Saya dan kisah LRT Monorail
Salam,
Sabtu lalu saya ke Berjaya Times Square utk satu fotografi Workshop. Training sangat menyeronokkan. Rasanya 5 jam berada di sana memang tak cukup sebab bila balik saya jadi blur balik..hahaha..ambil masa la nak mahir yer tak?
Tapi bukan itu yang saya nak cerita disini. Saya nak cerita pasal pengangkutan yang saya gunakan. Oleh disebabkan saya kurang sikit arif pasal jalan arah Bukit Bintang dan sekawasan dengannya, saya memutuskan utk menaiki pengangkutan awam. Huh lama sungguh tak naik pengangkutan awam ni. Kalau teksi tu memang selalu juga.
Pergi ke sana pada waktu pagi, saya naik teksi. Ok la. Perkara biasa. Tambang mahal tu sudah adat la. Petang, masa nak balik tu, jalan jam la pulak. Nak keluar tu pun emmm..kereta dah berderet-deret. Biasa la tu. Tambah-tambah lagi ada pulak 8TV Anniversary Party diadakan di perkarangan Time Square, lagi banyak la pemandu yang perlahankan kenderaan nak tengok apa yang berlaku. Err..sesak sungguh la. Jadi saya memutuskan untuk menaiki monorail utk balik ke KL Sentral. Saya parked kereta di sana pagi tadi.
Ya Allah, saya rasa inilah pengalaman yang mengerikan untuk naik monorail di sana. Punya la ramai orang, itu ok lagi. Tapi bab berebut-rebut nak naik train tu saya tak sanggup nak hadapi. Mengerikan. Bayangkan, saya punya la beratur dan berdisplin. Tetapi orang yang dibelakang, sangat tidak berdisplin. Main tolak dan meluru saja ke depan tanpa memikirkan keselamatan orang yang berdiri paling hadapan di landasan. Mengerikan sebab bila mereka yang dibelakang mula tolak-menolak, mereka yang didepan terdorong ke depan dan boleh tersepit. Dah la pintu lrt tu cepat sangat nak ditutup.
Akhirnya saya mengalah. Saya lepaskan train kedua yang saya tunggu. Train ke dua yer. Dan saya adalah orang yang paling hadapan dalam barisan. Kenapa saya masih tidak naik walaupun dah 2 trip train berhenti depan saya? Sebabnya, saya dahulukan orang yang membawa kanak-kanak. Saya sangat risau, kanak-kanak tersebut terpisah daripada ibubapa mereka. Anak orang tapi saya yang risau lebih. Tak boleh saya bayangkan jika saya bawa anak-anak saya pada ketika itu. Creepy.
Jadi bila train ke 3 datang, akhirnya saya berjaya meloloskan diri memasuki train monorail tersebut. Kenapa saya kata meloloskan diri? Sebab semuanya berebut-rebut. Menolak-nolak. Tak sempat orang dalam keluar, yang dibelakang saya dah menolak-nolak nak masuk train. Jadi untuk mengelakkan saya tersepit atau bakal jatuh dilandasan, saya terpaksa mengecilkan diri saya yang memang susah nak di kecilkan ni utk masuk ke dalam train. Keadaan dalam train?! Huh, tak payah cakap la sebab memang sesak dan macam dalam tin sardin.
Arrghhh..pengalaman yang mahal dan saya terpaksa kata menakutkan. Macam ada rusuhan. Macam orang tak bertamadun. Ah, warga KL. Betapa susahnya anda yang menaiki pengangkutan awam ni. Letih la kalau begini setiap hari. Kalau naik kereta , letih kerana jam. Kalau naik kenderaan awam, letih kerana terpaksa bersesak, berebut-rebut dan tolak-menolak..
Serik ke saya utk naik kenderaan awam lagi? Err..tidak la kot sebab untuk ke KL Sentral daripada pejabat saya, saya masih memilih untuk menaiki LRT Putra. Utk ke Sogo juga, saya masih memilih untuk menaiki LRT Star. Untuk balik ke Seremban/Klang/Shah Alam, saya masih juga akan memilih untuk menaiki Komuter . Tapi saya hanya akan naik jika kereta saya bermasalah la yer.
Kepada anda yang menaiki kenderaan awam setiap hari, tabahkan hati. Kuatkan semangat. Semoga keadaan akan berubah satu hari nanti dan kita akan selesa sepanjang perjalanan.
Salam Kasih,
