Archive for the ‘Uncategorized’ Category
Shooting lagi
Salam,
Minggu lepas shooting lagi dengan PA & Ma. Kali ni untuk ruangan personaliti untuk issue bulan Jun 2010. TQ pada team Pa & Ma yang sudi nak interview ’akak’ yang masih serba kekurangan ni.
Masa shooting ni, Qistina memang bad mood..habis dalam semua pose dia tak mahu bagi kerjasama. Sampai tension kita orang. Dia tak de mood nak bergambar. Tak de mood nak senyum..Tak de mood nak pandang kamera..Aduhhhh, geram rasanya tapi tak per, adik dah tolong cover..
Selesai jer shooting tengahari tu, saya hidangkan nasi ayam buat team Pa & Ma. yer la orang dah datang ambil gambar dan nak bagi publisiti, takkan nak biar balik perut lapar, kan..naya jer nanti.. n sori, tak dan nak ambil gambar, ‘akak’ bz nak layan tetamu makan..
Nanti jangan lupa beli Pa & Ma bulan Jun 2010 tau…
Support Group Meeting Ratuhati.com
Salam,
Susu ibu pilihan terbaik untuk si manja. Kurang persediaan, ilmu dan sokongan, menyebabkan ada yang kecundang. Mari, ayuh, jom kita sertai sama-sama perjumpaan ini! Sama-sama menyokong, sama-sama berkongsi ilmu dan pengalaman.
Tajuk Perbincangan: Persediaan Semasa Hamil untuk Menyusukan Bayi
Peserta: Semua dijemput hadir (ibu hamil atau tidak, semua boleh ikut serta)
Makanan: Potluck
Bayaran: PERCUMA!!
Format perjumpaan:
Perjumpaan dan perbincangan dalam kumpulan berkenaan topik “Persediaan Semasa Hamil untuk Menyusukan Bayi”. Perbincangan akan dimoderate oleh moderator yang terlatih dalam penyusuan susu ibu.
Warna Tema : Merah / Hitam / Putih
Nota: SGM ini adalah anjuran Ratuhati.com
JOM!!!
Salam Breastfeeding,
Dah memilih dah..
salam,
Hari ni saya nak cerita pasal anak dara saya yang no 2, Qaisara. Makan dah memilih dah sekarang ni…dah payah nak makan..
Sebelum ni, Badan ajer kecil comey lote tapi bukan main kuat makan dan telan ajer apa yang kita beri. Nasi, lauk, sayur, buah,etc..tapi sejak seminggu dua ni, bukan main lagi susah nak suapkan nasi dalam mulut dia.. Kalau tak setiap kali orang yang berlainan makan, dia sama nak makan tapi la ni dah memilih nak makan lauk ajer..nasib baik makan juga.. Nasi ada la dalam sesuap dua..Yang lain lebih nak lauk ajer.
Minum susu pun tak habis kalau kita beri 4 oz.. membazir sungguh..kalau menyusu nenen siap boleh demand time..uhh sabo jer..
Nasib baik la dia nak makan multivitamin+omega 3 tu, kalau tak, makin kecik la adik nanti..
Kakak? uhhh..sejak azali susah nak makan..salah ummi juga dulu.. ilmu kurang masa tu, bila anak refuse makan, ummi offer susu jer..sampai sekarang penyudahnya, kalau tak nak makan, dia minum susu jer.. janji sihat la kakak..
Salam Kasih,
Mengapa harus buang
Salam,
Lately ini makin kerap pula keluar cerita dan berita mengenai bayi yang dibuang. Jiwa dan hati saya sedih bila membaca cerita-cerita begini. Terasa pedih macam dirobek dengan pisau. Air mata pun begitu senang mengalir bila membaca nasib baby baby yang dibuang ini.
Saya faham, rasa bersalah, rasa takut, rasa malu dan seribu lagi rasa bila dah hamil diluar nikah. Apatah lagi bila sang lelaki yang disayang dan disangka akan melindungi dan bertanggungjawab tidak mahu ambil peduli atau terus lari daripada tanggungjawab yang sepatutnya. Tinggallah wanita ini menanggung malu dan menanggung tekanan dan akibat keseronokan sementara yang telah dilalui bersama. emm..Lelaki senang la, kerana bukan dia yang membawa perut..Cuba kalau dia yang bawa perut dan wanita pulak tinggalkan mereka. Baru padan muka.
Tapi mengapa sampai sanggup buang bayi? Tak ada rasa kasih dan sayang langsungkah bila sudah terpandang wajah baby dan bila sudah dipeluk baby tu? Kalau tiada pun mengapa dibuang dalam tong sampah. Tinggalkanlah di depan rumah orang kah, di suraukah…di depan pejabat ka..
Saya rasa bagi orang yang sudah berkahwin dan masih belum dikurniakan cahayamata atau orang yang susah untuk hamil dan perlu rawatan bila inginkan cahayamata), pastinya lebih sedih bila membaca berita berita bayi dibuang ini. Ialah mereka yang terlalu menginginkan anak tapi belum diizinkan ALLAH. Tapi mereka yang senang dapat baby, buang anak macam buang sampah kulit tembikai saja lagaknya..
Satu ketika dulu, saya mendengar rancangan SINAR Pagi di Sinar.fm. Ada seorang lelaki ni yang juga dibuang dan dijumpai di tong sampah, sampai menangis bertanya kepada ibu yang tidak pernah dia tahu rupa paras apatah lagi untuk dipeluk. Dia bertanya, mengapa dia dibuang. Sudahlah buang, letak pula di dalam tong sampah. Nasib baik pekerja DBKL jumpa, kalau tidak, arwah la juga agaknya. Tangisan dan pertanyaan dia, menyebabkab saya yang sedang memandu ketika itu, turut sama menangis dan sedih. Senang cerita, saya turut dapat menyelami hati dan perasaan dia…
Perlu ingat yang dosa yang kita buat memang akan sentiasa menghantui diri kita sampai hujung nyawa dan sampai di SANA nanti.. sanggupkah kita menangungg bebanan perasaan akibat dosa ini sampai mati? ALLAH…
Senang cerita andai anda kenal sesiapa yang rasa nak beri anak pada orang lain, minta tolong inform saya. saya ada beberapa kenalan dan saudara yang ingin mengambil anak angkat.
p/s: saya tak mahu komen lelbih sebab saya ramai adik-adik perempuan, sepupu-sepupu perempuan dan anak-anak saya juga perempuan. Semoga dijauhkanlah kami sekeluarga daripada perkara ini..Aminnnnn
Updated: Suasana Karnival Wanita 1 Malaysia
Salam,
Maaflah kerana saya tak dapat nak update cerita terkini selama hampir dua minggu. Sibuk sangat la. Daripada Isnin hingga ahad, jadual saya sangat penuh. Tak sempat nak buka laptop pun. Hanya dapat tengok order dan email melalui handphone ajer. lagipun broadband celcom skang ni lembab bangat..naik tensen menunggu nak dapat service yang ok.
Oh ya saya nak uodate cerita mengenai Karnival Wanita 1 Malaysia yang lalu. cam biasa la suasan Karnival. cuma panas yang amat sangat sampai rasa pening. Memang mencabar dan satu pengalaman yang sangat baik bagi saya dan team untuk pengalaman berniaga. Alhamdulillah, selain berniaga saya dapat create breastfeeding awareness. Ramai yang tak tahu bagaimana dan apa itu breastfeeding.]
Pada hari terakhir, saya berpeluang untuk mengikuti ceramah motivasi yang diberikan oleh Malaysia’s Iron lady, Datuk Dr. Maznah Hamid.
Bersama dengan Datuk Dr. Maznah Hamid
Kebetulan ada juga Deja Moss bersama-sama dan Roslan mendengar ceramah yang diberikan oleh wanita besi Malaysia.
sedang bercerita mengenai breastfeeding pada Deja Moss
Saya nak ucap terima kasih pada hubby, adik-adik dan Mama saya kerana sudi menemai saya menjaga gerai sewaktu karnival berlangsung. Nasib baik korang ado. Kalau tak terkontang kanting la aii sengsorang kat situ.
ok, chow dulu.
p/s: tahniah kepada PC west cost (malaysianbfpc) yang telah tamat latihan pada hari yang sama. Kini penyertaan untuk pantai t
Karnival Wanita 1 Malaysia
Salam,
Hari ini bermulanya karnival Wanita 1 Malaysia di Dataran merdeka, kuala Lumpur. Baby N Me tak ketinggalan membuka booth di sana. Saya juga akan berada di sana sepanjang Karnival ini berlangsung. Meh jemput ke gerai saya.
No Gerai : BABY N ME (No A33 & Betul- betul mengadap Jalan Besar dan Bangunan Sultan Abdul Samad)
Waktu beroperasi : 10 Pagi hingga 10 Malam.
Acara yang ada: ialah Pertandingan Poco-poco..
Perasmian: 02 April, 2010 dari jam 8.00 malam oleh YB Senator Dato Seri Shariizat Abdul Jalil
Kita jumpa kat sana ekkk!!!
Salam Penuh Kasih Sayang ( trade mark PCPA MBFPC),
Qistina semasa Storytelling Session By British Council’s Teacher, MPH Megastore, Mid Valley
Salam,
Seperti yang dah diwar-warkan sebelum ni, Qistina dah joint dah session tu Ahad yang minggu lepas (bukan semalam tau tapi ahad lagi satu (21 Mac 2010). Masa story telling tu, saya tak dapat nak ambil gambar sebab Qistina tak mahu duduk dengan kanak-kanak kat depan teacher, tapi nak duduk atas riba saya. Tapi masa clouring contest, dapat ambil sebab dia dah selesa dah dengan teacher tu..
Enjoy gambar yer..
Aksi Qistina : memula duduk
Aksi Qistina : pas tu baring plak
Qistina with British Council’s Teacher
Salam Kasih,
Earth Hour
Salam,
Esok adalah hati BUMI. So selari dengan hari Bumi, satu kempen yang saya rasa setiap tahun ada dijalankan, kita disarankan untuk tutup lampu selama satu jam..Meh la reramai kita sokong kempen ni.
Boleh register kat bawah ni utk sokong kempen ni
Jangan lupa tau, kempen ni akan berlangsung esok (27 Mac 2010). Kita disarankan untuk tutup lampu selama 1 jam daripada 8.30 mlm hingga 9.30 malam sebagai tanda sokongan kita pada kempen ini. Jom!
Empowering Women Through Enterpreneurship Seminar
Salam,
Sabtu lepas (20 Mac 2010) saya telah menghadiri Empowering Women Through Enterpreneurship Seminar yang dianjurkan oleh US Embassy di Malaysia. Seminar ini diadakan bertempat di Bilik Seminar NSTP, Jalan Bangsar, Kuala Lumpur. Di seminar ni, ada beberapa tajuk yang di bentangkan. Ianya bermula daripada hari Khamis hingga Sabtu. Pada hari Khamis dan Jumaat, tajuk yang dibincangkan adalah tajuk yang sama. Manakala pada hari Sabtu, ada 2 tajuk yang dibincangkan. Emm..saya hanya hadir pada hari Sabtu dan hadir untuk kedua-dua tajuk seminar. Pada seminar ini, Whitney Keyes daripada US telah sudi berkongsi pengalaman dan ilmu mengenai strategi untuk mempromosikan dan memperkenalkan perniagaan kita menggunakan media, tak kirala media cetak, media elektronik atau pun melalui internet.
Saya bertemu dengan ramai usahanita yang sangat-sangat bersemangat dalam menjalankan perniagaan mereka. Tetapi dalam banyak-banyak perniagaan, hanya saya sahaja yang berkecimpung dalam dunia Breastfeeding.
Bersama Whitney Keyes
Bila saya berikan kad saya kepada Whitney Keyes, beliau begitu teruja kerana melihat perkataan Lactation Counselor di kad saya. Beliau menjelaskan yang breastfeeding sesuatu yang sangat popular di US. Beliau memuji usaha yang ada dalam mempertingkatkan usaha untuk memartabatkan breastfeeding di negara ini.
Pada hari tersebut juga, saya berkesempatan bertemu dengan seorang anak Melayu muda yang bernama Faisal yang telah menjalani program pertukaran pelajar ke US dan kini membuat kerja amal untuk memberi balik apa yang beliau dapat semasa di US kepada anak-anak muda dan kanak-kanak di Malaysia.
Insya allah, jika tidak ada aral melintang, Baby N Me dan saya akan bekerjasama dengan anak muda ni untuk mengadakan kelas english secara percuma untuk preschool dan sekolah rendah yang ada dikawasan saya sebagai salah satu lagi projek dan sumbangan saya kepada komuniti Malaysia. Mudah mudahan projek ini akan dapat dilaksanakan dan dipermudahkan olehNYA.
Juga sempat dan berkesempatan memperkenalkan Malaysian Breastfeeding Peer Counselor kepada wakil kedutaan US Embassy (entah dia ingat ke tak lagi lepas ni ekk).

Saya juga telah menghabiskan sepanjang hari dengan ramai wanita yang bersemangat waja dan sentiasa positif sepanjang berada di Seminar tersebut. Kagum, memang kagum dengan mereka ini.
Ladies, all the best!!
Salam Kasih,
Family Gathering
Salam,
Lama tak update yer..Bukan apa, tak sempat dan tak ada cerita serta kekurangan idea nak berceloteh. Tu yang sonyap jer..
Jumaat lepas, Mak cik saya aka MAK OYA telah mengadakan gathering untuk kami yang bergelar adik-beradik, anak-anak sedara dan sepupu sepapat yang berada di Lembah Klang dan Selangor. Diadakan juga sambutan harijadi untuk yang menyambut harijadi daripada Jan 2010 – Mac 2010 (gambo potong kek tak sempat nak ambil la).
Meriah, memang meriah. Tau ajer la, kalau dah ramai-ramai tu, macam nak roboh sebab semuanya asyik nak berebut makan dan tempat nak duduk. Blom lagi yang berebut nak tengok TV dan main games..
Apa pun, memang seronok. Lama dah tak jumpa derang ni. Kalau ada acara cam ni, baru la dapat nak bersama, bergelak ketawa dan bertukar cerita-ceriti..
With My Teenage Cousin
To My Kazen, Zetty Suhana Mohd Samsu dan hubby, Mohd Kamal serta anak buah ku yang cute tu, rugi ler, korang tak datang!
Salam Kasih,
























