Posts Tagged ‘Qistina & Qaisara’
Aktiviti Pagi Ini
Salam,
Saya bangun pagi ini macam biasa la, 5pm. Golek-golek sekejap atas katil, solat subuh, kemas apa yang patut dan mula on laptop untuk buat sedikit preparation untuk kerja saya di Banting pada pukul 10 pagi ini.
Sedang asyik menaip datang Qistina dan duduk diriba saya. Jam baru menunjukkan pukul 6:40 pagi. emm anak-anak saya memang selalunya akan bangun pagi-pagi dan mereka tidak susah untuk dikejutkan.
Mouse beralih arah la nampaknya. Qistina sudah pegang. Saya beri dia melukis menggunakan Paint. Kemudian datang adik. Layan saja la anak-anak ni. Ok cukup. Bagi ummi plak sambung kerja.
Saya beri pensil kaler & Magic kaler + kertas kosong untuk alih perhatian mereka agar saya dapat menyiapkan kerja saya.
Siap kerja saya, saya pula yang turut sama melukis dengan mereka.hehehehe..lukisan ummi buruk la..
kemudian saya google untuk cari colouring sheet untuk anak-anak saya warnakan. Antara laman web yang saya jumpa ialah www.coloring-pages-kids.com dan banyak lagi. (sekadar menyebut satu laman web sahaja sebab banyak sangat).
Oh ya, lama dah kami tak mewarna menggunakan water colour. Bila ekk boleh buat aktiviti tu? Weekend ni, Sabtu saya ada kenduri di Balakong dan Seri Kembangan. Ahad pulak ada aktiviti di Hospital Bersalin Razif. Mungkin petang Ahad tu agaknya…hopefully la ekk..
p/s: handphone saya rosak dan tidak mengeluarkan nada dering bila ada panggilan masuk atau sms masuk. Kalau saya tidak jawab tu, saya tidak perasan la agaknya dan jika penting, sila tinggalkan pesanan secara bertulis aka sms supaya saya boleh call atau alert anda semula untuk call saya semula. Harap maklum.
Salam Kasih,
