Posts Tagged ‘Hak Kanak-Kanak’
Hak Kanak-Kanak
Salam,
kali ni saya nak kongsi tentang hak kanak-kanak. rasanya ramai diantara kita yang kurang tahu mengenai hak atau akta berkaitan.Ini merupakan Artikel 12 Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC) yang disiarkan didalam Utusan Malaysia pada Khamis 19 november 2009 yang lalu.
- Semua Kanak-kanak berhak menzahirkan pandangan. termasuk kanak-kanak lelaki dan perempuan, minoriti, migran dan pelarian.
- Orang dewasa harus belajar mendengar. Sesetengah masyarak mendidik hanya untuk dilihat bukan untuk didengari. Tetapi kanak-kanak selalunya mempunyai maklumat dan pandangan penting
- Kanak-kanak berhak terlibat dalam keputusan membabitkan kehidupan mereka.Pandangan dan kebimbangan anak mesti diberi perhatian dan diambilkira.
- Lebih penting keputusan itu, lebih penting anak terlibat. kanak-kanak perlu dilibatkan dalam keputusan membabitkan pendidikan, penjagaan an dan keluarga.Apatah lagi perkara seperti penjagaan alternatif, proses anak angkat,imigresen dan perlindungan.
- Hak kanak-kanak terhadap sumber perlu dilindungi. anak yang menyara kehidupan sendiri berhak ke atas pendapatanya itu, begitu juga dengan mewarisi harta pusaka.
Oh ya, kalau ada yang tak tahu, Malaysia juga mempunyai akta berkaitan hak kanak-kanak iaitu Akta Kanak-Kanak 2001. Antara yang menarik perhatian saya ialah, hak yang ini :-
Jika anak tidak pernah didera secara fizikal tetapi asyik disuruh diam atau tutup mulut, kanak-kanak itu tergolong sebagai mangsa dera.
emm..lepas ni kena bagi anak bercakap jer la yer…So nursery yang asyik suh bebudak diam dan duduk diam tu, sila ambil maklum yang anda sebenarnya telah melanggar hak kanak-kanak dan mendera kanak-kanak tersebut. Ingat tau..
