 minit baru nak buka sikit.. Sabar jer..

Bila sampai giliran Qistina sekali lagi, masih gak dia tak mahu naik duduk di kerusi rawatan. Terpaksa didukung dan diletakkan ke kerusi. Tapi cepat aja  Qistina buka mulut tanpa disuruh bila duduk di kerusi..hahaha. funny..

Kalau ikut saranan pergigian anak-anak kita disarankan untuk dibawa ke dentist sewal dia tumbuh gigi. tujuannya sebagai membiasakan diri mereka dengan rutin tu. Tapi tu la, saya ni, anak dah nak masuk 4 tahun, baru ada kesempatan..Selalunya saya bawa diri saya sendiri jer, curi-curi masa dalam waktu rehat pejabat. Kira Qaisara bernasib baik la sebab seawal setahun lebih umur dia, saya dah bawa ke berjumpa Dentist.

p/s: Dentist cakap gigi Qistina dah start ada lubang kecil di belakang gigi disebabkan minum susu sebelum tido.. Gigi Qaisara pulak, OK walaupun nampak besar skang ni sebab nanti bila saiz badan dia besar, gigi tu nampak ok. So kepada antie antie noti yang selalu ejek Qaisara, dah paham kenapa gigi dia nampak beso?

Salam Kasih,

Sedih & Marah Bercampur Kasihan

Salam,

Saya sedih kerana kanak-kanak yang meninggal kerana didera oleh teman lelaki ibunya. Sedih kerana manusia yang buat begitu tidak menggunakan akalnya yang ternyata jauh lebih bagus sebagai seorang dewasa kepada seorang anak kecil yang masih tidak mengerti apa-apa dan hanya perlu tunjuk ajar dan kasih sayang.

Pergilah sayang, andai ini yang terbaik buat mu. ALLAH lebih menyayangi mu dan juga ibu mu. ALLAH ingin menyelamatkan akhlak serta iman ibu mu dan menyelamatkan adik-beradik mu daripada kerosakan yang lebih dashyat.

Bukan tak marah. Sebagai manusia yang tidak tahu hujung pangkal dan hanya berdasarkan cerita daripada suratkhabar, saya memang marah tapi saya juga kasihan kepada ibu kanak-kanak ini. Kenapa saya kasihan? Kerana pada usia muda beliau diuji dengan pelbagai dugaan dan tidak ada orang yang datang memberi bimbingan. Lalu hanyutlah dia membawa bersama anak-anaknya ke alam pura-pura dan penuh noda.

Saya lihat dan baca, berapa ramai yang mengutuk ibu muda ini kerana perlakuan sumbangnya dan juga kerana perlakuan terkutuk teman lelakinya yang sehingga membawa kepada kematian si kecil tersayang. Tetapi sebagai seorang manusia yang  juga diberi akal, adilkah kita untuk mengutuk, mencaci dan mengadili seorang manusia yang lain? Sedangkan kita dalam tidak sedar ataupun sedar mungkin juga telah melakukan kesilapan dan dosa-dosa yang juga kita nafikan?

Salah memang tetap salah. Dosa besar tetap dosa besar. Haram tetap haram. Tak dinafikan. Tapi daripada kita mengutuk dan mencaci, kenapa kita tidak ambil ikhtibar daripada ‘kisah’ ini untuk dijadikan sempadan agar kesilapan yang sama tidak berlaku di kalangan ahli keluarga kita. Bukan apa, zaman ini, selalunya orang kata “ALLAH bayar cash”. So mungkin hari ini, cerita dia yang keluar. Esok lusa, saper yang tahu..

Salam Kasih,

BESTFRIEND

Salam,

Apa perasaan anda bila anak anda memberitahu semua orang yang anda merupakan Bestfriend dia? Suka, bangga dan terharu, kan? Itu lah perasaan saya.

Malam tadi, Qistina mengumumkan kepada atuk, Wan dan Mak Su yang Ummi adalah bestfriend Qistina. hahaha..dan dia asyik memanggil saya dengan panggilan Bestfriend sampailah dia tidur..

Qistina,
ingat yer, kita akan jadi Bestfriend untuk selamanya. Ummi sayang Qistina! Adik Qaisara, adik pun bestfriend Ummi juga untuk selamanya. Ummi pun sayangggggggg adik!

Qistina & Qaisara

Salam Teramat Sayang buat ‘Bestfriends Ummi’,

logo
Baby & Me Facebook Fan
Zatul Ramzi On Twitter



logo
I Can Teach My Child
Dila
Tags
Calender
April 2026
M T W T F S S
« Mar    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  
Disclaimer

1. Declaration of most of the articles are written and owned by blog owner based on the blog owner knowledges in lactation, breastfeeding and also based on personal experience. If you have any hesitation in any article or fact, please email blog owner
for confirmation or for correction. Please do not use all the articles without permission. Please email blog owner ; Zatul Hijanah Ramzi via zatul@babynme.com.my to do so.

2. Declaration of maybe some articles are copy from others website/blog. Blog owner; Zatul Hijanah Ramzi is not liable to legal action if the facts contained in the articles either taken from other blogs are wrong or miss fact.

3. Declaration of image(s) (exclude general picture from google and friends) are the personal property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi.

4. Declaration of image usage including all family & personal's image(s) (exclude general picture from google) is strictly prohibited without the written consent of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

5. Declaration of editing or removing the watermark on image(s) is strictly prohibited and automatically qualifies as breach of intellectual property of the blog owner; Zatul Hijanah Ramzi. Failing which may result in possible legal action against the involved party using the image.

6.Declaration if any inappropriate comments will not be approved or discarded at the discretion of the blog owner. Its a blog owner right to do so.