Mengapa harus buang
Salam,
Lately ini makin kerap pula keluar cerita dan berita mengenai bayi yang dibuang. Jiwa dan hati saya sedih bila membaca cerita-cerita begini. Terasa pedih macam dirobek dengan pisau. Air mata pun begitu senang mengalir bila membaca nasib baby baby yang dibuang ini.
Saya faham, rasa bersalah, rasa takut, rasa malu dan seribu lagi rasa bila dah hamil diluar nikah. Apatah lagi bila sang lelaki yang disayang dan disangka akan melindungi dan bertanggungjawab tidak mahu ambil peduli atau terus lari daripada tanggungjawab yang sepatutnya. Tinggallah wanita ini menanggung malu dan menanggung tekanan dan akibat keseronokan sementara yang telah dilalui bersama. emm..Lelaki senang la, kerana bukan dia yang membawa perut..Cuba kalau dia yang bawa perut dan wanita pulak tinggalkan mereka. Baru padan muka.
Tapi mengapa sampai sanggup buang bayi? Tak ada rasa kasih dan sayang langsungkah bila sudah terpandang wajah baby dan bila sudah dipeluk baby tu? Kalau tiada pun mengapa dibuang dalam tong sampah. Tinggalkanlah di depan rumah orang kah, di suraukah…di depan pejabat ka..
Saya rasa bagi orang yang sudah berkahwin dan masih belum dikurniakan cahayamata atau orang yang susah untuk hamil dan perlu rawatan bila inginkan cahayamata), pastinya lebih sedih bila membaca berita berita bayi dibuang ini. Ialah mereka yang terlalu menginginkan anak tapi belum diizinkan ALLAH. Tapi mereka yang senang dapat baby, buang anak macam buang sampah kulit tembikai saja lagaknya..
Satu ketika dulu, saya mendengar rancangan SINAR Pagi di Sinar.fm. Ada seorang lelaki ni yang juga dibuang dan dijumpai di tong sampah, sampai menangis bertanya kepada ibu yang tidak pernah dia tahu rupa paras apatah lagi untuk dipeluk. Dia bertanya, mengapa dia dibuang. Sudahlah buang, letak pula di dalam tong sampah. Nasib baik pekerja DBKL jumpa, kalau tidak, arwah la juga agaknya. Tangisan dan pertanyaan dia, menyebabkab saya yang sedang memandu ketika itu, turut sama menangis dan sedih. Senang cerita, saya turut dapat menyelami hati dan perasaan dia…
Perlu ingat yang dosa yang kita buat memang akan sentiasa menghantui diri kita sampai hujung nyawa dan sampai di SANA nanti.. sanggupkah kita menangungg bebanan perasaan akibat dosa ini sampai mati? ALLAH…
Senang cerita andai anda kenal sesiapa yang rasa nak beri anak pada orang lain, minta tolong inform saya. saya ada beberapa kenalan dan saudara yang ingin mengambil anak angkat.
p/s: saya tak mahu komen lelbih sebab saya ramai adik-adik perempuan, sepupu-sepupu perempuan dan anak-anak saya juga perempuan. Semoga dijauhkanlah kami sekeluarga daripada perkara ini..Aminnnnn
