Dah balik
Salam,
Saya bersiaran dari bilik tidur utama rumah saya kala ini. Dah discaj petang semalam selepas doktor dapati lungs saya bertambah baik dan batuk berkurangan. Alhamdulillah.. Walaupun belum pulih sepenuhnya, saya syukur sebab dah keluar spital.
Hari ni berehat dan berehat. Walaupun dah balik umah, kat umah ni saya ada nurse yang jaga jadual makan ubat saya, tak lain tak bukan En. hubby dan juga Papa saya..Waa..bernanah telinga bila dengar orang lelaki berleter. Serentak plak tu berleter suh saya makan ubat ikut time. Boleh tahan juga ekk, bila lelaki berleter ni..menusuk ke kalbu.
Lupa nak cerita, semalam sebelum saya discaj, wakil DEMC ada berjumpa dengan saya di bilik wad saya. bertanya mengenai breastfeeding. Sempat juga la saya mempromosikan MBfPC. Apa hala tuju dan peranan kami.
Nampak gaya macam berminat tapi kena tunggu la feedback sebab mereka perlu present pada orang atasan, aka Matron yang mengendalikan hal-hal berkaitan. kebetulan Matron tu pulak kakak kepada sahabat baik saya, Jass (TQ jass, sebab datang melawat aku hari tu), Senang kerja saya nak cucuk jarum disana. Semoga pihak DEMC akan benarkan kami membuat support group disana. Demi kebaikan ibu dan baby.
Aminnnn..
Salam kasih,
