Shooting lagi
Salam,
Minggu lepas shooting lagi dengan PA & Ma. Kali ni untuk ruangan personaliti untuk issue bulan Jun 2010. TQ pada team Pa & Ma yang sudi nak interview ’akak’ yang masih serba kekurangan ni.
Masa shooting ni, Qistina memang bad mood..habis dalam semua pose dia tak mahu bagi kerjasama. Sampai tension kita orang. Dia tak de mood nak bergambar. Tak de mood nak senyum..Tak de mood nak pandang kamera..Aduhhhh, geram rasanya tapi tak per, adik dah tolong cover..
Selesai jer shooting tengahari tu, saya hidangkan nasi ayam buat team Pa & Ma. yer la orang dah datang ambil gambar dan nak bagi publisiti, takkan nak biar balik perut lapar, kan..naya jer nanti.. n sori, tak dan nak ambil gambar, ‘akak’ bz nak layan tetamu makan..
Nanti jangan lupa beli Pa & Ma bulan Jun 2010 tau…
