Aktivit sibuk saya minggu lalu..
Salam,
You all tahu apa yang membuatkan saya suka dengan bidang breastfeeding ni selain benefit yang ada? Saya suka bila dapat pegang, cium dan dakap baby-baby ni..best! Terasa cam nak ada satu lagi baby plak..hehehehe…
Minggu lalu, saya tempuh dengan kesibukan siang malam daripada Isnin hingga Ahad. Pada hari Isnin dan Sabtu saya ditugaskan ke Kuala Selangor dan Sabak Bernam. Penat tapi bila tukar angin pegi kawasan orang ni, best.
Pada Selasa dah masuk opis tapi setiap malam pada minggu lepas, rumah saya dikunjungi oleh mummy dan daddy yang datang untuk breastfeeding consultation..emmm..kerja siang malam yer kak? Bila nak rehat? rehat la bila tidur … Bila nak ajar anak? Masa orang belum sampai, ajar la apa yang patut. Makan ka dulu, kan..
Oh ya, pada 19 Oktober 2010, sewaktu saya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas waktu pejabat dan dah hampir waktu Maghrib, saya menerima satu sms daripada salah seorang sahabat seperjuangan dalam breastfeeding, Farah dari Sarakids , memaklumkan yang dia telah selamat melahirkan anak ketiga. Baby boy! yeay!! Tahniah yer Farah dan hubby. Sori sebab masih belum sempat nak ziarah awak dan baby.
Oh ya Jumaat sebelum tu, saya sempat juga ziarah jiran saya yang baru keluar hospital selepas melahirkan baby ke 4. Baby boy juga. Tahniah Nani dan hubby.
alamak….boleh tak nak buat wish? nak baby boy, nak baby boy.. nak baby boy…
Sabtu lalu, tiba-tiba saya di minta ke Kuala Selangor untuk kerja amal bagi mewakili tempat saya bekerja. Saya di minta untuk menyertai mangrove planting aka tanam pokok bakau daaa… huh, sangat mencabar untuk sampai ke tempat menanam bakau ni. dah la jauh, kena pakai plak boot Pua Chu Kang tu (berat tau kasut tu..sakit badan dan kaki 2 hari). Saya sampai dah tenggelam dalam lumpur dan kena rescue 911 sebab tak boleh keluar dari lumpur..
Lawa tak kasut Pua Chu Kang kami?
Posing sebelum masuk lumpur
dah tenggelam dalam lumpur. Nampak tak orang sekeliling sedang sibuk keluarkan saya dari dalam lumpur?
En. Zaini ( baju Kuning ), wartawan dari Berita Harian pun turut serta dalam group kami utk liputan acara ni
tengok saya dah comot dengan mud
Pada Ahad lalu ada SGM di Bangi tapi saya tak dapat joint sebab saya sudah ada appointment dengan seorang ibu yang ingin menyusukan adopted babynya. Comey baby tu..putih..wangi! Kawan-kawan apa cerita SGM tu?
Oh ya, Khamis ni saya akan ke Sabah utk Peer Counselor Training peringkat Sabah/Sarawak. Saya akan pergi bersama Kak Kamariah, Kak Ning (Dr.), Shida dan Pushpa (rakyat Malaysia yang menertap dan giat mempromosi dan memperjuangkan breastfeeding di Paraguay).
Oh ya, dah baca Pa & Ma bulan November 2010? Baca la ekk… Saya ada sekali lagi kat dalam tu..err..macam dah tak heran ye? hehehe..tak pe la..janji baca isi kandungan yang ditulis tu yer..Janji ilmu dapat dikongsi bersama…Itu yang paling utama..
chow dulu..
p/s: kepada yang menelefon saya dan sekiranya saya tidak dapat intertain atau menjawab panggilan atau tidak dapat bercakap anda pada ketika itu, saya mohon maaf banyak-banyak. Bukan niat untuk tidak melayan anda tetapi kadang kala ada masa saya terlalu sibuk dan ada urgent task dan tiada kesempatan untuk bercakap pada ketika itu. Juga yang menelefon pada hari ini dan juga semalam, maaf sebab tak jawab sebab ada addendum pada tender dan juga ada registration yang perlu saya dan rakan-rakan handle. Admin assistant kami mc hari ni. tu yang kelam kabut tu sebab dah kurang satu tenaga kerja..
Salam Kasih,
