Posts Tagged ‘Perjalanan Yang Selamat’
Baby Car Seat/Booster (Part 1)
Salam,
Isu keselamatan anak-anak kita memang selalu kita ambil berat, ye tak? Tapi kadang kala saya tengok ramai yang masih belum faham dengan keperluan menggunakan seat belt/Baby Car Seat/Booster untuk baby & toddler. Ramai yang biar anak berkeliaran dalam kereta tanpa penggunaan seat belt. Saya juga kadangkala termasuk dalam golongan ini bila nak ke kedai berhampiran di kawasan perumahan tempat tinggal saya. Kadangkala tau atau lebih kepada jarang-jarang la.
Saya memang takut nak memandu kalau anak-anak tak menggunakan seat belt. Takut anak terpelanting dan tergolek bila saya menekan brek, bila lalu bumper atau takut jika berlaku kemalangan (tak kira la kemalangan kecil pun – minta dijauhkan). Bukan tak pernah Qaisara atau Qistina degil dan menangis kerana tak mahu duduk di seat khas mereka. Pernah. Pernah saya turutkan kehendak mereka tapi dalam kawasan perumahan sajalah.. Kalau kat luar sure suara saya dah macam pakai loud hailer mengarahkan dan berkeras menyuruh anak duduk juga di kerusi khas mereka tu. Qistina cukup paham pasal penggunaan booster untuk dia dan adiknya walaupun kadangkala sifat degil dia mengatasi sora hailer saya. Tapi tu la, bila tak pakai seat belt ni, saya rasa macam tak boleh nak tekan pedal minyak kereta sebab kerisauan melebihi segalanya. Kalau berjalan jauh, bile berhenti, saya lepaskanlah mereka daripada kerusi tu. Bagi mereka bebas sekejap. Boringkan duk dalam tu..tapi bila terlepas bebas tu jadi cam (tgk gambar bawah) ni la pulak.
Bukan main gumbira dapat lepas bebas
Family saya mempunyai 5 booster/baby car seat . 1 hadiah daripada adik saya dan 4 lagi saya beli demi keselamatan anak-anak. yang 1 tu saya jarang guna dan hanya simpan di dalam stor dan sayang nak beri pada orang sebab pemberian adik. Tunggu bila adik saya dah kawin dan ada baby, saya hadiahkan semula pada dia. 2 buah lagi diletakkan dalam kereta kecil saya dan 2 buah lagi dalam kereta hubby. Kenapa banyak sangat? Sebabnya sepanjang minggu, adakalanya saya & hubby bergilir-gilir menghantar/mengambil anak di Taska. Perjalanan saya & hubby dekat 40km sehala sahaja kalau pagi dan petang dah hampir 80km. Jauh tu Klang ke KL dan KL ke Klang. Kalau hanya kereta saya sahaja ada car seat ni, cam ner keselamatan anak-anak saya sewaktu berada didalam kereta hubby? Lagipun senang, tak payah angkat-angkat untuk mengalihkannya. Biar saja kat dalam kereta tu.
Yer memang kereta penuh dengan car seat, orang lain memang tak boleh tumpang dah.. Nak buat cam ner, keselamatan melebihi segalanya..
Bagaimana dan apa jenis car seat yang patut kita pilih dan beli untuk keselamatan anak kita? emm..nanti kita sambung di part 2 yer..
Salam Kasih,
